Rezeki di pagi hari.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Di penghujung malam ni baru nak story mory pasal awal pagi tadi.  Bukan apa, sangat sibuk dan penat melayan "rezeki yang datang".

Cerita nya macam ni, minggu lepas emy bagi green light untuk encik suami bela kucing. Sejak balik dari Lubnan, encik suami dok minta la nak bela kucing sebab die jadi rindu ngan kucing dibela nya kat sana, emy tak setuju sebab emy tak suka bulus =_= pastu trauma lagi dengan apa yang jadi pada Ryan (pet yang pertama)..saat kita betol2 sayang,die menghilang..bila emy kt sarawak baru die balik,waktu tu emy dah tak mampu jaga die dh..dok kat kampung abah je jaga sekarang.  Bagi persetujuan kat encik suami sebab rasa rumah macam kosong..hikhik..encik suami dah masuk keje, jadi banyak lagi masa terluang emy setelah tolak masa mengemas rumah, masak, cuci baju, cuci pinggan,mop lantai..banyak masa lagi sebab duduk kat rumah bertiga je ngan adik lelaki emy sorang tu.

Bila dah green light, weols pun sesama mencari kucing dan emy tetapkan ianya masih anak. Encik suami setuju aje. Pastu encik suami nak order dengan kawan die, jenis kucing mecon katanya (sory, emy kenal jenis parsi je..) harga RM300 kalau sepasang RM650.Emmm..and i say NO NO NO. Kita nak berkasih sayang dengan makhluk Allah kesayangan Nabi Muhammad s.a.w ni jadi tak perlu la memilih rupa kan. Emy pn memang niat baik-baik nak tolong kucing yang kesusahan. Encik suami pun cancel dgn kawan die..ehem ehemm..nampak tak kuasa wanita di situ :p hehe tq encik suami sebab faham niat sebenar kita..*lovelove*

Setelah puas tanya orang, minta adik tengokkan kot ada ternampak kucing terbiar minta bawa balik.  Takada juga.  Takpela emy bersabar je..yang terbaik datang lambat pun tak pe..Relax je tunggu.  Alhamdulillah pagi tadi ada kawan nak turun kerja ternampak dua ekor anak kucing yang tak dipedulikan..seekor nampak comot dan sakit. Terus die mesej emy katanya otw dia ke tempat kerja, die singgah hantar kucing..Alhamdulillah, tak ready apa pun. Time tu pukul 6.30..terima je la dan sambut ia sebagai rezeki. 

Mula-mula dapat kucing dua ekor tu, susah nak pegang sebab tak biasa dengan emy dan suami lagi. Habis kotor baju, nak mandikan pun susah plus emy dan suami takde pengalaman tangani kucing terbiar ni.  Masakla ikan rebus seekor..Bergaduh..tak nak share pinggan, maka asingkan pinggan. Sebelum encik suami pergi kerja dia janji nak belikan makanan kucing dan pasir.

Dalam pukul10 pagi encik suami balik hantar makanan dan pasir.  Dan sebelum tu, seekor yang nampak sakit tu terberak kat ruang tamu..sokseksoksek la emy bersihkan. Tak biasa handle kucing, sekali dapat task yang tough gitewww..but alhamdulillah everything is okay!

Itula yang emy anggap rezeki di pagi hari ;)
Seharian penat dengan bermacam ragam kucing-kucing tu, syukur jugak senang nak latih dorang kenal pasir, tu yang paling penting okay. Pastu yang sekor tak sihat tu hampir tujuh kali berak dan cara dia guna pasir pun tak berapa efisien lagi maksudnya masih kotor tepi-tepi tu..Takpela baru first day dan i is semput. Tak biasaaaaaaa =_=

Kelabu ni diberi nama Bebo sempena nama manja Kareena Kapoor, seba ianya lincah dan nakal..aummmm!


yang ni pasif dan kelihatan sakit, sabar ye nanti kita gi klinik tau
Diberi nama Michiko sebab ianya manja.

Ingatkan yang Michiko ni tak berapa aktif rupanya dua2 ni sama naik je kalau bab bermanja, emy ni pulak digomol nya.  Siap la, nanti emy berani sket ngan engkorang ni, konfem kena gomol habis-habisan. haha..emy ni tak berani/penggeli ngan bulus jadi sebab nak biasakan diri emy redha dan diam je la deols nak geli-geli tauuu.  Kesian pun ada, Michiko dan Bebo ni macam lama tak dapat kasih sayang ibu, bila emy dan suami jadi tuan deols ni, kemain seronok. Emy kalau dok kat sofa tu, mesti salah sekor akan datang, deols takleh dok dekat nanti gaduh..jadi kalau Bebo kat riba emy si Michiko ni tgk je la kalau Michiko kat riba emy, si Bebo ni main sorang-sorang pulak.  Apapun, seronok dengan kehadiran si bulus yang comel ni. Doakan si Michiko cpt sihat dan aktif dan Allah permudahkan emy dan suami untuk menjaga deols yang comel ini dengan baik.


Thansk for reading!

No comments: