Aiskrim Homemade.

As Salam w.b.t

Gara-gara nampak orang makan aiskrim dalam TV..terus rasa naakkk Baskin Robbin huwaaa sebab dalam cite tu dorg makan Baskin Robbin.. Nak jugakkk nk jugakkkkkkkk.acane tu..Limbang mana ada Baskin Robbin.. Nangesssss.

So,dapat la buah akal fikiran..jom buat aiskrim homemade!
Check barang kat dapur semua ada..okey..let's cekidautt 

Bahan A
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat 
1 sudu besar Ovallete 
1 sudu besar vanilla 

Bahan B
Biskut oreo 1 peket
Chocolate chip 

Okey..mix kan sume bahan A di atas selama setengah jam bagi kembang gebu gebass gitu jadi baik gune stand mixer ye.

Sambil tu boleh hancur kan biskut oreo.
Cream tengah tu pn hancur kan jugak.
Boleh ketuk ketuk guna lesung pon boleyy 

Bila yang mix tu dh gebu gebass masukkan oreo yg siap dihancurkan tu. Mix sekejap bagi sekata. Boleh letak dalam bekas.  Pastu tabur chocolate chip. Tutup.  Letak dalam peti dalam 5-6 jam dah boleh makan..nyummmms..

Sukatan bahan di atas..cukup dua bekas. 


Nampak chocolate chip tu..memang suka hati je tabur. Bila makan..Mashaallah sedapnyaa bila tergigit chocolate chip ni.
 Perfect!  
Puashati buat ni 


Beku dengan elok. It's ice cream vanilla oreo, completely! 


Goodluck pada siapa yang nak mencuba.
>_____<"

4 comments:

LM said...

Sedapnya emiey!! Terliur akk.

Rasanya dh setahun lbh akk x buat askrim. Nk jugak!! Tp nk yg kacang2

emieysandra said...

@LM buat la kak..letak kacang pulak kak.huhu. sy xbpe mnat sgt kacang ni. hehe

cik hani said...

sedapnya... letak cip coklat memang best..

najwa zahid said...

sedapnya...siggah sini and dne follow. suka lagu hati2