Kegilaan Apakah Ini??

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Dua malam dah Ryan tidor dalam bilik, sebelah katil Emy..haa..macam orang tak betul sungguh sebab sayangkan binatang. Balik pada ajaran Islam jangan melebih-lebih buat sesuatu perkara termasuklah perasaan ini. hurmmm...


Emy buat camtu sebab Emy tahu masa tak lama dah, Emy nak fly balik Limbang. Ofkos la memang tak boleh bawak. Ryan dah la besar dan berat dah sekarang.  


Emy kan selalu fikir camni, Ryan tak suka dok dalam kolah kat luar rumah.  Ryan sejak kecil dibiasakan tinggal dalam rumah.  Kesilapan Emy jugak, sayang sampai lupe masa depan die. patutnya kalau dari kecil ajar tinggal dalam rumah, camne besar nanti. oh yaa..Emy ada berangan nak buatkan satu rumah/tempat kecil khas untuk Ryan..tapi itu di rumah sendiri la. Mana rumah sendiri? tak dek lagi la =_=


Ryan bila dalam rumah, mesti jalan-jalan jap pastu cari tempat gelap dan tidor. Dia tak kacau orang pun, jumpe tempat gelap, selimutkan dia..tidurla dia. Dia lapar, masukkan dalam air.  Senang je jaga Ryan.  Tidor pun comel je, kadang-kadang masukkan kepala dalam cengkerang, kadang-kadang die lentok aje kat lantai. Part body Ryan yang Emy paling suka hidung dia. Suka gosok-gosok hidung dia. Pastu lengan sado Ryan. gosok-gosok jap, lali la mata dia..Zzz..


Esok dah kena belajar berpisah dengan Ryan..ishh.nak memikirkan pun tak sanggup. Apapun kena percaya dah serah 100% pada abah dan adik-adik untuk jaga Ryan.



Okey uols, sorry sangat-sangat pada yang dah TER--baca entri ni dan kisah-kisah Ryan sebelum ni. haha.cinta itu gila. nah, inilah kegilaan yang Emy dapat.
Pencinta kura-kura ;)

#adios!

No comments: