Hati-Hati Amira Othman

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Siapa sekarang tengah Sha & Shah?? Angkat tangan...boleh la geng. 
Boleh tengok bakal isteri Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin berlakon kan.  Iols terkejut rupanya Syatilla bakal isteri Sam..pandai gak dorang sorokkan kann   

Sinopsis Sha & Shah :-
Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.
Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Tapi kan..sebenarnya penarik cerita ni adalah lagunya yang best ni. Apalagi terus search lagu ni. dan ulang-ulang dengar.  Dan masa part romantik tu kuar lagu ni lagi berdouble feeling tu. eh!


Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Hati masih bertanya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Dalam cerita ada rahsia
Rahsia engkau, aku dan dia
Masih aku tertanya apa pengakhirannya
Lekas, aku mahu jawabnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau hati-hati

Wahai merpati dua sejola
Jangan kau terlupa
Ikutkan hati engkau kan mati
Ikutkan rasa kau binasa

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin membuaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biar berlalu rasaku
Jadi kau

Jagalah kau hati
Takut kan patah hati
Dan kali ini ku biar rasaku
Jadi kau hati-hati


Boleh download lagu HATI HATI mp3 di SINI 



1 comment:

cik hani said...

tak ikut cite ni.. tengok jarang3... sweet habis kan dorang.. romantik betul