Keguguran.

Assalamualaikum w.b.t
Salam Maulidur Rasul..
Harini nak cite sket episod duka. Tak sempat nak update kegembiraan bila disahkan mengandung untuk kali kedua. Takpela..ingat balik ayat doktor yang pernah aku jumpa..katanya bersyukurlah sebab aku tahu aku masih boleh mengandung. Alhamdulillah. Lama jugak berTTC dgn status perkahwinan jarak jauh. Bila encik suami pergi misi ke Lubnan selama setahun dan balik bulan September, bulan November aku disahkan hamil. November, bulan ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga, seronok sangat sebab dapat sambut dengan berita gembira.  Namun,ianya hanya seketika.
Keguguran Pertama.
Aku dan suami dinikahkan pada 23 November 2012. Januari - dah perasan period lambat tapi buat xtau je,lepas tu period. Lima hari period ada perasan keluar seketol warna putih macam isi ikan. 2 hari lepas tu,demam. Tak sedap hati sangat, ajak suami bawa ke klinik dan doktor sahkan aku mengandung. Aku jadi gembira, lupa dah sekejap yang sebenarnya aku period a.k.a bleeding.  Pastu doktor scan cari kantung tak jumpa. G rujuk ke hospital (masa tu aku di perlis) kena tahan wad. Doktor sempat suspek aku mengandung luar rahim. Bila doktor tanya2 baru aku teringat yang aku pernah keluar seketol yang macam isi ikan tu (jauh dari keluarga langsung tak tahu pape,rupenya itu embrio yang nak menjadi) jadi,aku disahkan complete miscarriage. Duduk di wad selama 4hari,semua okey.. Pendarahan pun dah kurang. Dapat keluar.
Keguguran Kedua.
Ini yang baru aku lalui kelmarin.
6/11/15 - check upt.alhamdulillah dua line.
Sejak tu makan,pergerakan semua aku jaga. Sebab pernah ada sejarah. Kawan-kawan di sekolah yang tahu pun banyak bagi nasihat dan risaukn aku sebab aku ada sejarah keguguran dan dorang tahu betapa aku harapkan untuk mengandung kembali.
Beberapa hari lepas tu..ada brown spotting. Pegi klinik dan first scan doc tunjuk my little tiny dot dalam rahimku.Alhamdulillah. Bersyukur. Gembira sangat.  Doctor bagi ubat yang namanya gestrenol berfungsi untuk stabilkan hormon pregnancy.
20/11/15 - naik flight untuk balik kampung.  Tiga kali flight. Limbang - Miri - Kuala Lumpur -Kota Bharu.  Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan okey. 
23/11/15 - bleeding.  Darah merah betol dekat separuh tapak tangan.  Terus encik suami bawa g emergency. Masa tu lagi..Doctor check dan bagitau ada luka sket tapi tak jejaskn rahim.  darah pun memang stop. Keluar kat tapak tangan je. Pastu doktor tanya ada bersama suami, terus la aku menafikan. Memang dh setuju dengan suami sebab nak tunggu kandungan kuat dulu. OK,Lepas tu boleh balik.
Seminggu lepas tu. Memang ngam hari yang sama. Isnin jugak.  Ada keluar brownish banyak. Tak macam biasa. Walaupun bukan darah merah aku tetap risau. Terus pergi emergency.  Doc check. Bukaan rahim masih ttup menandakan tiada keguguran berlaku.  Sebab dah kali kedua datang emergency, kena la tahan wad selama 2 malam.  Padahal brownish tu tak keluar dah selama aku di wad tu. Doktor diagnosed sebagai silence miscarriage sebab tak nampak denyutan jantung baby lagi.kandungan dah 8minggu
Hari Sabtu ikut suami balik rumah mentua. Machang - Kota Bharu lebih kurang sejam la. Esok pagi keluar brownish lagi.
Ahad - pergi klinik swasta. Jawapan yang sama. Silence miscarriage.  Tak nampak baby, xde denyutan.
Encik suami balik ke Perlis selesaikan pasal pertukaran ke tempat kerja baru,Kuala Lumpur. 
Dalam masa tu, aku ke hospital Kuala Krai sebab ada appointment. Jawapan yang sama di terima.  Masih kuar spotting. Sehari dalam 2 titik di pantyliner. Ke klinik swasta pun sama.
Suami balik. Tenangkan aku. Waktu tu aku tak boleh terima jika kejadian berulang lagi. Aku dh rasa prgnant. Alahan pening dan muntah . Berat bw perut. Mengah bile berjalan. Aku nak happy ending. 9bulan aku riba baby. Aku dapat rasa yang aku kandungkan baby girl. Suami tenang kan aku.ajak pergi bercuti.  Decide ke Cameron Highland.  tapi aku mntk suami bawa ke satu klinik lagi untuk mntk last opinion.
Kami pergi ke klinik TMC, Kota Bharu. Doc tengok buku merah dan tengok sume report rawatan aku sebelum ni. Kemudian scan di perut dan doc bagitau masih tak nampak heartbeat. Aku request untuk scan dari bawah dan masih tak nampak heartbeat. Baby pun kecik je lagi tak sesuai dengan usia kandungan 10mgu waktu tu. Aku tenang waktu tu. Suami ada. Bincang dan bercakap dengan doctor. Doktor tenangkn aku,bagi kata-kata positif. 
Aku ada tanya,apa sebab aku keguguran dua kali. Doktor bagitau 50% kehamilan ada potensi untuk gugur.  Selepas keguguran pertama, potensi keguguran tetap ada. Tapi bagi kes ni..Doctor bgtau bukan sebab rahim lemah. Untuk kandungan kali pertama mgkin ya rahim lemah sebab aku tak sedar pun yang aku mengandung dan tak jaga makan minum pun,berjalan sana sini ikut suami. Kandungan kali kedua pula aku sangat menjaga pemakanan dan pergerakan. Spotting hampir 3minggu tapi baby masih tak jatuh. Kandungan dah tak berkembang masa usia 7minggu.  Kemudian, aku bagitau doktor yang aku dan suami nak bercuti ke Cameron Highland sebab nak tenangkan hati dan fikiran. Doktor cakap ok saja.cuma kena brsedia dengan sebarang kemungkinan.
Ahad - bertolak ke Cameron Highland bersama ma dan adik-adik. Saja nak bawa dorg berjalan. Selalunya waktu cuti selalu aku bawa dorang jalan-jalan tapi sebab dari awal cuti aku tak sihat dengan alahan.  Jadi inila masanya untuk gembira kan dorang. Alhamdulillah aku jadi tenang bila tengok dorg gembira. Jadi seronok sampai lupa masalah yang ada. Sewa apartment di Crown Imperial selama 2 malam.
Selasa - petang pukul 6 sampai rumah.  Lepas mgrib aku mulai sakit senggugut. Berterusan.  Pukul 10 malam pun masih sakit. Aku dah rasa mesti janin nak keluar. Darah dah banyak. Aku pn da pakai pad. Selama di Cameron aku rilex je pakai pantyliner, xpenah penuh. Jadi rasa tiba-tiba sangat.  Sakit macam kontraksi. Inila yang dilalui ibu2 nak beranak kann. Cuba tido.
23/12/15 (1.25pagi) kejutkan suami.  Rasa sakit perut memulas,  bangun nak berjalan pening macam nak pitam.  Masuk duduk di tandas..keluar seketol yang macam merah pastu putih-putih..kuar darah berketol jugak. Lepas je keluar tu rasa lega sangat. Pening pn dah makin kurang. Panggil ma..tunjuk kat ma. Kata ma..dah kuar sume ni. Lepas tu masuk tido. Bincang ng suami bangun pagi esok baru nak ke hospital. 
Kena tahan wad satu malam,doktor cakap dah keluar habis dan dah boleh keluar.  Emmm..tapi kenapa aku rasa macam ada sakit lagi dalam perut?  Sekejap sekejap la rasanya.  Takpela nak balik berpantang dan mengurut.
Sekarang, rasa perut dah kempis..sengal-sengal kat bawah..penat sikit la..bersyukur sangat sebab tak kena cuci rahim.  Takut,sakit pun lebih nanti. Kawan pun ada cakap, kalau cuci rahim ibarat ada luka kat dalam..lagi kena pantang betol2.
Isi masa dengan mengupdate blog di dalam wad ni. Tunggu masa nak balik.  Doakan saya cpt baik dan cepat2 mengandung lagi 

4 comments:

Salina@IbuAqil said...

In shaa Allah emy..
Allah amik dia nak bg yg lebih baik lg..
Kuatkan semangat..
Ada rezeki emy lg lepas ni..
Silap2 kembar..
Aamiin Ya Rabb!!
Rindu ibuAqil dkt emy..
Muahciked!

emieysandra said...

Aminnnnn!
In sha Allah.. Tq ye kak :-)

emieysandra said...

Aminnnnn!
In sha Allah.. Tq ye kak :-)

cik hani said...

Emiey...

Allah merencanakan sesuaru yang terbaik untuk kite semua.
Selalu pikir positif.
Mungkin Allah gantikan sesuatu yang lagi baik..

Saya doakan emiey sentiasa dalam lindungan Allah