Pasang Bag Rack

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Hari ni satu hari emy spend masa untuk kemas rumah kuarters.  Mengemas ni dah ala separuh nak masuk rumah baru.  Ini mungkin disebabkan, rumah terbiar kosong selama sebulan setengah jadi sangat banyak habuk dan sarang lelabah. Baik jugak emy datang awal jadi leh kemas-kemas rumah. Bila bukak sekolah, just fokus pada tugas je kan.



Sebelum ni emy ada post entri pasal emy order barang dari lelong.com tu.  Dua dah sampai, dua lagi pun dah sampai ni.  hehe.  Dua lagi tu car vacuum dan portable iron steamer.  Tapi sedihnya, portable iron steamer tu sampai semalam, dan emy dah ada di Sarawak.  emm emmm..jadi suh adik tolong pos balik ke sini la..uhukk..



Emy ada beli bag rack memang khas untuk digunakan di Sarawak ni.  Senang nak pilih beg mengajar nanti.  Dan beg pun kemas dan tersusun kan.  Owh...Cik HaniMaduManis ada request mintak tunjukkan cara pasang. Hehe..senang aje.


Ini hasilnya, belakang pintu bilik Emy.  Uols nampak senget tak? eh tak la.. 
tak senget punnn :p 
Fine..puan blogger ni senget, 
hampagas betol, boleh pasang senget..
nanti la Emy betolkan eh, 
adjust sikit bawah tuu.. 
Asalnya ada dua straps tapi emy guna satu je dulu.


Two Straps Adjustable Bag Rack
Harga :  RM11.99 + RM8.00 (postage ke semenanjung)



Asalnya camni, ada dua pencangkuk untuk satu tali.
Jadi satu pencangkuk letak atas pintu, satu lagi 
cangkukkan kat bahagian bawah pintu.
haah..caamni la cangkuk kat atas bahagian pintu tu.







cangkuk atas bawah, Siap!
Tapi emy tak rekomen kan sangat benda alah ni kat uols, melainkan uols uols ni student ke or like me yang datang dok kuartes jauh-jauh semata untuk kerja.  Sebabnya, bila tutup buka pintu rasa berat dengan beg tu, jadinya pintu itu harus di handle with care la..slow ala perempuan Melayu tu. Emy boleh la sebab Emy ni perempuan Melayu, ehh! :P
Kalau menetap di rumah sendiri dan nak guna untuk jangka hayat lama, better cari yang stabil dan kukuh terus la.



#adiosss!

No comments: