Cuti. Cuti. Cuti. Cuti

As salam w.b.t

Hahhh..kemain banyak cuti tu kann.  ihikss. Yela, lama sangat teringin nak cuti lama lama camni.  Cuti apa? Ofkos la cuti bersalin..hikhik. Maksimum cuti bersalin 3bulan kan..tak pikir panjang ambik je 3bulan tambah pulak sebulan cuti tanpa gaji, sebab nya emy kena balik awal kalau tak..tak lepas naik flight..huhu, tak mau la kan..mesti nak beranak dekat ng family dan juga suami terchentaaaaaa 😘

Minggu lepas on 25 Jan genap emy 35week, berjaya meloloskan diri naik Malaysia Airlines dr Limbang - Kuala Lumpur.. Alhamdulillah..tengok syarat utk wanita mengandung pn limit sampai 35 minggu, tapi kne minta surat sokongan la dengan doktor supaya xde masalah di Airport.  Surat yang mesti menyatakan badan kita ni fit dan stabil untuk bawa kandungan masa dalam flight..tau tauuu!

Seminggu sebelum balik tu emy agak sibuk mengemas bilik kat rumah sewa, yela..nak tinggalkan bilik hampir 4bulan jgk jadi kemas cantik2 baru senang hati nak tinggal kan..pastu siapkan kerja dan keperluan di sekolah.  Kalau ikutkan memang tak mampu nak complete semua la sebab awal tahun banyak kerjaan yang kena siapkan dari semasa ke semasa.

Hari ni dah 36week.  iolss berdebar sangat ni, segala macam tips dan petua dah dengar dari orang2 berpengalaman, jadi emy minta doa yang baik2 la dari korang yg singgah baca entri ni ;)
Kalau ada nak tambah bagi tips dan petua mudah bersalin pn tak pe..

P/s: doakan yg baik-baik ye sayangggssss! 

Selamat hari cuti Wilayah Persekutuan jugak!

No comments: