HOMST CHINESE MUSLIM CUISINE KOTA DAMANSARA

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Bila ada masa lapang, mood baik encik suami sudi la belanja puan isteri ni makan malam kat keluar.Destinasi jalan-jalan cari makan kitorang menuju ke Damansara. Pusing punya pusing, tertarik la nak merasa masakan chinese pulak bila tertengok HOMST CHINESE MUSLIM CUISINE. Mula-mula masuk tu agak lengang, masa dok pusing ngan kereta tadi nampak ramai..sebab tu jugak kitorang singgah, tempat makan ramai mesti sedap! Mungkin yang kitorang nampak tadi dah balik kan.  Masuk je disambut mesra ngan pelayan, terus ditanya berapa orang untuk memudahkan dorang suggest meja. Hehe..tertib aja pelayan nya melayan  kitorang..hakak kasi tiga bintangg!


Jom tengok apa makan yang kitorang order pulak



Mango Sago Lolo = RM7.20

Nama kemain unik, dalam menu nampak kecik eh bila datang besar cawannya..memang puas hati. Terasa buah mango yang segar, pastu emy memang masih pantang ais, dalam mango sago lolo ni tak de ais tapi sejuk tu so-so la pada buah yang di blender.

Besar kannn, jadi emy memang tak order minuman. Cukupla hidangan dessert ni jadi minumannya. Minuman encik suami pula sirap limau ais = RM2.00 ;)


Tak menyabar, makan dessert dulu sebab tergoda dengan buah mangga yang fresh ituu

Nasi Goreng Cina = RM8.00

Encik suami yang order, mentang-mentang kedai masakan cina, nasi goreng pun mau cina kaaa

 Sizling Yee Mee = RM10.50 

I like sizling ..tapi kat sini Yee mee nya kelihatan agak kembang, banyak. Jadi emy agak muak untuk habiskan..Tak abis.

Ginger Lala dengan portion size M = RM15.90

Sedap! rasa lala yang sangat fresh, ngam dengan kuah nya. Bila tergigit halia..eh ngam la rasanya. Encik suami yang order tapi puan isteri nya ni yang dok ngap ngap.
Recomended okayhhh..please order yang ni kalau datang sini ;)



Crispy Chicken Wing 6pcs = RM9.30

Seketul lagi encik suami dah selamat ngapp
Sedap sangat rasanya, ayam di stim dulu baru celop tepung goreng.
Feveret encik suami!



 Encik suami vs ayam goreng!

Total semua RM52.90

Alhamdulillah, semoga makin murah rezeki encik suami boleh belanja puan isteri makan kat luar lagiiii ;)


Ekceli emy ni seorang yang suka makan kat rumah, masak sendiri lauk hidang nak bersila panggung kat atas kerusi pun bebas..lagi menambah-nambah makan, tapi dek kesibukkan kerja encik suami yang tak mengira waktu jarang sangat emy dapat menghidang lauk pauk sebagaimana dalam drama seorang isteri mithali mencedok nasi ke pinggan suami. Tak sempat ye. Eh itu episod hidup dua minggu sebelum ni laa..encik suami sibuk sangat..tu yang dia tebus dengan belanja puan isteri dinner kt luar, sebab bila dia tak balik makan, iols nak masak pun malas..xlalu nak makan sorang2 gitchewww yeee.


Masa buat bayaran, pelayan tu brief sket pasal tempahan meja waktu berbuka di bulan Ramadhan. encik suami suka la..die ni kalau kena dengan layanan A..abis semua masakan tu dipuji sedap. Emy boleh puji Mango Sago Lolo dan Ginger Lala memang sedapp!


Alamat kedai :
Homst Chinese Muslim Cuisine Kota Damansara
No. 16-1, Jalan PJU 5/17 Dataran Sunway, 
47810 Kota Damansara,
Selangor.


Thanks for reading!

No comments: