Baju Raya Luqman!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Kalau ada anak kecil, mesti semangat nak belikan baju raya untuk dorang kan. Semangat nak sambut bersama.  Tapi memandangkan emy belom ada rezeki untuk anak sendiri, maka anak saudara la yang dilayan macam anak sendiri. Syukur..masih dapat menumpang berkasih dengan anak sedara.


Masa jalan-jalan di One Borneo Sabah, ternampak baju untuk anak kecil..comelnya..smart nya. Pilih punye pilih, emy berkenan la pada baju kemeja dan seluar untuk si kecil yang berumur 9 bulan tu. Kata mama nya baju melayu dah ada sebab tu emy aim kemeja. Masa tu juga tengah ada diskaun..apalagi, dah ada berkenan terus bayar.


Dan warna feveret emy adalah merah, jadi kita bagi hadiah pada orang pun ikut apa yang cantik di mata kita la kan..janji sesuai.

comey takkk 

close up SUPERBABY!

seluar warna brown

Gigih mama Ngah ukur size adik tauu pakai unit jengkal
Mudah-mudahan muat elok di badan adik..eh..mestila! mama Ngah yang ukur kann ;P

Total harga baju dan seluar selepas diskaun = RM58



kesayangan Mama Ngah,
Luqman Al-Hakim

selfie isap jari pon bolehhh
Nanti kita selfie raya dengan baju raya Mama Ngah beli tau tau tau!


Nak tengok baby Luqman kena kacau dengan Mama Ngah boleh tengok 



Thanks for reading!

Buffet Bajet - Berbuka Puasa Sambil Beramal

Assalamualaikum w.b.t

Bulan puasa ni kalau nak cari tempat berbuka di luar memang banyak dan pelbagai jenis hidangan dan masakan yang dijanjikan.  Sesuai untuk mereka yang sibuk bekerja, balik pukul 5.00 petang terperangkap dengan jam pulak memang kedai dan restoran di luar la yang menjadi pilihan.  Macam emy, balik berjumpa suami sekejap, kalau boleh taknak berenggang, suami ada majlis penutup kursus pun nak ikut. hehe..dah orang ajak kannn.. tempat nya tu hanya lima minit dari rumah.









Buffet Bajet ni berkonsepkan iftar iaitu berbuka puasa dengan harga RM19.90 untuk seorang dan sebanyak 50sen daripada nilai itu akan didermakan kepada rumah anak-anak yatim yang terpilih. Majlis ini berkolaborasi sama dengan pihak Dewan Seri Iskandar, Setiawangsa dengan Chef Yang Jamil yang baru sahaja dinobatkan sebagai Chef Warisan Seni Negara.


Okey, masa mula-mula sampai agak pelik kenapa tengok ramai sangat di bahagian atas, owh..rupanya dewan tu di terletak di bahagian atas..tingkat 5, bawah hanya tempat parking.  Bila sampai eh terkejut lagi, pintu masuk ala-ala di Bali.  Terus teringat kenangan bercuti di Bali..rindu pantai di Bali cuma payung tu je tak buka..mungkin sebab dah malam ;)

bayang-bayang di malam hari,
henset pinjam..iols punye tepon lowbat =.=


Dewan yang luas boleh memuatkan 10 000 tetamu, selesa dengan penyaman udara semestinya di musim cuaca tak menentu ni. Petang pun masih terasa bahang kalau tak hujan, kalau hujan pulak..lebat kemainn..Apa pun sentiasa la bersyukur dengan kurniaan Allah ini ya!




Selain daripada tu, kemudahan tandas yang bersih serta surau muslimin dan muslimat disediakan.  Jadi, kalau rasa nak makan sampai waktu isyak boleh la beransur solat maghrib dulu ye abang abang kakak-kakak..balik je boleh terus gi terawih ;) Parking percuma ada 600 parking lot disediakan, apa lagi ramai-ramai la ajak mak bapak adik kakak abang join sekaki ..muehehehe


suami isteri!

Sambil tunggu untuk berbuka puasa, pengunjung yang datang dihiburkan dengan zikrullah dari kumpulan Qasidah Anak Soleh (QAS).  Beberapa minit sebelum azan, dipersilakan ambik makanan. 


Antara hidangan yang disajikan, yang biasa la seperti daging kari..ayam pedas, ayam paprik..ikan goreng, ikan masak kari..kerabu mangga, ulam-ulaman..macam masakan kampung biasa la..kueh mueh..bubur kacang, bubur sagoo, bubur lambuk, sambal belacan. Dan semua lauk pauk yang kami ambik atas meja tu semua sedap..without complain..kenyang masuk perut!  Bubur lambuk nya sedapp double triple thumbs up!kerabu mangga pun sedap..eh semuanya sedap la...berbaloi bayar dan buat majlis penutup kursus di sini.  


Memangla kalau masak di rumah tu lagi berbaloi..tapi kalau untuk ahli keluarga kawan-kawan nak berkumpul iftar bersama sesuai pilih sini sebab makanan pun sedap, nak pergi tandas dekat, nak solat dulu pun dekat,parking disediakan pun percuma, boleh beramal sekali ;)


Buffet Bajet ni sampai 1 JULAI 2016 sahaja. 
Kalau ada yang nak merasa boleh cepat-cepat booking :

03-42535666 (Pejabat)
019-3360114 (Q)
atau 012-3386478 (Mira)


Thanks for reading!

Laksam Istimewa Achik Resepi MAHN

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Siapa suka makan laksa?? mesti la ramai yang suka kan, laksa penang..laksa johor, laksa sarawak *winkwink* and siapa suka makan laksam?? eh..ada yang tak kenal laksam ke? hiikhikk..berbanding laksa..laksam ni jarang disebut dan diperkatakan..tapi kalau dah masuk mulut...eshh..sedap tak terkata. hehe..itu terpulang pada citarasa masing-masing la kan. Laksam ni makanan femes di Kelantan. 


Alkisah..beberapa hari lepas, maksedara encik suami yang kami panggil achik telah menjemput kitorang ni pergi makan laksam. Dek kerana mengenangkan anak sedara nya ni suka makan laksam. Encik suami memang takkan makan laksa, takkan yer. Walaupun padahal laksa dan laksam kelantan ni menggunakan kuah yang sama iaitu kuah lemak warna putih tu, kalau laksa penang kaler oreng oreng gitu kan. Laksa ni halus memanjang, laksam lak lebih besar dan lebar..(eh harap dikau yang membaca paham :P)


Bila encik suami makan dah la penuh pinggan, menambah lagi tu. Ada sedikit tercabar lak tengok encik suami makan masakan orang lain dengan penuh rakuss gitu. Achik tu dah macam mak dia jugak, dari kecik dok jaga dia jugak.Tak jeles..tapi teringin nak masak bia encik suami makan macam tu jugak. hehe..sifat positif tu kann ;)  In sha Allah nanti nak cuba. Jadi, kena pujuk suami belikan periuk kukusan la dulu ni. hehe..almaklumlahh..masih fefeeling pengantin baru masuk rumah..banyak barang tak lengkap lagiii.

Ini laksam achik buat! adesss..10/10 tak de kurang cacat rasanya. perfecto! 
haha..ofcos ai komen yang murniYATI sebab iols pun suka makan laksam..laksa pun suka! 
Dahla achik buat complete dengan serunding dan telor puyuh.


Bila buka facebook, page kegemaran adalah Masak Apa Hari Ini (MAHN), entah kenapa la padahal bukan semua masakan kat situ emy try pun..cuma seronok tengok orang dok share resepi. Dok ralit scroll down page tu..mata tertumpu pada resepi buat laksam. Apaaa???? eh bagai pucuk dicita ulam mendatang.  Terusla screenshot resepi tu..meh emy share kat sini pula..credit to page MAHN ;)





Haa..dah dapat resepi ni, azam nak buat makanan kegemaran encik suami makin memuncak. hikhik..kemain ayat, jangan jadi pusaka di blog sudah. eh tak tak ;) Resepi untuk buat sambal, emy tak copy dari situ sebab teringat sambal yang achik buat tu sedap..nanti nak whatsapp tanya dia. haha..masa jumpa taknak mintak..ego kemain kann. 


SELAMAT BERPUASA..AMPUN DAN MAAF DIPINTA SEMOGA DAPAT MENUNAIKAN IBADAH DENGAN PENUH BARAKAH. IN SHA ALLAH.


Thanks for reading!

HOMST CHINESE MUSLIM CUISINE KOTA DAMANSARA

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Bila ada masa lapang, mood baik encik suami sudi la belanja puan isteri ni makan malam kat keluar.Destinasi jalan-jalan cari makan kitorang menuju ke Damansara. Pusing punya pusing, tertarik la nak merasa masakan chinese pulak bila tertengok HOMST CHINESE MUSLIM CUISINE. Mula-mula masuk tu agak lengang, masa dok pusing ngan kereta tadi nampak ramai..sebab tu jugak kitorang singgah, tempat makan ramai mesti sedap! Mungkin yang kitorang nampak tadi dah balik kan.  Masuk je disambut mesra ngan pelayan, terus ditanya berapa orang untuk memudahkan dorang suggest meja. Hehe..tertib aja pelayan nya melayan  kitorang..hakak kasi tiga bintangg!


Jom tengok apa makan yang kitorang order pulak



Mango Sago Lolo = RM7.20

Nama kemain unik, dalam menu nampak kecik eh bila datang besar cawannya..memang puas hati. Terasa buah mango yang segar, pastu emy memang masih pantang ais, dalam mango sago lolo ni tak de ais tapi sejuk tu so-so la pada buah yang di blender.

Besar kannn, jadi emy memang tak order minuman. Cukupla hidangan dessert ni jadi minumannya. Minuman encik suami pula sirap limau ais = RM2.00 ;)


Tak menyabar, makan dessert dulu sebab tergoda dengan buah mangga yang fresh ituu

Nasi Goreng Cina = RM8.00

Encik suami yang order, mentang-mentang kedai masakan cina, nasi goreng pun mau cina kaaa

 Sizling Yee Mee = RM10.50 

I like sizling ..tapi kat sini Yee mee nya kelihatan agak kembang, banyak. Jadi emy agak muak untuk habiskan..Tak abis.

Ginger Lala dengan portion size M = RM15.90

Sedap! rasa lala yang sangat fresh, ngam dengan kuah nya. Bila tergigit halia..eh ngam la rasanya. Encik suami yang order tapi puan isteri nya ni yang dok ngap ngap.
Recomended okayhhh..please order yang ni kalau datang sini ;)



Crispy Chicken Wing 6pcs = RM9.30

Seketul lagi encik suami dah selamat ngapp
Sedap sangat rasanya, ayam di stim dulu baru celop tepung goreng.
Feveret encik suami!



 Encik suami vs ayam goreng!

Total semua RM52.90

Alhamdulillah, semoga makin murah rezeki encik suami boleh belanja puan isteri makan kat luar lagiiii ;)


Ekceli emy ni seorang yang suka makan kat rumah, masak sendiri lauk hidang nak bersila panggung kat atas kerusi pun bebas..lagi menambah-nambah makan, tapi dek kesibukkan kerja encik suami yang tak mengira waktu jarang sangat emy dapat menghidang lauk pauk sebagaimana dalam drama seorang isteri mithali mencedok nasi ke pinggan suami. Tak sempat ye. Eh itu episod hidup dua minggu sebelum ni laa..encik suami sibuk sangat..tu yang dia tebus dengan belanja puan isteri dinner kt luar, sebab bila dia tak balik makan, iols nak masak pun malas..xlalu nak makan sorang2 gitchewww yeee.


Masa buat bayaran, pelayan tu brief sket pasal tempahan meja waktu berbuka di bulan Ramadhan. encik suami suka la..die ni kalau kena dengan layanan A..abis semua masakan tu dipuji sedap. Emy boleh puji Mango Sago Lolo dan Ginger Lala memang sedapp!


Alamat kedai :
Homst Chinese Muslim Cuisine Kota Damansara
No. 16-1, Jalan PJU 5/17 Dataran Sunway, 
47810 Kota Damansara,
Selangor.


Thanks for reading!

Floria Putrajaya 2016

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Mula je cuti rupanya Festival Floria dah bermula.  Tahun-tahun sebelum ni selalu tak sempat, sebab suami masa tu bukan kerja di Kuala Lumpur lagi.  Jadi, tahun ni encik suami makbulkan impian puan isteri nak gi tengok bunga. yeayyy. Kiranya ni first time pergi la. Pergi sebab nama..nak tengok bunga shantek shantekkk. Bayaran masuk adalah RM7.50 untuk pemegang IC warganegara Malaysia. Nak beli tiket kena beratur panjangg..dahsyatttt



Kitorang dari Bangi, ambik sepupu encik suami dan adik emy.
Pakai waze search ke Presint 4, Putrajaya.


Pergi tak bawa dslr...guna kamera fon masing-masing je, sebab tu gambar mcm2 rupa..pastu malas nak edit..tapi nak tempek dalam blog jugekkk


lawa aih orang-orang pakai skirt sayur-sayuran nihh
orang-orang katakuh??
muka shining oily dari berpanas masuk tempat econ.gigih!

cahaya terlebih..
fly babeyyy!


membajett..muka tak ready..siapa la take picture niii
haa..sape suruh dulu2 tak bawa ai dating kat kebun bungaa..tebus balik aa sekaranggg 


ni my adik pompuan yang bongsu..die kerja kat Bangi..asal weekend je roger ai. 
Nak menempel aje keje nyaaa. Adik oh adik..

Ada kawasan salji jugaak...tak mampu kesejukkan walaupun background nya berjaya acah acah winter sonata sebab cuaca sangat panaih aihhh. better sesiapa yang nak datang sini bawa bekal air masak dan jugak air elektrolit macam 100plus atau revive.  semua ni balik pakat sakit kepala, especially me la..migrain terokkk =_=

bengkok kaki kak oi nak selpie


adik oh adikk

ni pintu masuk nak ke tempat salji tu..


wefie lagiii

dan lagiiii


shantekkk nya susun bunga macam kat belakang tu kan. 


romantika de amor

jumpa cermin jadi tinggi
ada cermin jadi rendah ketot bulat..ngeri nak tnjuk sini. haha!

together!
 ada akak jaga tempat ni sudi ambikkan pic kitorang

seni yang buat ai terpegun seketika

cakkkk!

siput pun comel aih kalau jadi bunga..cantik!
macam macam lagi yang cantik

ni pun menarik perhatian jugakkk

Banyak bunga yang cantik-cantik..tapi tak sempat ambik gambar sebab jalan cepat-cepat just tengok dan singgah sekejap-sekejap.  Cuaca sangat panas, jadi sesiapa yang nak bawa anak kecil atau baby kena fikir banyak kali. Kesian dorang. Yang dewasa boleh la tahan tak meragam, balik umah telan ubat kann.


Okey la pengalaman first pergi Festival Floria 2016 ni.Pastu lepas je kitorang keluar dari sana dalam pukul3 petang, dah teduh dan redup..hujan lebat kemudiannya. SO, ada kebaikkan juga pergi tengahari ni sebab sekarang kan musim hujan lebat waktu petang. Untuk elakkan badan sakit dan tak sihat better pakai topi, bawa payung dan juga bawa minuman elektrolit..haus k sakit kepala k minum..jangan risau nak terkucil sebab tandas di sediakan. testimoni encik suami yang pergi tandas katanya selesa..sebab ada penghawa dingin.hihihi  

Thanks for reading!

Kolam Air Panas Ulu Legong.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Beberapa minggu lepas emy ada pergi Baling, Kedah sebab adik kepada kawan encik suami melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya kat sana.  Bab berjalan ni, emy on aje. Encik suami tahu ada satu tempat menarik di Baling iaitu Kolam air panas Ulu Legong. Sebenarnya perjalanan ke sana dah makan masa tujuh jam, pastu kitorang duduk di homestay yang jauhnya 20km dari rumah pengantin perempuan, ada pulak dua majlis iaitu majlis  akad nikah belah pagi..pergi..balik homestay..pergi lagi untuk majlis bersanding kiranya banyak makan masa di perjalanan jer. Tapi malam kedua sebelum balik keesokkan hari, walaupun encik suami penat drive die ajak juga pergi..kira-kira 25km dari homestay kitorang duduk tu. 


Masuk je pintu masuk Pusat Rekreasi ni,
sebelum masuk..harga tiket adalah RM6 untuk seorang dewasa

kolam air panas mengikut tahap kepanasan, strategi fail kitorang bila kitorang sampai je masuk kolam yang paling panas dulu. Tak sempat warm up, semua dah berpeluh baq angg

Lepas tu baru kitorang gerak ke kolam yang kurang panas

berselfie di kolam yang paling panas dan emy hanya mampu rendam kaki
encik suami siap terjun lagiii << haha aksi yang tak boleh dipengaruhi ye, die geram sangat sebab biasa kalau pergi tempat mandi-manda memang suka terjun..kat kolam air panas pun die nak buat jugak dengan harapan lemak di perut mencair dengan jayanya :P

kolam ketiga kitorang berhenti..yang ni memang mampu la emy berendam.
Ambik khasiat supaya buang toksin yang tak baik dalam badan dan mudah-mudahan kulit terawat dengan cantikk! shine shineee 

muka shiny la mengewap dengan air panas

yeayhhhh..wefie..kitorang pergi berenam ;)

Sebelum ni emy pernah ke kolam air panas di Bemban, Melaka masa belajar dulu. Tapi kalau nak dibandingkan di Ulu Legong ni bersih pastu tak de asap rokok, kalau di Bemban tu pengalaman tak best masa kita dok berendam..menikmati wap aroma panas, masuk sekali ngan asap rokok..tak best kan. Tu lama dulu, masa belajar mungkin 6 tahun lepas. Mungkin sekarang dah lebih elok, rakyat marhaen di Malaysia dah sedar kan rokok is dangerous! cakap camni sebab kekasih hati dah berhenti rokok.haha..macam dia sorang tu leh mewakili perokok tegar di Malaysia ni kan.

Masa kitorang ni pergi, bukan cuti sekolah tapi hanya cuti hujung minggu alhamdulillah tak ramai orang, tak la lengang sangat tapi agak selesa la dengan our own space kan. Tempat nya besar, tandas pun bersih..Masa pergi tandas, boleh nampak ada banyak kedai makan dan jugak gerai kecil.  Yang penting pada emy adalah air mineral supaya tak terhidrasi pastu dok sakit kepala, objektif untuk lebih sihat lepas balik dari kolam air panas tak berjaya la. Takmo la camtu kann..Dan cuaca sekarang memang memerlukan kita minum banyak air masak kan. please pleasee..take not about this, mencegah lebih baik kan ;)


Gambar pengantin lama je ada *lovelove*


 Thanks for reading!