Laksam Istimewa Achik Resepi MAHN

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Siapa suka makan laksa?? mesti la ramai yang suka kan, laksa penang..laksa johor, laksa sarawak *winkwink* and siapa suka makan laksam?? eh..ada yang tak kenal laksam ke? hiikhikk..berbanding laksa..laksam ni jarang disebut dan diperkatakan..tapi kalau dah masuk mulut...eshh..sedap tak terkata. hehe..itu terpulang pada citarasa masing-masing la kan. Laksam ni makanan femes di Kelantan. 


Alkisah..beberapa hari lepas, maksedara encik suami yang kami panggil achik telah menjemput kitorang ni pergi makan laksam. Dek kerana mengenangkan anak sedara nya ni suka makan laksam. Encik suami memang takkan makan laksa, takkan yer. Walaupun padahal laksa dan laksam kelantan ni menggunakan kuah yang sama iaitu kuah lemak warna putih tu, kalau laksa penang kaler oreng oreng gitu kan. Laksa ni halus memanjang, laksam lak lebih besar dan lebar..(eh harap dikau yang membaca paham :P)


Bila encik suami makan dah la penuh pinggan, menambah lagi tu. Ada sedikit tercabar lak tengok encik suami makan masakan orang lain dengan penuh rakuss gitu. Achik tu dah macam mak dia jugak, dari kecik dok jaga dia jugak.Tak jeles..tapi teringin nak masak bia encik suami makan macam tu jugak. hehe..sifat positif tu kann ;)  In sha Allah nanti nak cuba. Jadi, kena pujuk suami belikan periuk kukusan la dulu ni. hehe..almaklumlahh..masih fefeeling pengantin baru masuk rumah..banyak barang tak lengkap lagiii.

Ini laksam achik buat! adesss..10/10 tak de kurang cacat rasanya. perfecto! 
haha..ofcos ai komen yang murniYATI sebab iols pun suka makan laksam..laksa pun suka! 
Dahla achik buat complete dengan serunding dan telor puyuh.


Bila buka facebook, page kegemaran adalah Masak Apa Hari Ini (MAHN), entah kenapa la padahal bukan semua masakan kat situ emy try pun..cuma seronok tengok orang dok share resepi. Dok ralit scroll down page tu..mata tertumpu pada resepi buat laksam. Apaaa???? eh bagai pucuk dicita ulam mendatang.  Terusla screenshot resepi tu..meh emy share kat sini pula..credit to page MAHN ;)





Haa..dah dapat resepi ni, azam nak buat makanan kegemaran encik suami makin memuncak. hikhik..kemain ayat, jangan jadi pusaka di blog sudah. eh tak tak ;) Resepi untuk buat sambal, emy tak copy dari situ sebab teringat sambal yang achik buat tu sedap..nanti nak whatsapp tanya dia. haha..masa jumpa taknak mintak..ego kemain kann. 


SELAMAT BERPUASA..AMPUN DAN MAAF DIPINTA SEMOGA DAPAT MENUNAIKAN IBADAH DENGAN PENUH BARAKAH. IN SHA ALLAH.


Thanks for reading!

3 comments:

norhidana miswan said...

specialnya laksam tuh siap ada tlr puyuh lg...

akak suke laksam jgk... lagi2 kalu yg mil btkan... sbb tu tiap kali balik kg mertua msti request kt dia laksam... tak pun laksa kuah putih...
walaupun simple2 tp puas hati.. kadang dr lunch sampai ke dinner layan laksam je

emieysandra said...

@norhidana miswan mil akak org kelantan k? hehe..sedap kan..sanggup satu hari makan yg ni je kan ;)

shameel Iskandar said...

Salam Ramadan Emi.
Bagi saya laksam lebih menyelerakan berbanding laksa. Tapi dalam kategori laksa saya lebih mengemari laksa kelantan berbanding laksa penang.