Review The Fifth Wave

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Hujung minggu haritu saya ada pergi tengok wayang. Bukan sebab nak tengok sangat sangatttt cerita tu macam Dilwale haritu tapi sebab saja nak jalan-jalan dan hangout dengan kawan ;) sampai je di Gadong Mall nampak banner besar The Fifth Wave antara filem baru jugak..terus i was like..'hmmmm..macam seram je' pada mulanya ingatkan cerita bergenre seram..boleh?? sebab pernah ada sejarah kot di Gadong Mall ni bila kawan ajak tengok cerita seram yang memang cerita hantu la..lupe dah tajuk apa..apalagi, masuk wayang je tido..huhu bayar tiket untuk tido atas kerusi yang gelap dan sejuk :P serius saya tido okayhh..nasib baik la diri ni memang mudah terlelap di mana berada, asal ada keinginan je..hehe

Memandangkan semua nak masuk tengok, iols pun ikut je la sebab kawan betolkan yang ni bukan cerita seram tapi thriller. okay okay.. Permulaan cerita hati dah dupdapdupdap..suspen. Pastu ada flashback kenapa si Cassie (watak utama) jadi macam tu. Dari gelombang pertama hingga gelombang kelima sejak kehadiran the others (alien). Dunia macam kiamat dan gelombang keempat dan kelima rupanya mereka diserang dalam diri masing-masing. Banyak kronologi suspen..yang membuatkan kita jangan tido. bukak mata besar-besar :P jangan miss one word pun..mesti tengok plus si Cassie ni cantik orangnya. 


Masa Cassie terpisah dengan adiknya Sam, dibawa menjadi rekrut tentera. Crush die masa di sekolah tinggi Ben rupanya menjadi ketua rekrut Sam dan telah menjaga Sam sepanjang latihan. Cassie pula fall in love dengan Evan iaitu separuh alien yang telah menyelamatkannya. Evan juga la yang membantu Cassie menyelamatkan adiknya Sam di pusat ketenteraan tu kerana cintanya pada Cassie.

Endingnya ..tak la betol-betol happy ending..bila the others melarikan diri apabila pusat ketenteraan mereka dimusnahkan..mungkin ada sambungannya kann.

Cloe Grace Moretz ni rupanya baru berrumur 19 tahun. comey je kann..

Evan Walker watak yang dibawa oleh Alex Roe.


ehemm ehemmm..3/5 bintang untuk cerita ni.
Sesiapa yang minat cerita thriller takpun yang nak feeling rasa tengok ombak besar pastu kapal terbang jatuh dalam jarak dekat..poei laa..superb!

4 comments:

Nurulchumel said...

Wahh! aktif lagi blogging ye!
Lama x singgah. Ni baru dtg mood balik nih! hehe. :P

husna zahidi said...

ramai jugak yg review 5th wave nih ckp tak best.. huhuhu.. sebabnya cita pasal alien..

cik hani said...

suami kami ajak tengok cite ni, kami tak pergi lagi.. hehe

emieysandra said...

@Nurulchumel: baru jgk aktif balik ni...hehe..welcome back nurul!

@husnazahidi : alien yg tak nampak punn hehe

@cikhani : nanti pegang tgn husband kuat2 bab suspen tuu.heee :D