Bila bangun lewat.

As salam w.b.t...

Pagi tadi terbangun lewat.  Sejak minggu lepas emy x miss lagi bawa bekal gi sekolah jadi azan subuh dalam pukul 5.15pagi tu dh kena bangun untuk sediakan bekal.  Tapi tadi, terbabas lak..pukul 5.40 baru sedar..kalau untuk mandi dan solat subuh tu sempat la,tapi untuk buat bekal... Hmmmmmm...

Emy bangun solat subuh dulu,lepas je solat rupanya housemate kt bilik bawah ada mesej bagitahu suruh bawa bekal nasi goreng yang die dah siapkan. Tersenyum.  Alhamdulillah. Rezeki di pagi hari.  Turun bawah tengok nasi goreng kampung  telor mata siap dalam bekas. Emy just ambik timun batang potong letak dalam bekas kecik, sebagai ulam..kt sekolah dah ada budu..nanti cicah je hehe.

Alhamdulillah.. Walaupun berjauhan dari keluarga dan suami, yang menguatkan kami kat sini adalah persahabatan. Kalau takde sahabat yang saling mengambil berat,rasa sunyi je hidup di perantauan :(
Semoga mereka-mereka yang banyak tolong emy selama ini di beri balasan yang baik, terutamanya masa emy sedang mengandung ni. AMINNNN..

P/s: Okey..tido dulu sambil mimpikan pulut durian! Haihhh.. Mengidam tak abeh abehhh 😝😝😝

No comments: