Buffet Bajet - Berbuka Puasa Sambil Beramal

Assalamualaikum w.b.t

Bulan puasa ni kalau nak cari tempat berbuka di luar memang banyak dan pelbagai jenis hidangan dan masakan yang dijanjikan.  Sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja, balik pukul 5.00 petang terperangkap dengan jam pulak memang kedai dan restoran di luar la yang menjadi pilihan.  Macam emy, balik berjumpa suami sekejap, kalau boleh taknak berenggang, suami ada majlis penutup kursus pun nak ikut. hehe..dah orang ajak kannn.. tempat nya tu hanya lima minit dari rumah.









Buffet Bajet ni berkonsepkan iftar iaitu berbuka puasa dengan harga RM19.90 untuk seorang dan sebanyak 50sen daripada nilai itu akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih. Majlis ini berkolaborasi sama dengan pihak Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa dengan Chef Yang Jamil yang baru sahaja dinobatkan sebagai Chef Warisan Seni Negara.


Okey, masa mula-mula sampai agak pelik kenapa tengok ramai sangat di bahagian atas, owh..rupanya dewan tu di terletak di bahagian atas..tingkat 5, bawah hanya tempat parking.  Bila sampai eh terkejut lagi, pintu masuk ala-ala di Bali.  Terus teringat kenangan bercuti di Bali..rindu pantai di Bali cuma payung tu je tak buka..mungkin sebab dah malam ;)

bayang-bayang di malam hari,
henset pinjam..iols punye tepon lowbat =.=


Dewan yang luas boleh memuatkan 10 000 tetamu, selesa dengan penyaman udara semestinya di musim cuaca tak menentu ni. Petang pun masih terasa bahang kalau tak hujan, kalau hujan pulak..lebat kemainn..Apa pun sentiasa la bersyukur dengan kurniaan Allah ini ya!




Selain daripada tu, kemudahan tandas yang bersih serta surau muslimin dan muslimat disediakan.  Jadi, kalau rasa nak makan sampai waktu isyak boleh la beransur solat maghrib dulu ye abang abang kakak-kakak..balik je boleh terus gi terawih ;) Parking percuma ada 600 parking lot disediakan, apa lagi ramai-ramai la ajak mak bapak adik kakak abang join sekaki ..muehehehe


suami isteri!

Sambil tunggu untuk berbuka puasa, pengunjung yang datang dihiburkan dengan zikrullah dari kumpulan Qasidah Anak Soleh (QAS).  Beberapa minit sebelum azan, dipersilakan ambik makanan. 


Antara hidangan yang disajikan, yang biasa la seperti daging kari..ayam pedas, ayam paprik..ikan goreng, ikan masak kari..kerabu mangga, ulam-ulaman..macam masakan kampung biasa la..kueh mueh..bubur kacang, bubur sagoo, bubur lambuk, sambal belacan. Dan semua lauk pauk yang kami ambik atas meja tu semua sedap..without complain..kenyang masuk perut!  Bubur lambuk nya sedapp double triple thumbs up!kerabu mangga pun sedap..eh semuanya sedap la...berbaloi bayar dan buat majlis penutup kursus di sini.  


Memangla kalau masak di rumah tu lagi berbaloi..tapi kalau untuk ahli keluarga kawan-kawan nak berkumpul iftar bersama sesuai pilih sini sebab makanan pun sedap, nak pergi tandas dekat, nak solat dulu pun dekat,parking disediakan pun percuma, boleh beramal sekali ;)


Buffet Bajet ni sampai 1 JULAI 2016 sahaja. 
Kalau ada yang nak merasa boleh cepat-cepat booking :

03-42535666 (Pejabat)
019-3360114 (Q)
atau 012-3386478 (Mira)


Thanks for reading!

1 comment:

el said...

wow luas tempat buffet ni..kalo yg bawa anak2..mmg senang lah biarkan je diorg lari2 hahaha