Cameron Highland.

As salam w.b.t

Dua minggu lepas, saya dan family pergi bercuti di Cameron Highland. Encik suami ajak saya je tapi saya ajak satu keluarga pergi Hehe. Tapi abah dan adik ipar tak ikut, cuma saya suami ma adik dan anaknya #luqmanulhakim, adik perempuan saya,adik bongsu saya,dan adik bongsu encik suami. 


Bertolak pukul 7pagi hari Ahad. Sampai di Cameron pukul11.30 pagi. Book apartment boleh masuk pukul3, yg ni terlupa jadi sampai sana call pihak apartment,dorg bagi masuk jam1 sebab baru nk kemas. OK la tu. Jadi weols jalan-jalan kat pasar banyak-banyak tu dulu.  Apartment Crown Imperial Court untuk dua malam Rm500.  Sangat puashati semua kelengkapan memasak ada, bilik ada 3. Saya dan encik suami ambik bilik masterroom. Ma,adik dan anaknya,adik perempuan saya ambik bilik yang ada 2katil king. Adik bongsu saya dan adik bongsu encik suami dalam satu bilik yg ada satu katil besar.  Jadi tempat tinggal adalah selesa 👌

Ada koridor, kalau rasa nak menghirup udara sejuk dingin boleh la keluar sekejap 😝

Makanan kegemaran, stoberi cokelat!
Org cakap stoberi kalau bawa balik, rasa masam sebab tak sama cuaca dgn Cameron.  Eh,betol ke??


Berlapis baju si tecik ni pakai takut die sebab sejuk sangat. 
Bila pakai cmtu 👆 orang sure tegur macam anak Korea.  Eh eh eh 

Rose garden!  Tempat kegemaran sebab sini banyak bunga rose dan bunga yg segar dan cantik.  Kali ni saya dok bawah je sebab masa tu tengah mengandung 10minggu.  Dah tahu kandungan bermasalah,tapi saya masih nak jaganya 😥

Okey..rose garden masuk seorang rm4.  Pergi la panjat sampai ke atas. Memang puashati.  My mom pn sampai atas okey. 


Ke Lavender Garden pula. Adik dan anaknya #luqmanulhakim 

Masuk sini bayar RM6 untuk dewasa. Kanak-kanak rm4.



Candid! Sibuk tengok orang kerdil. 

Singgah di ladang teh untuk bergambar. 
Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik di Cameron Highland, tapi kami tak pergi semua la. Jalan santai-santai je untuk berehat dan tenangkn fikiran. 

1 comment:

cik hani said...

bestnya habiskan masa dengan family...
teringat family day kami kat cameroon tahun 2013.