Suamiku Mr.Perfect 10

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Sekarang tengah hot dengan filem Suamiku Mr.Perfect10.  Lakonan Lisa Surihani dan Aaron.  Rasa nak tengok sangat, tapi apakan daya...panggung wayang nya nggak ada di sini :( paling dekat ke Miri atau Brunei.  Jadi, nak senang pakat je dengan osmet nak langgan di Astro First.  Dok diam2 dalam rumah..nonton aja..ye dop?


Barisan pelakon  filem ini :- 
Lisa Surihani - Aleeya Azmeen

Aaron Aziz- Zarief Danial

Syazwan Zulkipli- Syed Muzaffar
Zaryn Min
Jehan Miskin- Akram
Raja Ilya- Azura
Jasmin Hamid
Normah Damanhuri


Selain barisan pelakon sebagai daya tarikan filem ini.  Lagu temanya juga tak kurang hebat.  Nyanyian hebat dari penyanyi tersohor negara kita Siti Nur Haliza dan Cakra Khan. Lagu yang sangat mendayu menusuk ke kalbu....iskkkk..rindu husbenggg =_=



Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbaik saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memeluk ku
dalam pelukan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku 
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisi mu
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan diri ku

Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku

oh..oh

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

oh…

{ Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama } 2X

Ku kan selalu memuja mu hingga nanti kitakan bersama


Dangggg!
Jom tanya diri sendiri, 

Apakah ciri-ciri seorang suami Perfect 10 pada diri anda???

JAWAPAN : Yang sempurnakanku!
Alhamdulillah, encik suami sangat sempurnakan emy dengan sikapnya yang ramah, rajin memasak, suka memberi nasihat, romantik!

Sementara emy jenis yang pesen pendiam sikit, malas masak.tapi...tapiii ada tapi tau..rajin mengemas. hee :D dan tak reti nak romantik sangat. 

Emy pun harap emy ni dapat jadi yang terbaik dan turut sempurnakan hidupnya jugak.

you are my Perfect 10!~

#counting the days. tiktok tiktok..
27days to go 



Kumpulan ke Final Maharajalawak Mega 2014

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Semalam berlangsung semifinal Maharajalawak Mega 2014.  Maharajalawak Mega ni sangat seronok kalau tengok ramai-ramai pastu gelak berjemaah ramai-ramai.  Oh...rindu family la gini >_<" Seminggu penat bekerja, Jumaat malam chillax dengan menonton rancangan Maharajalawak Mega. Okey la tu kann ;)


Semalam dah diumumkan kumpulan yang layak ke final. Antaranya :

Nabil.
Respek la kat Nabil yang masih boleh bertahan walaupun sorang.
Persembahan dia semalam pun sangat bestt.


Bocey ni pun bestt.


Kumpulan yang makin mendapat tempat di hati peminat.
Nampak hasilnya dengan usaha mereka.


Sepahtu pun berjaya ke Final.
Kumpulan yang buat apa pun mesti orang gelak jugakk.


 
Ini Kegemaran saya.
minat Ajak
eh..Sharul comel..minat dia jugak laa.hehe


Pada kumpulan Virus.
Next, you all must do more better!

Pak Supir di Bali

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Bila dah mula sekolah ni, sy memang dah mula sibuk.  Tambahan, penat melayan keletah anak-anak prasekolah yang comel+nakal.  Alhamdulillah, tahun ni takde la budak yang extreme nakal.  In sha Allah sampai ke hujung tahun.  Sekarang tengah biasakan mereka untuk mendengar arahan. Jadi sekarang agak penat sebab arahan kena bagitau berulang kali, penat sikit laa >_<"


Okey, ni ambik masa jap untuk update pasal persiapan percutian ke Bali ni.  Kalau perasan emy dah tick Pak Supir, Its mean done pasal pak supir!


Penting juga pak supir ni sebab ni first time menjejak kaki ke Bali.  Takkan nak pakai google map or waze je. Taknak la, sebab motif pun nak bulanmadu dan relakskan diri kann.  Hampeh la kalau dok memusing kat tempat orang kann. Tambahan, Bali ni majoriti nya hindu jadi bab makan susah nak cari halal.  So, kita cari pak supir muslim jadi senang nak berhenti solat dan makan sebab dia tahu mana masjid dan tempat makan halal.  Masa bincang ngan pak supir tu, memang minta servis tourguide untuk muslim, jadi memang dia kata bolehh ;)


Emy pilih supir ni dari carian google, sambil baca bermacam pengalaman orang melancong ke Bali. Ada banyak jugak pilihan, tapi emy pilih untuk contact dua orang ni, ujang dan yanto.  Hantar email, cepat dibalas mereka. pastu pikir punya pikir emy dah pilih salah seorang.  Boleh contact mereka ni kalau tengah plan nak pegi Bali. Bagitahu tarikh ke sana, tengok jadual mereka, kosong boleh la ambik ;)


ujang = adeujangbalitour@yahoo.com


yanto = ytobalitour@gmail.com

Rekreasi di petang hari.

Dulu masa BIG iaitu Bina Insan Guru..bakal-bakal cikgu didedahkan dengan pelbagai aktiviti mencabar termasuklah aktiviti air seperti berenang dan berkayak. Ok..bab berenang kite biarkan di angin lalu sebab tak mencapai keyakinan diri untuk berenang. Pembelajaran tidak berhasil. Yang berkayak je menunjukkan hasil positif dalam diri cikgu amirah ececee..eleh..petik jari je kan,ye dak pada orang orang yang suka main air mesti cepat dapat kannn.haha

Petang tadi balik melawat kuarters sekejap..lepas tu ada ex-student datang bawak sampan kayu tu..tak tau apa nama betul tapi orang kampung ni panggil "gubang"..hah..apelagi meloncat kegembiraan la cikgu amirah =_=


Akhirnya keputusan emy dan seorang kawan untuk keluar di waktu petang menjadi riadah yang sangat bermanfaat.Yes!

dayung sampan..dayung dayung sampan..
~sambil nyanyi nyanyi :P


haa..kanan ke kiri ni??

Akhirnya..habis satu round padang kami pusing..



Ini masa banjir, sekarang..hari ini..alhamdulillah, sekolah dalam proses membersihkan kawasan sekolah dan kelas aliran perdana dah berjalan seperti biasa ;)




 p/s : cari HIKMAH di sebalik UJIAN.
cari BAHAGIA di sebalik KEDUKAAN.

Yeayyy! dah sekolah

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Percaya tak, emy excited betol nak g sekolah. haha..sebabnya kebosanan ya amatttttt~

Harini dah buka sekolah, tapi murid prasekolah masih cuti sebab cikgu dan ppm sibuk mengemas.  Kami berdua sibuk la kemas-kemas kelas sebab fikir esok suruh anak-anak prasekolah datang..laa..laa...sekali GB bagitau esok anak-anak tak payah datang lagi..yehhuuuuu ni bagi peluang untuk cikgu siapkan kerja terbengkalai seperti siapkan jadual kelas dan bertugas dalam kelas tu...yeayy..seronoknya pergi sekolah! haha...


Tadi, ubahsuai kelas dari yang asal.  Excited lak tengok kedudukan baru ni.  Yela, dulu pun best jugak, tapi sekali dua tiga kala kena la ubah sikit bagi pandangan mata ni berjimba kegembiraan. dah la kelas prasekolah ni pesen yang colourfulnye tu..haa..leh bayangkan kelas prasekolah camne, jadi barulah jiwa dan perasaan cikgu pun ceria seperti pelangi yang colourful tuuu.   


Ok la, nak rehat jap sebelum Asar ni.  sambil kepala otak dok pikir-pikir hadiah yang sesuai yang nak diberi pada anak kawan yang bakal menyambut ulangtahun pertama, Its Ryaner's Turn 1! .  hmmmmm..ada suggestion tak? bajet dalam harga rm100-120. Limbang tak banyak pilihan, jadi emy dok survey online je la ni. Kalau sesiapa pernah beli toys online gitau yerr..plisss..plissss 

Cikgu..where are you??

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

hahaha..sungguh mencuit hati pula kakak kepada Ilma Khalisa yang bernama Umairah ni. kejap kejap mesti tanya..'cikgu..where are you' bila emy hilang dari pandangannya dah anak teacher,dari 4 tahun lagi dah diajar english education.  Its so comel sebab Umairah ni seorang yang aktif, menjerit sana sini tapi bila nak apa-apa mula la dia lembutkan suara tetibe.  'Cikgu, where are you'.. "cikgu, saya nak main game..plissss"


Ilma ni pun bila main-main ngan dia, emy mula kira one..two..three...dia mesti angkat tangan kanan pastu gerak-gerakkan tangan macam tengah mengira.  Waaa...deols so cute. Pasni emy pn nak start ajar anak dari kecik.  Masa kecil la otak anak-anak sangat fresh untuk terima pelajaran.  Jadikan rutin dari kecil supaya nanti besar minatkan education gituu. 


air dah banyak surut..tapi letrik belom ada.  Payah juga kalau duduk di rumah takde letrik. Kerja pun tak dapat buat kann.  

Pusat Pemindahan Banjir

As salam wb.t

Alhamdulillah...dah tiga malam emy menumpang di rumah kawan berdekatan dengan kuarters sekolah.  Hehe...kiranya ini lah pusat pemindahan banjir.wee~


Sebenarnya pusat pemindahan banjir di kawasan ni sangat jauh dan emy yakin semua orang tahu bahawa semua orang tak nakkkkk duduk pusat pemindahan kan.  Baru emy rasa apa perasaannya menjadi mangsa banjir.  Risau tinggalkan rumah dan juga tak selesa kan duduk di tempat lain.  kalau di pusat pemindahan tu nak guna tandas dan makan susah kannn. Setiap orang pun ada pe'el masing-masing jugak kann.


Duduk di rumah kawan yang berkeluarga ni ok la sikit. Rumahnya besar,emy dan dua kawan diberi satu bilik.  Anak-anaknya bekas murid di SK Meritam tempat emy mengajar tu.  Tambah best lak bila ada budak-budak dan baby. Haa..baby korea yang ada emy post di instagram tu anak kak Nor,umah yang emy tumpang ni.  Serius comel dan sangat ayu lembut baby tu..thats why la emy selalu panggil baby korea ;)


Bila duduk ramai-ramai ni maka terbatas sikit la nk wat rutin personal seperti mengupdate blog niii..huwaaaa sebabnya emy tak suka orang lain tengok emy menulis di blog plus semua rakan sekerja tak tahu emy ni blogger punyai duniakuemieysandra ni. Baik jangan tahu yerpp >>maluuuu<<"


Nahhh...tengok kerenah emy menggomol si baby Ilma KHalisa ni yang sangat shomelll dan selalu mintak dukung, peluk dan kiss ni. Anja angattttt :p

love the smells of baby ♥

Pengalaman Merasa Banjir.

As salam w.b.t


Hari kedua merasa banjir di sekolah.  Walllah..entah apa perasaan ni. gembira..risau..semua ada. Tapi percaya apa percaturan Allah s.w.t In sha Allah semua akan okey.  Rasa penat.  Bila dah diberi cuti, rehat je dulu..tunggu air surut baru mula kemas balik.  

Barang-barang di prasekolah pun dah diangkat ke tempat lebih tinggi. Alhamdulillah ada orang kampung datang menolong.  Ramai anak-anak muda datang jadi cepat la siap. Almari semua diletakkan ke tempat lebih tinggi sebagai persediaan sekiraya air naik lagi. Percaya tak Emy lebih risaukan prasekolah dari kuarters rumah emy tu. Lantai kedua-duanya lebih kurang sama tinggi la.  Naik kat rumah, naik la jugak prasekolah. Tapi lebih risaukan prasekolah.  Sama juga kerisauannya, risau kat tikar getah, almari, barang, alatan di prasekolah.  Di rumah pun ada mesin basuh, peti ais, almari.  Entahlaa..kan dok pikir bertambah-tambah risau.


Ini pengalaman pertama merasa banjir. Di Kelantan tahun lepas tak kena rumah emy, tak de naik bot bagai ni.  Haa..kali ni seronok pulak pusing-pusing kampung naik bot, orang kampung bawak..saja menceriakan hati.  Pastu kirim ke group whatsapp family, hilangla kerisauan di hati mereka tu..


tembum!
seronok naik bot.
rindu nak g pulau.
rindu kenangan Pangkor wif le hubby :(

'kanda, bila nak g pulau lagiiik?' :p

semua cikgu-cikgu pakat nak naik bot pergi hantar Guru Besar ke kampungnya.
sayang GB le katakan
sambil nak main air! :P

kelas prasekolahku selepas orang kampung tolong bawa barang dan dokumen penting ke tempat tinggi. hmmm..nak kena plan deco deco baru nii. Cikgu...cepat belajar interior design laks..basic pun jadi la...ehh =_=


okeyla..
penat bermain air
penat makan banyak tidor banyak
penat berpindah
penat risau.

prasekolah pagi tadii. Dah nak tenggelam taman permainan.

#selamat malam!

Cikgu..bertahan! - Banjir

As salam w.b.t

Rentetan banjir pagi tadi,berlarutan sampai ke malam.  Air makin naik. Emy dengan housemate dan seorang kawan masih d kuarters. Masih tinggal 4 anak tangga ni.huhu..cikgu, bertahan!

Rumah pun takde letrik ni. Harap takde binatang berbahaya masuk. Ya Allah risaunya. Emy pun dah kena gigit dengan binatang ape ntah..rasa bisanya terus berlari cari minyak panas.

