Majlis Pecah Tabung

Bismillahirrahmanirrahim..As salam..

Alhamdulillah..semalam berlangsung majlis pecah tabung untuk anak-anak pra.
Amalan menabung ni amy mula masa tahun pertama datang ke sekolah ni, sampai la ke tahun ketiga, masih meneruskan amalan ini.  Jadi, bila dah menabung..mesti la tengok siapa yang rajin menabung kan.  Itu hanya sebagai galakan dan dorongan kepada mereka, apabila tengok kawan-kawan lain menyimpan banyak duit, maka mereka pun ingin macam tu jugak. Yup! itulah hasil positif yang dapat diterapkan dalam diri anak-anak pra ni.


Jadi, majlis ni bertujuan untuk mengira secara serentak kesemua 10 tabung (10murid) dan mencari siapa yang paling banyak menabung dan itulah yang paling rajin.  Semoga amalan ni akan mereka teruskan sampai ke alam dewasa. Betol tak? In Sha Allah


lepas dah kira duit, minum minum dulu


ada ibu yang masih mengira

 anak-anak tolong susun duit, nak suruh mengira masih tak cam lagi semua ni



haa..ini paling banyak


Hasilnya, murid yang menabung paling banyak jatuh kepada Hawa Zahiah dengan 
hasil tabungan sebanyak RM336..#BIGCLAP

No comments: