Pak Supir di Bali

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Bila dah mula sekolah ni, sy memang dah mula sibuk.  Tambahan, penat melayan keletah anak-anak prasekolah yang comel+nakal.  Alhamdulillah, tahun ni takde la budak yang extreme nakal.  In sha Allah sampai ke hujung tahun.  Sekarang tengah biasakan mereka untuk mendengar arahan. Jadi sekarang agak penat sebab arahan kena bagitau berulang kali, penat sikit laa >_<"


Okey, ni ambik masa jap untuk update pasal persiapan percutian ke Bali ni.  Kalau perasan emy dah tick Pak Supir, Its mean done pasal pak supir!


Penting juga pak supir ni sebab ni first time menjejak kaki ke Bali.  Takkan nak pakai google map or waze je. Taknak la, sebab motif pun nak bulanmadu dan relakskan diri kann.  Hampeh la kalau dok memusing kat tempat orang kann. Tambahan, Bali ni majoriti nya hindu jadi bab makan susah nak cari halal.  So, kita cari pak supir muslim jadi senang nak berhenti solat dan makan sebab dia tahu mana masjid dan tempat makan halal.  Masa bincang ngan pak supir tu, memang minta servis tourguide untuk muslim, jadi memang dia kata bolehh ;)


Emy pilih supir ni dari carian google, sambil baca bermacam pengalaman orang melancong ke Bali. Ada banyak jugak pilihan, tapi emy pilih untuk contact dua orang ni, ujang dan yanto.  Hantar email, cepat dibalas mereka. pastu pikir punya pikir emy dah pilih salah seorang.  Boleh contact mereka ni kalau tengah plan nak pegi Bali. Bagitahu tarikh ke sana, tengok jadual mereka, kosong boleh la ambik ;)


ujang = adeujangbalitour@yahoo.com


yanto = ytobalitour@gmail.com

No comments: