Percutian ke Bali Part 4 ending~

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Okey, ni part last dah. Yippi, berjaya gak siapkan travelog ke Bali ni. Last ni nak cite pasal dua destinasi menarik, pastu sesi menyopping sakan la untuk mencari buah tangan bawa balik. Destinasi pertama ke Danau Beratan Bedugul. Bayaran masuk rp30 000.



Yang menarik sini..temple nya yang berbentuk unik dan menarik.
Menarik yang banyak dan  bertingkat-tingkat menjadi daya tarikan pelancong, tambah pula dengan pemandangan alam yang indah.

Sesi bergambar berlatarbelakang pemandangan temple Bedugul ni.

Danau Beratan Bedugul ni di kawasan tinggi, ada tasik pula tu. 
Memang view sangat cantik!

Masa datang ni, hujan gerimis, terus pak supir kitorang keluarkan payung, bagus kann. dan ofcos la a lady sorang ni yang dok berpayung. encik suami dan sepupu waktu tu x heran pun.


Masa dalam perjalanan balik, supir bawa kitorang singgah di kedai tepi-tepi jalan. Banyak cenderamata boleh dibeli di sini jugak.  Tapi kalau macam emy, beli sikit-sikit. Sini sikit, jumpa tempat lain nanti beli lagi sikit.  Sebab tak sempat nak compare harga kan.


sini ada jual macam2 jenis keropok, kerepek bayam pun ada. Sedap, oh popeye!

Encik suami sedang bersesi runding harga, i is bersesi mengunyah krup krap krup krap :P



haa..sini jumpa lagi kopi-kopi bermacam perisa. Harga pun agak murah berbanding di Alam Bali dalam entri ni. Kerepek bayam tak lepas hokayyy~

Seterusnya singgah di tempat makan pula.  Restoran style buffet, lupa dah harga maybe dalam rp120 000 sorang camtu la. 



Next, ke Tanah Lot. Bayaran masuk juga rp30 000



Masa ni, emy hampir terjatuh..emm, tersadung sikit. Nasib baik, sempat balance kan badan dan pegang tali. huh!



husband and wife!


Test gelang.  Di Tanah Lot, ada banyak kedai untuk kita shopping barangan cenderamata jugak.



Masa datang bulan Mac. Pemandangan belakang yang cantik kan.

Boleh dilihat, orang ramai-ramai kat bawah tu.  Memang kita boleh ke sana, harung air sebab air memang sampai tumit kalau tinggi pun tak la sampai ke lutut. Emy ada turun jugak, pastu ada orang promosi untuk tengok ular hikmat la konon nya, sebabnya inkuiri ingin tahu yang kuar, bayar pun rp2000 je emy dan suami masuk la ke gua kecil tu dan ada penjaga ular tu. Ada ambik gambar guna flash dalam gua dan tak jelas sangat, keluar je dari gua tu encik suami cakap tu ular air je.hihi. wallahualam. 




Semua pakat dok borong t shirt, cari saiz mak abah adik la pakcik la. Dan harga baju pun murah kalau convert ke RM, dari harga rp15 000 hingga la ke rp70 000, bergantung pada jenis kain tebal or nipis la. Emy ngan encik suami dah banyak borong masa datang kali pertama untuk dihadiahkan pada ahli keluarga. Yang bestnya, sini boleh guna credit card. Dan emy memang aktifkan credit card untuk luar negara sebelum datang sini.  Bukan apa, tempat orang in case ada emergency ke apa.  Duit yang ditukar pun takut tak cukup sebab tak reti nak anggar kan. Sebelum bayar pun kena tanya berapa caj interest yang diambik. Kalau 0 interest memang emy guna credit card la sebab cash boleh simpan untuk hal lain lagi.  Risau tak cukup duit kalau dok tmpat orang.


ni antara tempat yang emy boleh suggest kan kalau nak beli cenderamata, Agung Bali. Harga agak murah, banyak pilihan dan kalau guna credit card tiada caj, zero. 


Untuk anggaran kasar bagi percutian bajet ke Bali, RM3000 dah lepas. Cari tiket promosi, hotel 2 bintang RM60 satu malam pn dah amat selesa kat sana, nak gerak sendiri boleh sewa motor@kereta.  Pelancong omputih emy tengok ramai guna motor sambil bawa map mungkin dorang rasa gembira taksub kot bile kulit dorang putih tu kemerahan, heh boleh?? :p

Kalau taknak pening-pening tengok map cari jalan nak berkomunikasi dengan bahasa orang sana lagi nak tanya jalan, senang ambik cari pak supir macam emy tu RM110/per day memang termasuk minyak dan parking dorang, tambah lagi supir tu boleh kita runding dengan orang2 sana,yang penting kita jalin hubungan yang baik dengan supir tu. Bab makan nanti request la ng supir bawa tempat2 biasa je, pastu tanya siap2 rate harga makan kat tempat yang nak dibawa tu.  Emy dah terkena, dibawa ke Jimbaran..pehh nak nangis rasa makan dinner dengan harga hampir cecah rm300, padahal lauk dan makanan yang di order adalah biasa-biasa sahaja. Pastu kan banyak berjalan, cepat penat antara waktu makan utama tu bawa la dari Malaysia roti k, biskut, kerepek. Boleh bawa bekal masa berjalan dan makan je dalam kereta, sebab nak pergi ke satu tempat ke satu tempat tu agak jauh sebenarnya. Ni boleh dikira tips kan, hehe. 

Sebelum membeli jugak kena pikir lama sikit, ambik masa convert harga Indonesia Rupiah ke Ringgit Malaysia. Kalau gerai-gerai biasa boleh tawar2 harga atau mintak free gift. Tawar sampai boleh.  Tapi, kalau peniaga jalanan yang biasa jalan sorang2 bawak keychain tu, jangan mula tegur.  Kalau dah tegur, memang die takkan lepaskan kita sampai la kita beli barangan yang die jual. Melainkan kita ada niat nak tolong nak sedekah, boleh la. Bali ni, semua orang sibuk mencari duit sebab tumpuan dorang pada pelancong yang datang.  Kalau dalam perjalanan nak ke satu tempat ke satu tempat tu memang dipenuhi dengan van/kereta/bas yang membawa pelancong. 




Dah habis berjalan..adalah sesi merehatkan diri. 



Masa ni baru balik dari spa. So, fresh. Bergambar di salah satu sudut depan pintu masuk Bakung Sari Resort and Spa


Kawan-kawan ramai melepak dan mandi di swimming pool. 
Luas, bersih dan pemandangan alam yang cantik di sekelilingnya.


Sarapan adalah termasuk dalam pakej penginapan. 


Sekian sajalah kisah percutian ke Bali. Alhamdulillah, dua kali pergi emy memang seronok sangat kat sana. Dan Bali adalam tempat pertama luar negara yang agak jauh emy pergi, selain dari Brunei la kan. Bali tu indah dan sangat sesuai sebagai tempat berbulan madu sebab ia mengaktifkan aura tenang damai dan cinta. 



Terima kasih kerana sudi baca! 

 >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Entri berkaitan<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

                                               Checklist Persediaan ke Bali
                                               Bali Mac 2015
                                               Percutian ke Bali Part 1
                                               Percutian ke Bali Part 2
                                               Percutian ke Bali Part 3
                                               Percutian ke Bali Part 4 - ending~

3 comments:

amira faqihah said...

CANTIK view diaa,,,boleh la masuk dlm wish listt nantii ;D

norhidana miswan said...

sdp sgt lah tu kepek bayam tuh... tak lps2 dr tgn tuh nampaknye hahahah

dh dtg bali tp tak menyoping sebenior utk kwn2 n family mmg tak sah....
seronok layan emy nya ntry cuti ke bali ni....

Nabila Syifa said...

seronok nya!!