Faiqa Ardhani, Anugerah Terindah.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Rindu nya nak menulis, tambahan pulak nak kongsi perkara-perkara gembira lagi di blog ni. Kalau ada yang pernah mengikuti blog emy ni, mesti ada yang tahu emy pernah dua kali keguguran.  Dan itu tidak pernah mematahkan semangat emy untuk berusaha lagi bagi mendapatkan cahaya mata. Alhamdulillah,5bulan selepas keguguran kali kedua, emy disahkan mengandung lagi.  



Ingat lagi, masa tu bulan puasa dah nak dekat raya..bila celup strip pregnant test kit, muncul dua line..rasa macam tak percaya. In sha Allah, nanti ada masa emy nak kongsi perjalanan emy sebagai TTCian sehingga berjaya mengandung lagi.




Inilah anugerah terindah 
Sayangku Faiqa Ardhani


Menjadi ibu adalah idaman setiap wanita, memang rasa bahagia sangat. Kepada yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat, emy doakan semoga bersabar dan jangan putus asa untuk berusaha. Percaya dan yakin pada Dia yang Maha Memberi, Maha memakbulkan doa, Maha Mengasihani.






No comments: