Bustel,Masbro dan Shah!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam..



Dua bulan yang lepas iols ni sangat-sangat mendesak encik suami bawa berjalan ke Melaka. Sebenarnya dah lama sangat teringin nak gi jalan-jalan ke Melaka sebagai pelancong serta mengimbau segala kenangan memori terindah semasa belajar di IPG KPM pada tahun 2007 - 2012. Makanya,time tu encik suami ada masa la sekejap nak melayan kerenah puan isterinya ni. Disebabkan encik suami jugak dah pindah ke kem Mindef Kuala Lumpur jadi dekat la sikit nak ke Melaka kan.


Memandangkan weols akan bermalam, weols pun survey la hotel-hotel penginapan di Melaka.  Sempat survey dan boleh la story mory kat sini ye.  Okey, tempat pertama yang di suggest oleh kawan encik suami yang memang orang Melaka ialah di Bustel.  Apa??? Bustel??? haaa..ye diknon makcik pakcik bustel tu maksudnya BUS HOTEL eh HOTEL DALAM BUS K apa camtu la cerita la.  Yela, ianya adalah bas yang terpakai dan diguna sebagai hotel yang memang sebijik dalam tu macam hotel.  Amacam??? inginkan kelainan keunikkan boleh la check in sini.  Harga standard rasanya masa weols pergi tu harganya RM80, betol-betol menghadap pantai jadi malam-malam boleh lepak kat luar. Meskipun ia jauh sikit dari jalan utama, jangan risau sebab tempat makan berderet..pilih je nak makan apa.  Hotel ni sesuai la kalau datang dengan kawan-kawan, backpakers, dengan keluarga pun sesuai..sebab ianya sangat santai pastu nak gi kedai makan pun dekat..nanti boleh lepak mengadap pantai sambil berborak! 











Satu lagi tempat yang emy survey adalah di Masbro Village! Pernah dengar pasal tempat penginapan mirip di Australia dan menampakkan pemandangan oversea.  Apalagi dah sampai ke Melaka weols pun cari la.Bila sampai tu, Ya Allah cantiknya.  Tengok kawasan Masbro Village yang bersih, cantik dan mencipta satu pemandangan yang lain, padahal ianya di kawasan tepi jalan.  Pastu ada semua kemudahan untuk penginap, cukup lengkap seperti rumah.  Tapi memandangkan harga RM280 untuk satu malam, weols pun chaw la ke tempat lain.  Bukan apa, emy ngan suami nak stay satu malam aje jadi terasa macam mahal la pulak, lagipun bermalam kejap je. Lagi satu harga RM280 tu akan sangat berbaloi kalau pergi ramai, sebab ianya boleh memuatkan hingga 6 -8 orang. Berbaloi la kalau gi ramai-ramai kan. Kalau gi dua orang je, rasa rugi lak sebab rumahnya besar. Masbro Village ni terletak di tepi jalan di Paya Rumput, Melaka.Macam takleh bajet je lalu jalan tu eh ada seketul hotel yang cantik kat situ.  Kawasannya kelihatan sangat privacy..sangat recommended la kalau pergi bawa keluarga datang sini ;)

















Emy pilih tempat untuk menginap satu malam yang lain. Iaitu Shah Beach Resort yang bercorak tradisional. Haa..nampak tak jiwa Melayu tradisional ni kuat.hehe. Harga kat situ tak ingat pulak,tapi rasanya lebih kurang RM100 - RM120 memang taknak pilih yang mahal sebab takdok bilik sangat, banyak masa abis berjalan gi bandar hilir dan naik cruise. Resort tu memang cantik, tapi sayangnya masa weols pergi tu sibuk dok renovation, pastu restorannya tu berhabuk..ye, sangat. macam takde orang nak kemas. Time tu jugak weols berdua je yang makan kat situ masa tengahari. Harga asam pedas untuk sorang makan RM14 , harga berbaloi dengan rasa, memang sedap. Mungkin berhabuk sebab ada orang tengah buat renovation kot, think positive okayyyyy!


Emy duduk rumah sini
teruja tang tingkap. Rumah Melayu Lama di Melaka

 melepak kat tepi pantai



kawasan untuk bilik dorm

semua gambar ihsan dari Google, hard disk tertinggal..huhu



Thanks for reading!

1 comment:

lia ummiirfan said...

cantiknya hotel kat Masbro Village tu 😍

Rahsia wajah saya cantik berseri