Konvokesyen Anak-anak Prasekolah 2015.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Minggu lepas jugak, Konvokesyen Prasekolah peringkat daerah diadakan dengan jayanya. Gembira tengok anak-anak prasekolah yang berumur 6 tahun naik pentas terima scroll..terkenang jugak masa cikgu konvo dulu.  In sha Allah..semoga anak-anak muridku ini berjaya ke menara gading dan terima pengiktirafan pengajian peringkat tertinggi. Aminn...





Mereka membuatku hari-hariku mencabar
Mengejar kejayaan untuk mereka
Mereka membuatku mengukir senyum tanpa sedar
Melihat telatah nakal dan comel mereka

Teruskan melangkah
Yakinlah pasti ada yang membimbing
Bila kau berjaya kelak
Jagalah langkah jangan sumbang

dedicate to  Nabil, Danial, Ain dan Iqbal.
by cikgu Amirah ;)

2 comments:

cik hani said...

Comel2 muka dorang bergambar,macam2 memek muka.

Hari konvo dorang, paling seronok la dorang naik pentas

emieysandra said...

iyela..seronok sgt pakai baju cntik2..pastu konvo ;)