My Sunshine ☀

As salam w.b.t
Tadi kan tengok cerita "Akulah Balqis" episod hari ni pasal mama Milda kehilangan bayi nya. Ermmmm..saya dapat rasai nya dan fahami.. Cuma saya tak la menangis meraung macam tu. Dan sebenarnya tak jatuh lagi airmata ni selepas keguguran tu.  Mungkin sebab saya dah bersedia.  Sebelum keguguran memang ya saya banyak menangis. Encik suami minta cuti dan balik.
Definitely, dia orang yang buat aku kuat.  Sebelum keguguran saya ada menangis dan mengadu pada encik suami, die terus cakap jom kite pergi bercuti.  Kalau ikutkn lama dah plan nak jalan-jalan ke Melaka dan Johor tapi pikirkan encik suami mesti penat nak drive jauh-jauh.  Tak pela, next plan la kan. So we decided to go to Cameron with my family.  Walaupun keluarga, ma dan adik-adik tak de la cakap pasal hal kesihatan saya,tapi saya dah bagitau ma about condition my baby. Diorg just act macam biasa dan let me free apa yang saya nak buat dan yang tak nak buat.  Pada aku,dorang faham dan trying untuk buat saya happy.. So..I'm happy la kan.
Saat kita sedih juga, kena banyak ingtkan sang Pencipta.  Segala sifat Allah itu membuat kan kita tahu Allah itu akan sentiasa bersama kita. Allah itu Maha Memakbulkan Doa HambaNya.. Kita minta dan berdoa walaupun ambik masa, Dia akan tunaikan.  Allah itu Maha Memberi Rezeki..kita minta rezeki anak, dia bagi untuk kita rasa sekejap..mungkin ini bukan masanya.. Dia tarik balik dan in sha Allah akan digantikan dengan yang lebih baik. Allah itu juga Maha Menghidupkan dan Mematikan..semua ini hak Dia. Termasuklah nyawa kita.
Masih mengumpul kekuatan dan ketabahan.
Alhamdulillah.. Orang di sekeliling banyak bagi sokongan. Betol. Sokongan amat penting walaupun dia tak menangis..tak meraung tapi kehilangan anak adalah sesuatu yang amat berharga.  Sekurang-kurangnya jangan bercakap sesuatu yang akan mengguris hatinya dan hal yang berkaitan. Dia mungkin kuat untuk mendengar tapi keadaan hati rapuh nya tiada siapa yang tahu.
#luqmanulhakim anak buah yang selalu memikat hati

#rizmyralove buah hati yang selalu mencintai hati ini 

#mypreciousfamily yang berharga di hati  💕 

2 comments:

cik hani said...

yang paling dekat dan menyokong kita adalah suami kalau ianya melibatkan zuriat..

emieysandra said...

Iyer cik hani..syukur sgt bila suami sgt memahami.alhamdulillah :-)