Muhammad Haziq Fahim

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...


Tak dapat lelap lagi. Petang tadi balik dari melawat rumah mak sedara yang kena banjir dah nak masuk Maghrib.  Lepas Isyak terlelap sampai la jam 11.  Lepastu bangun setelkan basuh baju. Sambung air dari rumah maksedara di sebelah.  Astaghfirullahalazim..itu pun Emy dah merungut 'payah nyaa' sebab guna mesin basuh auto.  Ada masalah nak sambung wayar getah tu.  


Dibandingkan nasib Emy dengan Baby Muhammad Haziq Fahim ni, belum cukup sebulan..dah kena berpindah randah duduk di sekolah  pusat pemindahan banjir.  Hampir menitis airmata Emy dengar cerita kawan sekolah Emy iaitu ibu baby Fahim ni. Ya Allah, kuatnya Allah menduga. Dalam pantang, kesejukkan.



Rumah ibu Fahim ni dekat dengan rumah mak sedara Emy, terus Emy pergi melawat. Auntie tak bawa hadiah pun untuk baby Fahim ni.  Tapi suka tengok dia, baik je..tidor senyap je. Ibu Fahim cakap rekod Fahim pun okey masa di pusat pemindahan tu, tak banyak meragam.  Alhamdulillah.


Emy dah kena mula mengemas ni, 4hb balik rumah mentua di Pengkalan Chepa. 5hb fly to Limbang..keje oh keje.

#adioss!

No comments: