Google pun wish birthday!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

eh eh..terseronok pula tengok Google ni wish birthday jugak. hee :D saja nk perasan syok sendiri dengan teknologi canggih zaman kini. gitewww~  


Jarang emy bukak laptop di sekolah kecuali nak guna powerpoint, video atau buka cerita/lagu kanak-kanak untuk murid-murid. Tapi harini, sementara ustaz masuk untuk subjek Pendidikan Islam, emy bukak la laptop sebab kena siapkan satu laporan harini, kena download tapak dari email dulu. Emy juga jenis yang suka page Google yang memang page default untuk google chrome emy ni.  Selalu ada gambar-gambar yang menarik, tambah yang boleh play. Kadang tu, yang boleh main..macam game. Suka pulak buka. Harini bukak tengok ada gambar cake dan cupcake ala doodle gitu, gerakkan cursor..ada wish happy birthday cik! haa..setiap gambar di page utama Google juga mesti ada maksud,macam sebelum ni gambar piano pastu klik di bawa ke page pasal sejarah piano tu. Untuk gambar cupcake tu, emy click dan di bawa ke akaun Google Plus emy sendiri. Haha..kagum sekejap, internet secanggih ini ya.  Dan pulak, mesti hanya emy je kan boleh tengok cupcake comels tu, sebab akaun emy..orang lain dapat tengok apa ye? terpikir tang tu pulakkk :P




Banyak tahun jugak, tarikh hari lahir emy jatuh pada hari cuti.  Tahun ni je, tahun yang jatuh pada hari kerja. Alaaa... kan. Tapi sama je, bila berjauhan dari orang yang tersayang, sama jugak. Pagi-pagi lagi dapat ucapan dari rakan sekerja. Alhamdulillah, ada yang ingat.  Semoga apa yang mereka doakan yang baik2 untuk emy akan dimakbulkan dan semoga mereka pun mendapat balasan yang baik. Aminn ..amin ya Rabbal alamin.
haa...ustaz yang masuk mengajar siap cakap lagi, sama tarikh lahir dengan Justin Bieber..wah wahhh... kann. Pastu sama tarikh lahir dengan sorang rakan sekerja juga hari ni.


Emmm..what to do ye nak celebrate birthday ni. Sesaja je yang reward diri sendiri. Dah la banyak menangis dua tiga hari lepas, urmmmmm...


Terima kasih sudi baca!

4 comments:

LM said...

Happy birthday emiey yg sweet. Moga segala impian tercapai nnt ye

norhidana miswan said...

eppy bday emy... moga diberikan kesihatan yg baik... dimurahkan rezeki... diberikan kebahagiaan... takmo sedih2 yek

♥ Ain Cho'in ♥ said...

Wah. Sangat teknologi kan sekarang. Hehe. Btw, Happy birthday awak. :)

amira faqihah said...

HAPPy befday kak emi :D