Kisah Hari Pertama.

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Harini hari pertama persekolahan. Emy sampai sekolah jam7.20, lewat dah tu sebab semalam tidur lewat siapkan jadual waktu, RPH dan sebagainya untuk persediaan. Terkilan jugak tak dapat sampai awal.  Tapi tak lewat dalam rekod, arahan Guru Besar 7.20 mesti berada di sekolah, hehe..ok la tu.  


Pembelajaran bermula jam7.30.  Masuk je kelas, muka semua budak blur.  eh eh eh kita kenal ke..*kelipkelip pandang kiri pandang kanan* tengok orang sebelah macam sekampung *nak tegur ke tak* pandang muka cikgu balik.  haha..cikgu pun nak tergelak. *cikgu melemparkan senyuman paling menawan* supaya takde yang fobia taknak datang sekolah pulak esok.  Cikgu cuba maintain senyum maneh dalam tempoh seminggu ni yer. *ngeeeee :D


Sekejap, datang seorang budak. Bersama neneknya. Nak masuk kelas ajak nenek. cari kerusi ajak nenek.  Bila nenek nak keluar...dijeritnya..*jangan jangan. Emy pun pandang PPM, *haa..masalah ni. Neneknya tunggu sampai waktu balik.


waktu ni neneknya bisik kat dia.

*duduk la sekolah, kalau tak sekolah camane kan pandai.

Sedih.
Terus menusup ke kalbu, semangat untuk menjadikan mereka semua pandai.
In sha Allah.


budak-budak lain steady and blur.

kira bintang. 

ni marikh ke bulan?

mana princess tak datang lagi?


dapat gula-gula dari aunty (PPM).


 izinkan cikgu posing di hari pertama..



muka ceria cikgu lepas semua budak-budak balik. weee~


Ada beberapa orang kawan cakap muka cikgu nampak cerah and flawless gitu. Alhamdulillah. benarkah tu?hehe.  Mungkin kesan skincare yang baru emy guna ataupun kesan produk yang emy amalkan.  Suami balik makin jatuh cinta kann ;)

No comments: