Percutian ke Bali Part 2

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Meh nak sambung lagi pasal percutian ke Bali, Baiklah hari pertama kami dibawa untuk melihat pertunjukan barong dance.  Pertunjukkan ni macam lebih kurang teater dengan banyak pergerakan macam tarian, pastu banyak dok melawak jugak la.  Bahasa pun banyak kami tak paham, tapi tengok pada persembahan boleh la paham sikit-sikit..orang gelak kita pun gelak je laa. Persembahan ni selama lebih kurang satu jam.




Antara main character, kira macam tukang karut laa..mengarut aje kejo nyaa dak dua orang :P


ha ha..ada hantu jugakkk
kira watak hantu yang dorang dok takut dok cuba halau ni


Kalau nak tengok barong dance ni kena sampai awal sebab pertunjukkan akan mula pada pukul9 pagi setiap hari. Masa pergi bulan Mac tak sempat pergi, kali kedua ni sempat. Tempat duduk penonton selesa, macam ala stadium tapi takla besar sangat..dok mana-mana pun boleh nampak persembahan barong ni.  Masuk barong dance ni 100 000 rupiah sorang.

Seterusnya, kami gerak ke Gunung Kintamani iaitu gunung berapi yang tidak aktif lagi. Masuk adalah rp30000. Subhanallah, cantik sangat pemandangan kat situ.  Nak pulak, masuk restoran yang menyediakan makanan buffet boleh makan sambil tengok pemandangan di Gunung Kintamani ni. Makan adalah rp120 000 sorang, boleh makan apa sahaja dan duduk lama mana di situ. 



 eh..mak datin sampai je terus duduk. self service hokeyyy



kawan-kawan encik suami, membajet ah dorang ni..lelong kanggg


Sejuk tau kat sini sebab ni kawasan pergunungan. tapi, jangan risau sebab ada kain tebal disediakan untuk kita pakai sekejap.  Nasib baik la, kalau tak mana tahan nak duduk lama-lama kat sini. Sejuk menggigil kaww~



encik suami sedang rakus memilih makanan...macam-macam ada, nasi putih, mee goreng, sayur goreng, satay ayam,pastu dessert ada bubur, corn soup, buah-buahan pun ada oren, pisang, tembikai. Bayar je, duduk makan kenyang-kenyang sambil menikmati pemandangan. Tempat solat pun ada disediakan.  Duduk la lama mana pun, makan la sampai buncett.

ni pic masa pergi bulan Mac.
Nampak tak, laut tu..emy taksub sangat tengok situ sebab ianya berwarna cantik sangat. Biru kehijauan, susah nya nak ungkap. Dalam pic tak nampak =_=

Restoran ni ada tiga ke empat tingkat camtula , ramai orang dan selalu penuh kat bahagian menghadap gunung ni.  Spec Guess classic limited edition sebab tu ala-ala saloma seket.hekhek~

Seterusnya, kami dibawa ke Alam Bali iaitu tempat membuat kopi, kopi luwak pun ada sini.  Nak masuk sini kena meredah hutan belantara dulu..eh idok la lama, seminit je eh.hehe. Sambil lalu tu, boleh nampak musang yang dibela..untuk memproses kopi luwak. Kopi luwak ni antara kopi termahal ni dunia tau dan dihasilkan apabila biji kopi dimakan oleh musang, pastu musang tu keluarkan kopi tu semula melalui proses nyahtinja..dikutip..dikeringkan pastu dijadikan kopi. Nasib baik iols bukan penggemar kopi. hehe. Pastu landak pun ada, tak tahu la atas tujuan apa, mungkin dalam projek bikin zoo kecil-kecilan jugak kot. 


adik manis tengah menggoreng biji kopi.
yang ni kopi biasa je



Ahli-ahli lawatan dok meninjau la kunun.
Bang..jangan tenung lama-lama, jangan nak manis sangatt



Masuk lagi sampai ke meja ni dan dihidangkan dengan segala aneka minuman. Ada kopi jugak, pastu teh limau, teh halia, manggis pun ada..manggis ni sedap sangat..sedap nya rasa ala-ala jus dan pekat..nyummmm


Lepas try kopi, dipersilakan masuk cari kopi atau minuman pilihan tadi. Tapi sebab awal lagi takut nak gunakan duit rupiah, emy beli dua peket kecik je, Perisa teh limau dan manggis la.  Perisa teh limau tu selamat dah bagi kawan-kawan kat sekolah, sedap dorang cakap.  Pastu esoknya gi jalan-jalan lagi rupanya banyak dorang jual kat luar, harga lagi murah lagi. nasib baik beli dua peket aje kat situ tadi. 


Lepas minum kopi terus dapat anak..hehe..pinjam sat la anak sape ntah ni.


Perjalanan diteruskan ke tempat pembuatan silver. Masa datang bulan Mac pun tak datang sini sebab fikir.."malas la, silver je pun" tapi kali kedua datang ramai-ramai, banyak kepala mana tau dalam ramai-ramai tu ada yang nak tengok pembuatan silver kan, so..follow the schedule je.


tengok tu, encik suami sampai lupa bini kat belakang .iskkkk
Macam-macam ada, dari cincin..gelang..rantai..dan juga perhiasan rumah
Emy tengok-tengok je la, tapi dengarnya ada kawan encik suami yang berkenan dan beli



Ni di bahagian luar kedai, ada dalam 5 orang dok tengah buat/menempa/membentuk silver.  Khusyuk dorang ni, kita tengok dorang wt donno je.


Dapat jugak tangkap budak tecik ni. Susah betol nak tackle, padahal sifat cikgu yang garang tu dah buang jauh jauh, meresapi jiwa adalah mama yang penyayang. Akhirnya budak Ili ni nak jugak dengan Emy.



Betol la, the more is merrier! bising ah dorang ni dok usha awek2 dalam kedai.hikhiik..orang bujang, bio je la kan


Seterusnya, kami gerak ke Wisata Ubud iaitu lereng padi yang cantik. Masuk sini pun kena bayar rp10 000 sorang. Bayaran masuk, nanti dah sampai kawasan ni ada orang akan tunggu dan sekat kete kita. 

Encik suami suka sangat pakcik ni, sebab dia cakap pakcik ni mengingatkan pada arwah datuknya. Pakcik ni pun lawak, orang cakap peace pun ditiru nya sambil buat jugak. Kalau bergambar dengannya nanti bagi la tips,rp1000 pn dah okey. 

Ni gambar masa pergi bulan Mac. Camtu la lereng bukit ni.  Kalau rajin boleh turun ke bawah.  Masa pergi tu siap ada pengantin dok jalan bergaun pengantin sambil pegang heels turun ke bawah semata nak ambik gambar wedding.



Alahai, tetiba je kena photobomb dengan minah salleh ni. Pape pun die memang cute, dia buat camtu setelah kena tegur dengan kawannya yang dia dok menghalang weols bergambar, terus die photobomb terang-terangan.  Lepas tu, emy ajak die join us.  Dia setuju ajer.



 Siap peluk-peluk macam bff pulak awak nii..

Penat betol berjalan sana-sini, nak pergi satu tempat ke tempat lain tu pun jauh, sampai tertido atas kereta, sedar-sedar pun tak sampai lagi.  
Malam tu, weols melepak tepi kolam sambil makan-makan.
sekian dulu story mory part 2 ni, next entri iols sambung lagi hokayyy



Terima kasih kerana sudi baca!


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>Entri berkaitan<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

                                               Checklist Persediaan ke Bali
                                               Bali Mac 2015
                                               Percutian ke Bali Part 1
                                               Percutian ke Bali Part 2
                                               Percutian ke Bali Part 3
                                               Percutian ke Bali Part 4 - ending~

4 comments:

Scya Lollita said...

teringinnya nak pergi jalan-jalan jauh.
dah 24 tahun hidup sekali pun tak pernah naik kapal terbang lagi hihi

cik hani said...

Cantek pemandangan di sana.
Subhanallah..

emieysandra said...

@scya lollita :- in sha Allah ada peluang tu nanti, skg kalau ada promosi murah je tiket fligt ni

@cik hani : kan...semua tempat cantik-cantik ;)

LM said...

Pemandangan sgt cantik

Dan emiey makin lawa