Nak kereta auto!

As salam w.b.t

Masa cuti sebulan setengah, emy dok kelantan tu ke hulu ke hilir dengan alza. Alza de auto.hehe. jadi bila dah balik Limbang jadi tak biasa bawak manual. Myvi de man wal. sobss =_=

Semalam emy ke bandar nak jemput kawan di airport. Elok je bawak dari kampung ke bandar. Bandar kan ada kawasan pejalan kaki..kereta tengah banyak okey. Tup! Kereta mati enjin di kala semua pejalan kaki dah beredar. Syabas betei! Ini jugak yang ko buat masa mula-mula belajar myvi de man wal kann..mati enjin. Gelabah. Bagi emergency signal. Rileks jap. Muka panik tukar kepada muka serius. Pemandu-pemandu lain berlalu sambil menjeling ke arah myvi de man wal. Oohh kereta lama. Mungkin ada masalah tu. Haha..sempat berharap itu yang pemandu2 lain pikir. Chillaxx babe. Start enjin bawa se slow and se steady mungkin.

Dalam hati menangis nakkan alza de auto. Pastu cepat2 pikir balik. Dulu alasan taknak bawak alza sebab sayang kereta baru nak lalu jalan kampung yang tak berapa elok. Thats why bawak myvi de man wal. Dulu pun tak reti beza auto dengan manual. Dengar je orang cite bawak auto la senang. Tapi emy jenis redha. Myvi itu manual. Baru lepas dapat lesen. Test pun kereta manual kan.  Mesti boleh bawaknya.

Emy jugak selalu tengok orang pompuan bawak kereta sorang, manual.  Emy pn cakap kat diri, dia boleh takkan ko tak boleh kan? So, jangan fikir takut.. Fikirkan boleh!

Lama-lama mesti okey kan.
Mode : mula belajar membiasakan diri dengan myvi de man wal.

No comments: