Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Minggu lepas ada singgah ke Brunei sebab encik suami kawannya yang berada di Brunei. Jadi, weols pun pergi ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang menjadi kemegahan rakyat Brunei.  Tapi Amy kalau pergi sana memang akan terpegun dengan rekabentuk bangunan di sana. Jadi kusyuk pula tengok, salah satu tempat yang selalu pergi juga masjid di Lapangan Terbang Brunei.

Sambil jumpa kawan encik suami sambil bawa adik amy berjalan ke masjid ni. 


Dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III, masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam.
Masjid dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. Ia memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. Masjid sendiri dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk "kalat" (tali tebal) pada tiang luar masjid. Sebuah jambatan menghubungkan masjid dengan Kampong Ayer di tengah-tengah sungai Brunei. [1]Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400 Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasan Tilawah Al-Quran.
sumber dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Sultan_Omar_Ali_Saifuddin.


Mengimbau kenangan dua tahun lepas, masa mula-mula encik suami datang ke Limbang Amy bawa dia ke Brunei. Sebab jalan ke tempat lain dulu maka sampai di masjid ni ngam dah malam. Jadi, terus solat di situ. Lepas solat baru pusing-pusing ambik gambar untuk mengabadi kenangan ;)






pic ni encik suami snap sendiri..guna nikon dslr .hehe cantik kan ;)


Subhanallah.atas keindahan ini.



Di dalam kawasan masjid ni.
Rekabentuk Dinasti China lama <-- :p="" ayat="" betol="" font="" ke="" ni.="" paham="" tak="" tapi="" xtau="">





Waktu siang..masa ni datang dengan kawan-kawan masa mula-mula posting.

Ni seberang jalan masjid. Ada mall..boleh jalan-jalan cuci mata nk shoppong ke window shopping..bila waktu solat..boleh pergi masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang paling dekat tu,,

Last but not last, gambar kenangan abadi. Kami dipostingkan dan sampai dalam masa yang sama. Sekarang sedang isi permohonan pindah..Semoga ada rezeki kami kali ni ye, Amiin. Doakan!


2 comments:

Salina@IbuAqil said...

SubahanAllah amy..
Cantiknya masjid..

cik hani said...

Emieyyyy..

kami doakan ada rezeki emiey berpindah dan tinggal dengan suami ye..