Stress.

As salam w.b.t

Hati menggesa-gesa supaya menghupdate. Lepas tengok Anugerah Meletop mata ni masih belom mengantuk.

Minggu lepas adalah minggu yang stressful pada emy. Iyerp..stres dengan masalah kerja, lepas tu batuk..kemudian selsema dan kemudian demam :( banyak kerja tergendala..bertambah-tambah stress. Kesannya orang sekeliling laa..

Emy ni kalau yang tensen tensen serabut time nak dekat period tu emy tak panggil stress tapi dipanggil hormon tak stabil. Yang kali ni memang stress..bukan musim mooncome. Buat itu tak kena..ini tak kena..dok rasa penat..marah-marah. 

Minggu ni baru boleh cooldown sikit.  Ianya masalah di tempat kerja.  Tak suke la tekanan ni.  Chillax ajaa...

So,emy nak share beberapa tips untuk uruskan stress /tekanan ni berdasarkan apa yang emy buat la..

1. Cari punca dan atasi atau luahkan.
Cari punca apa yang menyebabkan kita stress. Kalau ianya perlu diselesaikan..selesaikan secepat mungkin.  Kalau melibatkan perasaan,cari orang yang dipercayai dan luahkan.

2. Senaman
Bila stress ada urat yang tegang kan. Jadi cari masa bersenam. Emy buat yoga selepas baik dari demam. Simple yoga je. Yoga melibatkan pergerakan dan pernafasan dan ianya sangat menenangkan!

3. Makan makanan berkhasiat.
Banyakkan makan sayur-sayuran atau buah-buahan..menyahtoksinkan asid dari badan supaya badan lebih sihat dan mempengaruhi otak untuk bertenang.

4. Bersiar - siar.
Yaa..luangkan masa bersiar-siar dengan kawan. Jangan pergi ke shopping mall pulak,makin stress duit melayang nakk oii.cari kawasan hijau yang menenangkan. Pergi trek joging pun bolehh..sambil buat tips yang kedua!

Itu saja bebelan sebelum tidor.
Selamat malam.
Dunia terlalu indah untuk disiakan ;)

No comments: