Tanweer - Tadah Tangan

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Best topik Rancangan Tanweer harini iaitu berkenaan dengan tadah tangan, berdoa kepada Allah S.W.T  sangat sesuai dengan situasi Emy kala ini. Untuk mengingatkan. Ya, doa sudah usaha setakat termampu pun sudah. Mungkin ini bukan masanya, dan mungkin ada sesuatu yang lebih baik Allah nak bagi pada hambaNya yang diuji ni.  Poin yang utama tadi juga adalah Jangan Bersangka Buruk pada Allah S.W.T


13 Waktu Terbaik Berdoa kepada Allah S.W.T
1. Ketika Sahur dan Sepertiga Malam Terakhir
2. Ketika Berbuka Puasa
3. Ketika Malam Lailatul Qadar
4. Ketika Azan Berkumandang
5. Di antara Azan dan Iqamat
6. Ketika Sujud Dalam Solat
7. Ketika Sebelum Salam dalam Solat Wajib
8. Di Hari Jumaat
9.  Ketika Hujan Turun
10. Hari Rabu antara waktu Zuhur dan Asar
11. Ketika Hari Arafah
12. Ketika Perang
13. Ketika Minum Air Zam zam


No comments: