Mood Dukalara | 1 Mac

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Beberapa hari tak menjenguk blog, cikgu emy membawa hati yang sedang berdukalara :P Sempat temankan bff ke Kota Kinabalu, atas urusan visa.  Lepas tu, emy balik KL jumpa suami sambil hantar adik yang datang sini temankan emy kejap. Dalam waktu sedih, memang kita akan cari tempat yang mampu menenangkan kita. Dan amy pilih ke pangkuan suami. Belom rezeki untuk tinggal sebumbung, maka korbankan masa, tenaga dan wang ringgit yang utamanya untuk ulang alik berjumpa suami. Kalau tak buat apa-apa, hati makin sedih, jiwa makin lara takde gunanya.  Semua orang kejar kebahagiaan kan. 

Goodbye Februari and welcome March!
Semoga hari-hari mendatang akan lebih baik.

1 Mac
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-27.
Alhamdulillah atas nikmat hidup ini pada Dia yang Maha Berkuasa Maha Besar Maha Suci Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Maha Memakbulkan doa HambaNya. 
Saya masih berusaha dan berdoa dikurniakan cahayamata yang sihat & soleh/solehah serta dapat tinggal sebumbung dengan encik suami. 


Terima kasih kerana sudi baca!

1 comment:

LM said...

Huhu kalau jauh satu tanah kira okey lg. ni terpisah dek lautan:(