Happy New Year!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

hihihi..saje nak gelak dulu, sebab tetiba je muncul wish happy new year..eh, belum terlambat lagi kan. haha..sebelum tido ni tetiba teringat ada blog kot puan tanah ni kan. Ingat ada blog,ingat ingat tapi masa tu tak mengizinkan...iyola alasan tu kannn :P


Alhamdulillah, 2016 telah berlalu meninggalkan kita. Ada yang baik dan ada yang buruk, semoga semua itu berlalu dan memberi seribu makna pengajaran untuk kita.  Bagi life emy pula, sama seperti kalian juga la..ada yang best dan tak best tapi seriously malas sangat nak kenang benda yang lepas..takut terkenang perkara yang menyakitkan pula..oops!



Kita kenangkan yang baik-baik sudah la kan..hehe antara satu yang terbaik dan terhebat berlaku pada emy di tahun 2016 adalah disahkan mengandung buat kali ketiga. Alhamdulillah, dapat berita beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

sempat maternity photoshoot sebelum balik ke Sarawak untuk mengajar bagi sesi 2017, masa ni dah 30 minggu..belom dapat sepenuhnya gambar, nanti dah dapat semua emy story mory pasal photoshoot ni k ;)


Ada sebab kenapa emy beriya nak buat photoshoot, so jangan la kecam macam emy ni hadap sangat nak tunjuk perut..doakan yang baik baik untuk emy sebagaimana emy sentiasa mendoakan semoga pasangan yang dah lama menanti zuriat akan dimakbulkan doanya. 



Jadi, salah satu azam tahun baru adalah untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan ini serta menjadi muslimah yang lebih baik dari semasa ke semasa. In Sha Allah.



Yang lain-lain..just follow the flow, Allah adalah sebaik-baik Maha Menjadikan Sesuatu ;)



p/s : di sudut hati kecil berazam jugak nak update blog hari-hari..walaupun just story pasal daily life...wait & see je la.

No comments: