Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Hari Sabtu lepas, pergi hantar encik suami naik flight di Kota Kinabalu. Kami gerak dari Limbang hari Sabtu, flight encik suami hari Ahad malam. Jadi, plannya kalau pagi Ahad naik ke Kundasang pun sempat balik petang tu untuk flight jam 7.30malam. Tapi, disebabkan cuaca yang tak okey, hujan, jadi risau jalan licin. Iols okeyh je sebab sebelum ni pun dah pernah sampai di Kundasang masa wedding Kak Lia

So, changed plan!
Disebabkan weols stay di Hotel Tune, Grand Borneo. maka, weols pun jalan-jalan cuci mata di mall tersebut.  Bertuahnya, masa tu meriah sangat dengan sambutan Chinnese New Year. Tak bosan la. Memang jalan-jalan cuci mata. 


kalerful me. 
dah shawl bawak satu, handbag bawak satu,wedges pun bawak satu.
pakai jo la apa ada yer.


anak la ayam..anak ayam..berwarna-warni. phewwww..terkejut mak yams

gegirls ni ibarat iols yang tengah kusyuk dan leka nya melihat kecantikkan anak ayam kalerpul niii!
okeyh..kena main game dulu. yang senang dong, baling bola masuk jaring..pastu dapat la sekoq anak ayam..Iols main??? eh takla, takde mood, mood nak lepak-lepak..senyum je.


alahai..terer la beboy. Sengaja iols taknak main, bagi can kat adik ni bolot sume hadiah lerr. Macam-macam mainan ada, dewasa dan kanak-kanak boleh main. Seronok tengok deols main. Encik suami nak main, baru nak gi tukar kupon.."eh, jom gi karaoke". layan jo laaa.


Mirror selfie dalam bilik hotel.
Tengah nak perbaik skill ambik gambar ;)


 Pergi ke Tanjung Aru.
Masuk parking kena bayar RM1.50


Pantai memang menjadi tempat kesukaan sejak dulu lagi.
Kalau lama tak tengok pantai, mesti mencari.
Kalau di Limbang memang takde la, masa balik kampung sekali sekala dapat la request kat encik suami minta bawakan,

Pantai Tanjung Aru.

Ramai orang berkunjung sini.
Masing-masing bawa keluarga.


seketol puan isteri acah acah nak nyanyi lagu Janam janam


 Aku dan pantai.



Kasut colour block, kegemaran semasa.


langit makin gelap.
Tapi orang ramai tetap tak menghiraukan.
Ada yang sedang mandi, ada yang sedang bermain ombak.


Yang best, kat sana banyak jeruk. Bagi peminat jeruk suka la.


iols ni bukan peminat jeruk, tak suka makanan masam. 
Tapi kalau kedondong memang tak boleh tolak..nyamannn!


Dah jalan-jalan di pantai, langit dah mulai gelap. weols ni pun singgah makan di kedai makan, berhadapan dengan pantai. Kedai makan yang berkonsepkan ala food court. Dan yang femes kat situ adalah chicken wing!

2 comments:

norhidana miswan said...

salam kunjung semula....

pantai... sapa yg tak suke pantai kan.... feveret tmpt lepak akak walaupun tgk dr jauh...
org berani je boleh pakai kasut ke baju color block tau hehehe kalu takde keyakinan msti tak pakai nyer... akak suke warna kasut tuh

emieysandra said...

@norhidana miswan :- hehe, hidup kena berani sis ;)