Masakan ringkas tengahari ini!

As salam w.b.t....

Cuti banyak pn xde makna kalau suami kerja, dalam erti kata lain kena tinggal sorang-sorang. Kalau dok dgn family best jugak leh melayan kerenah anak-anak buah.. Huhu sabar je la..tak lama je lagi nak balik kampung 😝

Dek kebosanan, nak masak pun malas. Encik suami dah keluar kerja pukul 7 lagi, die tak minta buat kan sarapan.. Emy pn lagi la lanjut kan sarapan sampai pukul 9..tu pn breakfast susu kambing dan biskut Jacob jer.

Tengahari pun encik suami tak balik makan, mungkin disebabkan banyak kerja dan juga die sedang berdiet.. Hohoho...ofkos la emy ni akan sokong apa yang terbaik untuk kesihatan dia, sebab sebelum ni emy risau sangat2 tengok cara pemakanan nya tu, jadi bila die diet ni..rasa lega la seket, untuk kesihatan sehidup semati bersama gitewwwww..Tu pasai jugak sekarang ni hari2 menanam tebu di tepi bibir.haha..Kena puji la "hensemnyaa abg bila kurusss!"... Nampak tak nampak tak permainan nya kat situu hehehe..

Jadi untuk tengahari ni emy buat masakan ringkas je la,  bihun goreng pastu tengok ada cendawan tiram ni terus la teringin nk makan cendawan goreng tepung.  Nyum Nyum! Tapi tepung goreng ayam is yillek 😓 acaner tu??? Selongkar almari dapur (almaklumlah..rumah persinggahan je nii,tak tahu pe barang ada ke takde) jumpa la tepung gandum...let's start masakk! Muahahahaha

1. Mula mula basuh cendawan tiram pastu toskan.  Ketepikan jap.
2.Pecah sebijik telor. 
3.Masuk serbuk gandum ke dalam mangkuk bersesuaian,suka hati nak letak berapa banyak
4. Masukkan serbuk kari kemudian garam secukup rasa bersesuaian dengan tepung gandum tadi tu yer..
5. Cendawan tiram yang ditoskan tadi cicah telor pastu golek golek sampai molek dalam gandum yang bercampur serbuk kari dan garam tadi..goreng!  

Kalau nak selamat, cuba goreng dulu cendawan tu sikit pastu rasa camne, cukup ke tak rasa kari dan garam tu.. Kalau tak menepati rasa, boleh la tambah apa yang kurang. Hahaha sukohati je kannn bagi resepi, boleh hashtag hentamsajalalabuuu 😜 yang penting iolss masak sedap kena dengan selera ku ini..krup krap krup krap makann!

Siap je cendawan goreng tepung menggunakan barang sedia ada tadi tu,emy pun tumis bihun..alhamdulillah siap juadah breakfasttt lajak ke lunchhhh harini..brunch! 

No comments: