Kolam Air Panas Ulu Legong.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Beberapa minggu lepas emy ada pergi Baling, Kedah sebab adik kepada kawan encik suami melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya kat sana.  Bab berjalan ni, emy on aje. Encik suami tahu ada satu tempat menarik di Baling iaitu Kolam air panas Ulu Legong. Sebenarnya perjalanan ke sana dah makan masa tujuh jam, pastu kitorang duduk di homestay yang jauhnya 20km dari rumah pengantin perempuan, ada pulak dua majlis iaitu majlis  akad nikah belah pagi..pergi..balik homestay..pergi lagi untuk majlis bersanding kiranya banyak makan masa di perjalanan jer. Tapi malam kedua sebelum balik keesokkan hari, walaupun encik suami penat drive die ajak juga pergi..kira-kira 25km dari homestay kitorang duduk tu. 


Masuk je pintu masuk Pusat Rekreasi ni,
sebelum masuk..harga tiket adalah RM6 untuk seorang dewasa

kolam air panas mengikut tahap kepanasan, strategi fail kitorang bila kitorang sampai je masuk kolam yang paling panas dulu. Tak sempat warm up, semua dah berpeluh baq angg

Lepas tu baru kitorang gerak ke kolam yang kurang panas

berselfie di kolam yang paling panas dan emy hanya mampu rendam kaki
encik suami siap terjun lagiii << haha aksi yang tak boleh dipengaruhi ye, die geram sangat sebab biasa kalau pergi tempat mandi-manda memang suka terjun..kat kolam air panas pun die nak buat jugak dengan harapan lemak di perut mencair dengan jayanya :P

kolam ketiga kitorang berhenti..yang ni memang mampu la emy berendam.
Ambik khasiat supaya buang toksin yang tak baik dalam badan dan mudah-mudahan kulit terawat dengan cantikk! shine shineee 

muka shiny la mengewap dengan air panas

yeayhhhh..wefie..kitorang pergi berenam ;)

Sebelum ni emy pernah ke kolam air panas di Bemban, Melaka masa belajar dulu. Tapi kalau nak dibandingkan di Ulu Legong ni bersih pastu tak de asap rokok, kalau di Bemban tu pengalaman tak best masa kita dok berendam..menikmati wap aroma panas, masuk sekali ngan asap rokok..tak best kan. Tu lama dulu, masa belajar mungkin 6 tahun lepas. Mungkin sekarang dah lebih elok, rakyat marhaen di Malaysia dah sedar kan rokok is dangerous! cakap camni sebab kekasih hati dah berhenti rokok.haha..macam dia sorang tu leh mewakili perokok tegar di Malaysia ni kan.

Masa kitorang ni pergi, bukan cuti sekolah tapi hanya cuti hujung minggu alhamdulillah tak ramai orang, tak la lengang sangat tapi agak selesa la dengan our own space kan. Tempat nya besar, tandas pun bersih..Masa pergi tandas, boleh nampak ada banyak kedai makan dan jugak gerai kecil.  Yang penting pada emy adalah air mineral supaya tak terhidrasi pastu dok sakit kepala, objektif untuk lebih sihat lepas balik dari kolam air panas tak berjaya la. Takmo la camtu kann..Dan cuaca sekarang memang memerlukan kita minum banyak air masak kan. please pleasee..take not about this, mencegah lebih baik kan ;)


Gambar pengantin lama je ada *lovelove*


 Thanks for reading! 

No comments: