Penghujung Hariku.

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...



ni putih efek dari filter instagram..
redha la yer mata yang memandang :P


Pagi tadi cukup bersemangat emy bersiap untuk ke sekolah. 
Tak sabar rasanya nak menghadapi cabaran hari ini.
Macam mana pula yer?
Macam mana nak pikat hati murid?
Macam mana nak menawan hati murid?
Macam mana nak buat murid lebih mendengar cakap?


Alhamdulillah.
Harini berjalan lancar.
Murid yang menangis semalam minta nenek teman pun dah okey.
Paksa juga duduk dalam kelas tapi tak buat kerja dan tak ikut pembelajaran dengan murid-murid lain.
Layan dengan baik, tanpa paksa dia buat apa-apa.
Dia hanya duduk atas kerusi, kejap kejap menangis..emy buat tak layan je. Die berhenti menangis lepas tu.
Syukur, waktu ulangkaji sebelum balik dia mahu sambung titik di papan putih. *big claps for her* waktu beratur balik dia nak ikut beratur jua.  
Moga esok makin baik ;)


Tapi,
Kegembiraan hanya sementara.
Dalam semangat ini ada halangan.

Keputusan eg-tukar sangat mengecewakan :(

Pagi tadi murid menangis.
Malam cikgu pula menangis.
Ya, cikgu menangis sama macam murid tu yang taknak neneknya tinggalkan dia di sekolah.
Ya Allah. Sedihnya :(

Jangan minta cikgu bersabar untuk berjuang.
Sebab sebelum menjadi cikgu, cikgu ni hanya manusia biasa punyai fitrah biasa inginkan sebuah keluarga bahagia.



#egtukar #prayforrizmyralove

No comments: