Random.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Errr..apa nak story mory ni yek, lama tak menaip jadi janggal pulak..hihi..yo o o je la kan :P okey, akceli emy baru je baik demam dengan batuk yang masih bersisa..Ya Allah peritnya batuk lama-lama ni..nak makan ubat tak suka jadi emy try la bermacam mitos petua tips batuk ni..Antaranya :
 1.aiskrim vanilla - tahan sikit drp batuk + panas badan, jadi makin berkurang..cuma batuk belom totally hilang lagi
2. limau nipis campur kicap cap kipas udang sesudu sekali makan - emy ni ada ketidakserasian pd limau, asal makan je cepat la lapar, adess, baru je loss kg skg rasa naik balik pulak..tapi bila amalkan ni..nothing happen =_=

ada petua lain lagi??

0key next, kalau sesiapa follow ig emy iaitu emieysandra - i is jarang update personal activity kt fb, di ig manyakk ;) dpt tengok la emy punya location banyak di area KL/semenanjung..kalau dulu musim cuti sekolah je baru dapat ngedate location sini kan. Sebabnya, emy ambik cuti separuh gaji disebabkan encik suami tak sihat. Kenapa dengan encik suami? tak gheti nak habaq lagi sebab emy xbape arif dlm ilmu biologi, nak habaq takut salah pi putaq ceghita kang satgi. Pendek ceghita its about area bahu encik suami. Doa2 kan supaya ia cepat baik dan dipermudahkan ye! 

Sesiapa yang tak tahu cuti separuh gaji tu wujud dalam pekeliling perkhidmatan awam.
Pi study balik naaa, penjawat awam la ;)

Kemungkinan besar, emy akan teruskan dengan cuti tanpa gaji sekiranya eg pertukaran guru masih tidak meluluskan emy stay dekat dengan tempat suami.

Apa? tak bagus? tak elok? tak sabar? semangat tak kuat?
Hanya orang yang melalui nya akan faham.
#i proud be a teacher
#i love my job
tapi 
#family comes first
ada banyak maksud di sebalik semua tu
biarlah emy dan keluarga sahaja yang tahu ;)

Okey next..pejam celik dah sebulan emy di rumah menjaga suami dan juga menjadi surirumah sepenuh masa *love* *love*

Alhamdulillah..seronok dan bahagia sangat. Terasa macam pengantin baru..wow wow.. sebabnya encik suami baru juga dapat kuarters, memang tunggu emy balik untuk menjadi penyeri..gitewww, xlah maksudnya emy yang kemaskan dan ceriakan rumah ni.  Kalau harapkan dia, ofcos la jadi rumah bujang..bila ada emy..baru la nampak rumah orang kawen. Alhamdulillah..alhamdulillahhh.. bangun pagi fikir nak masak apa untuk suami, masak..kemas rumah..masak tengahari..kemas dapur..kadang-kadang keluar sekejap beli barang..kalau tak, just duduk rumah je la. 

Sebab feeling pengantin baru jugak selama tiga tahun lebih berkahwin, emy dan suami sentiasa berjauhan..walaupun nampak emy selalu balik dan bercuti itu adalah effort dari encik suami yang fikir weols jarang luang masa, bila jumpa je mesti buat something yang interesting. Padahal selama tiga tahun emy kat sana, tiga bulan pernah tak jumpa sebab encik suami pergi kursus..encik suami buat latihan,pastu encik suami pergi Lubnan hampir 6 bulan tak jumpa,sedih sangat saat tu..now, no more fly alone..will be together gether dah pasni..in sha Allah ;)

Doakan supaya perjalanan hidup kami dipermudahkannn! *love*


Ada lagi nak ceta ni..ish ish..makin berjela pulak..sape rajin baca tu mekasih laa..
Masa balik sini, encik suami warded jadi kelam kelibut emy balik tinggalkan banyak barang kat sana..now i is so sad mengenangkan barang-barang kat sana.  Terutamanya hard disk.  Selain bahan kerja, gambar-gambar kenangan pun banyak dalam tu. Sebab tu sekarang baru bukak laptop encik suami, mesti dok pikir hard disk dengan laptop sendiri kat sana tuu *mukasedih* 

Tengah tunggu encik suami sihat betol-betol baru nak g ambik barang kat sana sambil selesaikan beberapa perkara. Dok teringat kat shawl, jenuh kumpul semua kaler shawl..last, tak bawa satu pun, nasib boleh pesan kt kawan wt balik 3helai..now dh bosan nak pakai.huhu..nak beli pun terpikir kaler tu dah ada..kaler ni dh ada, sabar la je la sikit masa lagi.

Moga-moga keputusan pertukaran memberi sinar bahagia untuk emy dan suami, boleh gi angkut semua barang wt balik sini ;)) Doakan..tau tauu!!

Thanks for reading!

No comments: