Bekal ke sekolah.

As salam w.b.t


Bukan murid-murid je sibuk berbekal,cikgu lagi sibuk nak bawa bekal..hihi, perut kena jaga weiii kang ada budak kena makan ng cikgu..dah ler awal2 tahun ni 


Sebab utama nak bawa bekal ke sekolah adalah sebab sekolah emy mengajar tu xdop kantin, tapi ada dua buah gerai la berdekatan dengan sekolah tu. Selalu order kat gerai2 tu jugak tapi makin lama selera mak buyung ni makin jemu lak. Jadi baik la bawa bekal sendiri. Boleh pelbagai kan lauk, macam2 nak makan boleh buat sendiri kannnn. Boleh praktis sediakan bekal untuk anak2 jugak lepas ni...ooops!  Jauh memikirkan masa depan..hihi



Untuk bawa bekal ni emy kena bangun pukul 5.10..masak nasi putih,goreng ayam crispy (nak cepat,beli ayam yang bersalut tu je) potong timun dan rebus carrot. Tersedia la hidangan lengkap ada lauk dan sayur jugak. Dalam pukul 5.40 dah kena bersiap untuk solat subuh dan ke sekolah.  Dalam pukul6.20 - 6.30pagi ada kawan datang ambik untuk ke sekolah yang makan masa 50minit jugak untuk sampai. 


Ini antara azam tahun baru 2017, doakan iolss berjaya merajinkan diri okayyyy..mmmuahhh mmmuahhh!  



No comments: