Kek Cheese Mudah Sedap Ringkas!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Kalau encik suami ada dekat...saya nak masak macam-macam. Seronok dan puas bila makanan yang kita masak tu disukai oleh orang yang kita sayang. Oleh itu, cepat-cepat la KPM bagi saya dok dekat dengan encik suami supaya kat Malaysia ni ada musim cinta jee :P 

ok, actually masa encik suami datang..kemain la saya sibuk kejar masa nak masakkan cheese cake. sebabnya, encik suami pernah ter cakap nak makan kek cheese. Jadi, bila saya dah sihat ni..haaa semangat berkobar-kobar nak masakkan encik suami. Dan hasilnya memadai la..encik suami sukaaaa..nahh LOVE 

Baiklah..resepi ni saya dapat dari my sifu yang orang sini iaitu Limbang.

Bahan cake :
Tepung spounge cake (saya guna brand G-Horse)
5 biji telor
100ml minyak masak 
100ml air sejuk dari peti

Bahan topping :
cream cheese
susu pekat
cheddar

Cara-cara :
1. mix kan telor sampai kembang..betol betol kembang putih yer. Mix kan selama 5-8minit
2. masukkan air sejuk dan minyak masak.
3. Kemudian, masukkan tepung spounge cake. Mix sehingga menjadi adunan meringue..kalau saya tengok adunan pekat likat gebu gebas ringan itu la meringue ye dak
4. Masukkan ke dalam loyang yang bersesuaian. Macam saya haritu, loyang kecik (biasala rumah bujang..asal ada je) jadi lah sampai tiga adunan saya buat. Kalau yang sesuai guna loyang segiempat tinggi tu.. kalau guna loyang segiempat tinggi tu kek tebal kan. Jadi kena bahagi dua, guna benang. Macam saya sebab loyang kecik..kek saya buat pun nipis tak perlu bahagi dua dah. 
5. Bakar dengan suhu 130 ke bawah selama 40minit. boleh test guna lidi @ garfu nak tengok kek masak sampai ke dalam or tak. 
6. Bila kek dah masak..kalau tebal boleh bahagi dua guna benang..pastu letak topping kat tengah tu.

Cara buat topping :
Masukkan separuh cream cheese & 1\2 susu pekat manis 
Kalau nak meleleh boleh tambah lagi sukatan cream cheese & susu pekat.
Saya kalau buat topping ni main letak je..asal sedap. nak meleleh letak banyak. nak manis letak susu banyak..hentam la labu..

Jadi, sapu topping pada tengah-tengah kek. cantum balik. letak topping kat atas pulak. sapu rata..barulah parut cheddar. Guna kan pemarut yang halus ye, barulah cheese tak rasa muak nanti ;)





Yummmehhh! 
Saya rasa resepi ni sangat-sangat mudah dan ringkas yang dah lama saya cari.
Boleh hafal di mulut je resepi nya *_*


^selamat mencuba^

2 comments:

cik hani said...

rajinnya emiey buat kek..
saya buat kat kedai je..hehehe

emieysandra said...

@cikhani orang sini (limbang) suke buat kek, apalagi...emy pun terjebakkk..huhu