Hujan rintik-rintik ni. Kadang-kadang lebat pastu berhenti jap.hujan lagi. Haah..nampak gaya makin naik la tuu.  Buat masa ni masih bertahan di kuarters sebab sekolah tak umum cuti lagi,murid tak datang dah tapi cikgu cikgu masih kena datang. Takpela..mana tau ni first nak suh emy merasa banjir di sekolah lepastu dapat pindah. Yeayyy! Selalu cakap pun macam doa kan. Amiiiin ;)

Dengan housemate pegi hantar kereta ke tempat tinggi.

Laluan masuk ke sekolah. Belah kanan sekolah. Belah kiri kawasan kuarters guru dan kakitangan sekolah.

pagi tadi masih nampak jalan. Sekarang semua dah sama

kuarters Emy..dok mengira anak tangga la nii


#moga cepat semua pulih ke sediakala.

Prasekolahku Banjir

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Hujan dah beberapa hari di kawasan Limbang ni. Banyak sekolah di ulu dah naik air, tak dapat lalu.  Harini air dah sampai di Meritam.  huwaaaa...merasa jugak suasana banjir. Takut...risau...eh ada rasa exxcited pulak sebab tak pernah kena banjir. haha..ape la cikgu nii =_=

 prasekolah kuu =_=


ni kuarters cikgu Emy


cikgu seberang ke pra sekejap, letak barang-barang penting ke tempat tinggi sikit

Murid-murid memang disuruh balik.
sampai entri ni ditulis, jalan depan kuarters cikgu dah tak nampak jalan.

Wedding Kak Aviana

As salam w.b.t.

Harini emy dijemput untuk ke wedding salah seorang kenalan di kampung. Kenal masa majlis di sekolah la.  Sebenarnya majlis ni dah berlangsung seminggu. ya. Seminggu! Macam-macam jugak adat deols kat sini.

Since emy dah stay di kuarters yang memang berada dalam kawasan that village,orang kampung dok suruh la pegi. Hehe.. tapi dek kerana cikgu ni shy shy cat maka hari besar iaitu harini sajalah emy sampai ke sana.hehe.  Ekceli bukan apa, yang seminggu tu banyak time malam..berbedak,pertandingan karaoke jadi memang emy pikir dua tiga pat kali jugak kalau nak kluar malam. 

Takpe..janji sampai harini pastu dapat jumpa pengantin. Moga kak Aviana bahagia di samping suami dan cepat2 dapat baby yang soleh dan solehah. Amiiin..

Tanweer - Tadah Tangan

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Best topik Rancangan Tanweer harini iaitu berkenaan dengan tadah tangan, berdoa kepada Allah S.W.T  sangat sesuai dengan situasi Emy kala ini. Untuk mengingatkan. Ya, doa sudah usaha setakat termampu pun sudah. Mungkin ini bukan masanya, dan mungkin ada sesuatu yang lebih baik Allah nak bagi pada hambaNya yang diuji ni.  Poin yang utama tadi juga adalah Jangan Bersangka Buruk pada Allah S.W.T


13 Waktu Terbaik Berdoa kepada Allah S.W.T
1. Ketika Sahur dan Sepertiga Malam Terakhir
2. Ketika Berbuka Puasa
3. Ketika Malam Lailatul Qadar
4. Ketika Azan Berkumandang
5. Di antara Azan dan Iqamat
6. Ketika Sujud Dalam Solat
7. Ketika Sebelum Salam dalam Solat Wajib
8. Di Hari Jumaat
9.  Ketika Hujan Turun
10. Hari Rabu antara waktu Zuhur dan Asar
11. Ketika Hari Arafah
12. Ketika Perang
13. Ketika Minum Air Zam zam


Sonata Musim Salju

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Cuti hujung just duduk rumah.  Tenangkan diri yang masih dalam kesedihan sebenarnya. Waktu ni sangat mengharapkan encik suami ada di sisi.  Alhamdulillah, emy antara isteri yang bernasib baik sebab hari-hari dapat contact encik suami melalui whatsapp..skype dan call bila encik suami tak sibuk. 


Rasa rindu sangat.  Mungkin sebab kesedihan yang melampau.  Takpe takpe ingat balik bahawa tak lama encik suami dah nak balik. counting  the days..yeayyyy!


Pagi tadi dikejutkan dengan msg audio dalam whatsapp dari encik Suami. Seronok sangat sebab encik suami pandai bagi ayat yang menggembirakan hati puan isteri ni. Fefeeling romantik sangat macam sonata musim salju gitu.  Tapi pliss jangan camtu dengan orang lain pulakk =="


Haa..sekarang memang musim salji kat tempat encik suami.  Suka betul dia dok share gambar die kat sana.  Wahhh wahh..seronok sakan yeee.  Teringin nak main salji gakk!


hari memula turun salji. 


encik suami dan kawan-kawan pi main salji
bawak balik sini skett :P



gula-gula hati kesayangan hamba *muaahhhcikedd*

Fikir Positif!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Semalam adalah mimpi ngeri. Rasa down sangat. Di saat kebanyakkan rakan satu batch satu maktab dulu dapat pindah.  Nama Emy adalah nama yang tidak tersenarai sama.  Ya Allah..sakitnya.  Dari pemerhatian, kebanyakkan opsyen prasekolah susah nak keluar dari Sabah dan Sarawak. Alasannya,negeri Sabah dan Sarawak kekurangan guru prasekolah. Yang ada dapat pun minoriti yang betul betul pedalaman dan kes khas seperti mengandung dan ada anak kecil.  


Menangis sampai tak lena tidor semalaman. Sangat-sangat down. Pergi sekolah pun nasib baik PPM memahami dan ada masa ustaz masuk, jadi banyak masa Emy berehat di katil sakit. Ya..sakit sangat =_=


Tapi alhamdulillah, teman-teman di sekeliling ada yang memberi kata-kata semangat sebagai motivasi.  Mengingatkan bahawa Allah jua sebaik-baik perancang. Dia Maha Mengetahui dan merencanakan yang terbaik buat hamba-hambaNya.  Emy perlu bangkit, anak-anak murid yang dahagakan ilmu tu tak bersalah.  Emy perlu semangat balik untuk tengok anak-anak berjaya.


never stop chasing your dream.

Sebenarnya banyak kelebihan yang patut Emy syukuri apabila berkhidmat di sini. 

1. Sekolah.
Sekolah emy sekarang kecik je ada 72 orang murid tahun ni. Kerja tak banyak, Guru Besar bukanlah jenis suka mengarah dan mengharapkan lebih dari staf. Pendek kata, Guru Besar adalah seorang yang memahami.  Memang tak pernah marah staf, senyum aje.  


2. Kuarters.
Kuarters yang emy duduk ni best sangat. Lengkap perabot, semua dalam keadaan baik. Memang di kampung dan jalanraya yang jarang kenderaan lalu, tapi emy tak takut pun dok sorang sebab sentiasa ada guard yang bekerja. Tak dapat line streamyx tapi tak bosan sebab ada astro.  Tak payah bangun awal pagi.  Pukul7 baru turun pergi kerja, 7.03minit dah sampai prasekolah.


3. Gaji.
Sembang part ni memang best.  Alhamdulillah, dapat bagi banyak kat ma dan abah. Dapat belanja keperluan adik-adik.  Ada lebih lagi boleh shopping online beli dress or benda-benda lain.


4. Orang Sekeliling.
Kalau kita duduk tempat orang, tak ngam dengan orang sekeliling memang stress kan. Alhamdulillah, emy tinggal di perkampungan Islam. Sambutan-sambutan yang biasa emy sambut di semenanjung pun ada di sini sperti sambutan Maulidur Rasul, Ikhya Ramadhan, Khatam Alquran. Majlis keagamaan juga. Syukur sangat, saling menjaga. Orang kampung/ibubapa murid sangat baik setakat ni la.  Rakan-rakan guru pun sangat baik.


5. Dapat kenal tempat dan budaya orang.
Haa...inilah yang dikatakan jauh berjalan luas pemandangan. Dapat kutip banyak pengalaman hidup.  Dapat jalan-jalan. Tengok budaya orang kan.



Ini sajalah cara untuk pulihkan semangat yang hilang. Fikir Positif. Lemparkan kesedihan dan bergembira menikmati hidup.  Sebenarnya banyak hal perlu disyukuri daripada mengeluh benda yang tak dapat kan. Takpela Emy cuba, penat dah menangis.  Kemahuan untuk dekat dengan suami tu tinggi sangat.  Moga ada sinar harapan untuk bersatu dengan suami dan bina sebuah keluarga macam orang lain.

Penghujung Hariku.

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...



ni putih efek dari filter instagram..
redha la yer mata yang memandang :P


Pagi tadi cukup bersemangat emy bersiap untuk ke sekolah. 
Tak sabar rasanya nak menghadapi cabaran hari ini.
Macam mana pula yer?
Macam mana nak pikat hati murid?
Macam mana nak menawan hati murid?
Macam mana nak buat murid lebih mendengar cakap?


Alhamdulillah.
Harini berjalan lancar.
Murid yang menangis semalam minta nenek teman pun dah okey.
Paksa juga duduk dalam kelas tapi tak buat kerja dan tak ikut pembelajaran dengan murid-murid lain.
Layan dengan baik, tanpa paksa dia buat apa-apa.
Dia hanya duduk atas kerusi, kejap kejap menangis..emy buat tak layan je. Die berhenti menangis lepas tu.
Syukur, waktu ulangkaji sebelum balik dia mahu sambung titik di papan putih. *big claps for her* waktu beratur balik dia nak ikut beratur jua.  
Moga esok makin baik ;)


Tapi,
Kegembiraan hanya sementara.
Dalam semangat ini ada halangan.

Keputusan eg-tukar sangat mengecewakan :(

Pagi tadi murid menangis.
Malam cikgu pula menangis.
Ya, cikgu menangis sama macam murid tu yang taknak neneknya tinggalkan dia di sekolah.
Ya Allah. Sedihnya :(

Jangan minta cikgu bersabar untuk berjuang.
Sebab sebelum menjadi cikgu, cikgu ni hanya manusia biasa punyai fitrah biasa inginkan sebuah keluarga bahagia.



#egtukar #prayforrizmyralove

Kisah Hari Pertama.

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Harini hari pertama persekolahan. Emy sampai sekolah jam7.20, lewat dah tu sebab semalam tidur lewat siapkan jadual waktu, RPH dan sebagainya untuk persediaan. Terkilan jugak tak dapat sampai awal.  Tapi tak lewat dalam rekod, arahan Guru Besar 7.20 mesti berada di sekolah, hehe..ok la tu.  


Pembelajaran bermula jam7.30.  Masuk je kelas, muka semua budak blur.  eh eh eh kita kenal ke..*kelipkelip pandang kiri pandang kanan* tengok orang sebelah macam sekampung *nak tegur ke tak* pandang muka cikgu balik.  haha..cikgu pun nak tergelak. *cikgu melemparkan senyuman paling menawan* supaya takde yang fobia taknak datang sekolah pulak esok.  Cikgu cuba maintain senyum maneh dalam tempoh seminggu ni yer. *ngeeeee :D


Sekejap, datang seorang budak. Bersama neneknya. Nak masuk kelas ajak nenek. cari kerusi ajak nenek.  Bila nenek nak keluar...dijeritnya..*jangan jangan. Emy pun pandang PPM, *haa..masalah ni. Neneknya tunggu sampai waktu balik.


waktu ni neneknya bisik kat dia.

*duduk la sekolah, kalau tak sekolah camane kan pandai.

Sedih.
Terus menusup ke kalbu, semangat untuk menjadikan mereka semua pandai.
In sha Allah.


budak-budak lain steady and blur.

kira bintang. 

ni marikh ke bulan?

mana princess tak datang lagi?


dapat gula-gula dari aunty (PPM).


 izinkan cikgu posing di hari pertama..



muka ceria cikgu lepas semua budak-budak balik. weee~


Ada beberapa orang kawan cakap muka cikgu nampak cerah and flawless gitu. Alhamdulillah. benarkah tu?hehe.  Mungkin kesan skincare yang baru emy guna ataupun kesan produk yang emy amalkan.  Suami balik makin jatuh cinta kann ;)

Meja Cikgu.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Harini Emy mengrajinkan diri untuk ke sekolah.hikhik macam la sekolah jauh sangat. dua minit dah sampai. Kena datang juga ke prasekolah, siapkan bahan-bahan untuk esok. Esok? eh macam ekcited pulak nak jumpa anak-anak baru ni. Macam mana rupa fe'el masing-masing.  In shaAllah semua akan baik-baik.  



Kat sekolah, yang penting meja cikgu la. Mesti kemas dan tersusun supaya kerja pun nanti tersusun kan.  Macam emy di kelas pra ni, kena la susun dan siapkan meja awal-awal supaya nanti pape laporan yang PPD mintak senang nak bagi kan.  Takkan nak cari kat meja PPM lak.  Tapi emy jenis yang clumsy gak.  Nanti ada la tu pergi menyibuk selongkar kat meja PPM untuk cari gunting gam ke stapler sebab kat meja dia ada semuaaa =_=


Jadi dengan semangat jaya wawasan unggul beberapa hari lepas emy shopping la sikit barang. Beli stapler yang kecik senang letak dalam pencil case. Beli alas meja,pad mouse dan juga keyboard sticker ;)


Beli di supersave, 1 meter tu ngam ngam dengan saiz meja tu. RM12.99. 


Lepastu susun beberapa barang sikit.  Dokumen tahun lepas, simpan letak dokumen baru pulak. Tersusun senang sikit nak uruskan nanti.  Tu pad mouse, pink gegirl.


Yang ni wajib ada atas meja. Penat buat kerja leh tatap wajah kekasih kann
a picture of me and husband.  
Remembering the sweet vocation at Brunei.  


my lappy Asus Transformer T100
baru je lekatkan keyboard sticker tu. omey takk?? =_=
takde gambar zoom dekat, kang uols terkejut dek kekiutan itewww :P
RM.2.50 je. murah sebab tu beli, like i was said to my friend kalau tahan dua minggu pun dah bersyukur nakk.  Tapi dok guna buat menaip ni, best je..hitung-hitung macam tahan lama jaa nii.


Tahniah Daqmie!

As salam w.b.t

Tengok ANI sambil key in maklumat murid dalam sistem. Alhamdulillah,siap kerja sambil layan lagu nasyid di Anugerah Nasyid Ikimfm.  Terbaik ANI,next year sila buat lagiii yer!



Anugerah Vokal Terbaik & Johan Lagu Terbaik - Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)

Naib Johan Lagu Terbaik - Seiring Sehaluan (UNIC)

Tempat Ketiga - Kasih Untukmu (Hafiz Hamidun)

Anugerah Persembahan Terbaik - Al Haq (Mawi & AC Mizal)

Anugerah Penyanyi Solo Pilihan Pendengar - Jodoh Berdua (Hafiz Hamidun)

Anugerah Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta & Anugerah Nasyid Pilihan Pendengar  - Kasih PadaMu (Hafiz Hamidun)

#Selamat malam ;)

Anugerah Nasyid IKIMfm

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...




Tengah bersiaran ni. Jom la tengok!!
cepat-cepat bukak tv al-hijrah yer.
ada heliza helmi yang bak elsa gitu.



Nak kereta auto!

As salam w.b.t

Masa cuti sebulan setengah, emy dok kelantan tu ke hulu ke hilir dengan alza. Alza de auto.hehe. jadi bila dah balik Limbang jadi tak biasa bawak manual. Myvi de man wal. sobss =_=

Semalam emy ke bandar nak jemput kawan di airport. Elok je bawak dari kampung ke bandar. Bandar kan ada kawasan pejalan kaki..kereta tengah banyak okey. Tup! Kereta mati enjin di kala semua pejalan kaki dah beredar. Syabas betei! Ini jugak yang ko buat masa mula-mula belajar myvi de man wal kann..mati enjin. Gelabah. Bagi emergency signal. Rileks jap. Muka panik tukar kepada muka serius. Pemandu-pemandu lain berlalu sambil menjeling ke arah myvi de man wal. Oohh kereta lama. Mungkin ada masalah tu. Haha..sempat berharap itu yang pemandu2 lain pikir. Chillaxx babe. Start enjin bawa se slow and se steady mungkin.

Dalam hati menangis nakkan alza de auto. Pastu cepat2 pikir balik. Dulu alasan taknak bawak alza sebab sayang kereta baru nak lalu jalan kampung yang tak berapa elok. Thats why bawak myvi de man wal. Dulu pun tak reti beza auto dengan manual. Dengar je orang cite bawak auto la senang. Tapi emy jenis redha. Myvi itu manual. Baru lepas dapat lesen. Test pun kereta manual kan.  Mesti boleh bawaknya.

Emy jugak selalu tengok orang pompuan bawak kereta sorang, manual.  Emy pn cakap kat diri, dia boleh takkan ko tak boleh kan? So, jangan fikir takut.. Fikirkan boleh!

Lama-lama mesti okey kan.
Mode : mula belajar membiasakan diri dengan myvi de man wal.

Bila ingat mak

As salam...

Bila dah mula berjauhan balik dengan family ni, rajin la masuk mesej di whatsapp. Ma adik2 ayahsedara yang rapat kat rumah tu bertanya khabar. 

Pastu dalam pada tak mengaku rindu ma family, dapat homesick bila 3hari dok sorang di kuartes tak lalu makan. Hah..homesick tu eh?

Rajin la mulut emy ni bercerita dengan kawan baik emy ni. Ma macam ni la masa cuti..gitu gitu *gelaktutupmulut* sekarang macam tu macam tu.kan kan..tetibe kawan baik emy pun senyum seulas kecik gitu sambil berkata 'hargaila mak sementara mak masih ada'

Sentap.

Emy terlupa yang kawan baik emy ni baru kehilangan bonda tersayang pada 15 Disember lepas. Daripada Dia kita datang, Pada Dia kite kembali.  Lupa sangat dalam keterujaan nak ingat kat mak, rupanya ada orang yang akan selalu rindu kat maknya.  Rindu hanya pada kenangan lalu bersama maknya. Rindu untuk memeluk..bermanja seperti masa lalu.  Masa itu dah terhenti,dia dah tak boleh memeluk serta bermanja dengan maknya.

Terus emy senyap.
Bagi ruang pada diri.
Bagi ruang pada kawan baik emy tu.

Allah bagi sesuatu di sekeliling kita untuk sentiasa menyedarkan kita di saat terleka. Syukur,petanda yang emy dapat amat mudah.  Hargailah sekarang sebelum terlambat.  Mungkin kita atau mak kita yang pergi dulu.

Nilai kasih sayang ibu tak terbalas.
Cukupla jangan buat dia menangis.
Kekalkan senyuman di wajahnya.
Tenteramkan hatinya dengan berita gembira.

Semangat kemas rumah

As salam...

Semalam satu hari dok kemas rumah. Harini just nk rehat pastu ambik kawan di airport. Sekali dok termenung mata ke atas, mak aihhhh! Tebalnye habuk kat kipas. Tak boleh biar ni..kang dah bukak sekolah lagi malas lagi tebal la habuk hituuu.

Dek kipas yang tinggi, terpaksa la guna meja jadi batu loncatan..hentam saja peribahasa tekgu ni =_= sekali tengok.eh tak menarik dah alas meja ni. Kena tukar kepada yang cantik menawan ni,jadi guna dulu la ek.

Akhirnya siap jugak dua biji kipas syiling..dalam bilik emy pakai kipas meja je..memang selalu cuci seminggu sekali yang tu.tak leh hidup dengan habuk.mula la penyakit mendekati..ye dak?

Hehe..semangat betul emy kemas rumah. Dari dapur semua bekas bekas bawang segala jenis bekas dicuci.kain buruk pun cuci. Lepas ni rumah dah cantik kemas baru fokus pada persediaan sekolah. Baru lagi semangat nak sekolah kan. 4days to go!

Alhamdulillah.
#adiossss!

Pasang Bag Rack

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Hari ni satu hari emy spend masa untuk kemas rumah kuarters.  Mengemas ni dah ala separuh nak masuk rumah baru.  Ini mungkin disebabkan, rumah terbiar kosong selama sebulan setengah jadi sangat banyak habuk dan sarang lelabah. Baik jugak emy datang awal jadi leh kemas-kemas rumah. Bila bukak sekolah, just fokus pada tugas je kan.



Sebelum ni emy ada post entri pasal emy order barang dari lelong.com tu.  Dua dah sampai, dua lagi pun dah sampai ni.  hehe.  Dua lagi tu car vacuum dan portable iron steamer.  Tapi sedihnya, portable iron steamer tu sampai semalam, dan emy dah ada di Sarawak.  emm emmm..jadi suh adik tolong pos balik ke sini la..uhukk..



Emy ada beli bag rack memang khas untuk digunakan di Sarawak ni.  Senang nak pilih beg mengajar nanti.  Dan beg pun kemas dan tersusun kan.  Owh...Cik HaniMaduManis ada request mintak tunjukkan cara pasang. Hehe..senang aje.


Ini hasilnya, belakang pintu bilik Emy.  Uols nampak senget tak? eh tak la.. 
tak senget punnn :p 
Fine..puan blogger ni senget, 
hampagas betol, boleh pasang senget..
nanti la Emy betolkan eh, 
adjust sikit bawah tuu.. 
Asalnya ada dua straps tapi emy guna satu je dulu.


Two Straps Adjustable Bag Rack
Harga :  RM11.99 + RM8.00 (postage ke semenanjung)



Asalnya camni, ada dua pencangkuk untuk satu tali.
Jadi satu pencangkuk letak atas pintu, satu lagi 
cangkukkan kat bahagian bawah pintu.
haah..caamni la cangkuk kat atas bahagian pintu tu.







cangkuk atas bawah, Siap!
Tapi emy tak rekomen kan sangat benda alah ni kat uols, melainkan uols uols ni student ke or like me yang datang dok kuartes jauh-jauh semata untuk kerja.  Sebabnya, bila tutup buka pintu rasa berat dengan beg tu, jadinya pintu itu harus di handle with care la..slow ala perempuan Melayu tu. Emy boleh la sebab Emy ni perempuan Melayu, ehh! :P
Kalau menetap di rumah sendiri dan nak guna untuk jangka hayat lama, better cari yang stabil dan kukuh terus la.



#adiosss!