Yoga.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Sejak tahun lepas emy sangat sensitif mengenai penjagaan kesihatan sebab tengah trying to conceive (ttc) kan..ada sebabnya kenapa Allah bagi kita ujian.  Cari hikmah di sebalik ujian yang diberi ;)  Belajar sikit-sikit lepas tu cuba amalkan.  Banyak yang emy cuba improve dari semasa ke semasa dari aspek pengambilan makanan yang sihat dan juga penjagaan fizikal emosi dan rohani. Zaman maktab dulu selalu berjoging dan berzumba dengan kawan-kawan.  Bila dah kawin dan kerja ni..semua tu makin ditinggalkan =_=


Kalau dok kuarters ni emy selalu guna hujung minggu untuk berjoging, pagi pagi disapa orang kampung..senyum, dah mewujudkan aura positif dalam diri kann..tapiii.masalahnya hujung minggu la masa nak berjalan, ke sana la ke sini laa..hikss. Dengan rasa risau tak boleh jadi niiii..bila lama tak exercise rasa sakit-sakit badan mula la kena gi massage.  Nak dijadikan cerita..masa jalan-jalan cari kasut jumpa yoga mat warna pink..dah lama cari, nak pulak warna pink tinggal 1 dh time tu..ape lagi, terus ambik..harga RM29.90. Berangan la boleh guna untuk sit up or berzumba atas ni..baru tak sejuk kaki. okey bawa balik.


Lepas tu..pergi rumah kawan tengok cerita Manisnya Cinta...ala, yang Fazura menjerit.."aku sunyiiii!" duii..siapa tak jelly tengok fazura yang fit dan cantik ituu..pastu kan ada part Fazura buat yoga depan kolam renang. aduduuiiii..mula berangan buat rumah nak ada kolam renang la...heh!  haa...di situ la bermula nya titik tolak bahagi darab emy nak belajar yoga. yoga mat dh ada, just guna je la.. nampak tak, kesan daripada cerita dan pengaruh artis nii..jadi ibu ibu sila pantau anak memasing supaya ambik kesan-kesan yang positif ajerr..macam cikgu amirah nii :P


Minggu ni emy agak stress dengan kerja. Jadi, memang sangat-sangat memerlukan exercise untuk menyingkirkan ketensionan diri ini. Kalau fikiran bercelaru nak dekat mooncome emy paham, tapi ini bukan detik-detik mooncome nyaa..  Maka,Dah dua hari emy buat yoga setiap pagi sebelum bersiap nak ke sekolah.  tengok video dari youtube ni. Ambik masa sekejap je.  Kesannya, badan rasa ringan je dan kat sekolah rasa aktif dan cergas sentiasa. Alhamdulillah.


saya tengok yang ni, simple mudah ikut.


Antara Kebaikkan Yoga Adalah :-
1.    Menenangkan Fikiran
Mencari senaman yang boleh menghilangkan tekanan di kepala anda? Yoga adalah antara senaman yang efektif untuk menghilangkan segala stress yang membelenggu pada diri.
Disiplin pada senaman yoga memerlukan anda sentiasa tenang dan menjaga pernafasan ketika melakukan jenis senaman yang diinginkan. Secara tidak langsung, ia akan melatih anda sentiasa tenang jika menghadapi apa-apa cabaran dan dugaan yang mendatang. Sikap panas baran juga dapat dikikis secara berperingkat.
2.  Mampu Menurunkan Berat Badan
Sama seperti senaman lain, kebaikan yoga juga mampu untuk menurunkan berat badan. Walaupun impak senaman yoga tidaklah setinggi jika anda pergi berjoging, melakukan senaman di gim ataupun menari, namun ia tetap dapat membantu  anda menurunkan berat badan.
Jumlah kalori yang mampu dibakar ketika melakukan senaman yoga selama sejam ialah sebanyak 240 kalori, iaitu ibarat anda berjalan dan berkebun selama sejam!
3.    Membaiki Postur Badan
Antara kebaikan yoga yang lain ialah ia boleh membaiki kembali sturktur badan anda. Mungkin sebelum ini anda duduk tegak dan jarang bergerak semasa bekerja di pejabat. Ia membuatkan ketegangan pada otot dan membuatkan anda mengalami sakit sendi.
Apabila anda melakukan senaman yoga, ia dapat membantu masalah ketegangan otot sendi anda. Senaman yoga menuntut semua pergerakan otot anda menjadi lebih fleksibel. Secara tidak langsung, semua otot anda akan bergerak dan membantu membaiki postur badan anda kembali normal.
4.    Tubuh Lebih Fleksibel
Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, kebaikan yoga antara lain adalah membantu menjadikan tubuh badan anda menjadi lebih fleksibel. Pergerakan pada senaman yoga menuntut seluruh tubuh badan anda bergerak dan pergerakan yang sukar akan menjadikan anda lebih fleksibel.
Apabila tubuh fleksibel, badan anda akan lebih seimbang dan otot  jadi lebih kuat. Di samping itu, ia juga menyenangkan anda untuk melakukan sebarang kerja atau senaman tanpa sebarang masalah.
# Senaman yoga juga secara tidak langsung dapat menguatkan tulang anda!
5.    Meningkatkan Daya Kosentrasi
Jangan terkejut kerana antara kebaikan yoga ialah dapat meningkatkan daya kosentrasi anda. Yoga bukan sahaja senaman yang melibatkan fizikal, malah juga menuntut kekuatan mental anda.
Senaman yoga memerlukan anda untuk sentiasa tenang dan kosongkan fikiran untuk melakukannya. Jelas ia dapat membantu dan melatih anda meningkatkan tahap kosentrasi untuk sentiasa fokus dengan sesuatu yang anda lakukan.
Namun, awas! Jika baru ingin memulakan senaman yoga, pastikan anda mengambil jurulatih yang bertauliah untuk memantau senaman tersebut.
Pastikan anda juga tahu tahap kemampuan anda untuk melakukannya kerana yoga banyak melibatkan pergerakan yang melenturkan badan. Jika tersalah cara dan melampaui tahap kemampuan akan mengakibatkan anda tercedera. Di sinilah jurulatih memainkan peranan penting untuk menasihati anda.
#Stay healthy and young!

No comments: