Ez Shape Ogawa.

As salam wb.b.t

Happy sundayy! Sebelum ni banyak kali juga ajak encik suami bawa pergi joging kat tasik ke taman ke..sebab dah jadi rutin amalan mulia sejak berada di Sarawak lagi kalau ahad je mesti g bandar ke trek joging.  Kengkonon menjaga kesihatan yang bukan mitos legenda lagi ye awak awak...Emy ni bab bersukan memang ke laut gamaknyaa, xsuka tapi kalau just riadah rekreasi macam joging..skipingg..hiking..mesti suka..pasni nak ajak suami panjat Broga Hill laaa..verangaan je la dulu kannn

Pada suatu petang yang indaahhh. Taraaa..encik suami bawa balik sejibikk segedabakk gergasi iniii..Ianya adalah ez Shape dari Ogawa *love eyes*



Fungsinya adalah utk membakar kalori melalui gegaran.
okey, gegarannya sangat kuat okey, halus terasa di setiap otot sendi gitewww~


Harga?? ni part best la sebab kitorang dapat harga yang sangat murah dan berpatutan. Ianya adalah barang secondhand dijual dari kawan encik suami yang berpindah ke rumah baru. Jadi die jual harga kawan plus kawan baik jadi harga sedara gitew gitew pulak. Berpatutan la sebab ianya dari jenama yang femes pastu dia punya function memang macam baru, takde terjejas pun..cuma rupanya je ada terjejas, tersopek sket belah kanan dan langsung tak jejaskan weols untuk membakar kalori di situ.. 

Alhamdulillah la, kira rezeki juga sebab kondisi kesihatan encik suami ni perlukan dia ada rutin senaman yang konsisten. Dia ada cakap nak aktif gi gym balik,emy pun laju je..nak ikutttt! bukan apa sedar diri lemak banyak menempel dah nii. Tapi syukur la bila encik suami beli ni, senang la nak exercise sendiri kat rumah secara bebas dan selesa. Encik suami sengaja letak dalam bilik utama iaitu bilik weols, sebab nak exercise sambil kena econ..ceesss~~

Bulan Mac, emy perasan ada loss weigt la dalam 3kg sebab emy diet tak makan nasi, lebihkan protein. Nak kata diet atkins xleh juga sebab banyak cheat la, makan jugak nasi sikit2 kat sekolah. Bila balik dok dengan suami ni, kita masak sedap sedap la kan, yela nak bagi laki makan mesti hok TerSEDAP di duniaa kann. Sekali ngan kita la dok terjebak makann. sobbssss! tak pe tak pe..lepas ni ez shape akan menjadi teman karib, buat 3x sesi dalam satu hari, 10minit persesi. 




Emy dh try 2x..memang syok, bergetar sampai ke tulang cuma ianya takla berpeluh sangat tapi ada la jugak berpeluh, beza kalau kita jogingg,laju peluh turun. Mungkin sebab awal2, xpun tak mesra ngam lemak emy lagi kot :P Tapi ada la dok rasa sakit macam keras kt bahagian peha dan perut. Haa..tengah membako kalori ler tuu..kita bako kita bako yerr. Kalau encik suami buat, berpeluh satu badan..sikit lagi perut muncitt nak nampak bentuk sixpax..hehe, kena bagi pujian supaya die rajin, ye dopp????




Thanks for reading! ;)

No comments: