Hadiah New Year 2015!

As salam....


Semalam masa transit kat Miri dari jam12.30 tengahari hingga jam 3.50 petang, Emy dok menjeling-jeling ke arah kedai minyak wangi. heh dah itu je tempat paling menawan di Airport Miri.  Satu lagi Diamoney, tak minat sangat.


Dah la jalan sorang-sorang kan, bosan gak menunggu..nak dok di Surau takut tertido terlepas flight lak =_= Masuk la kedai tu, hummm...dok mencuba minyak wangi..datang salegirl kat situ, dok promot pung pang pung pang.. Akhirnya Emy terbeli jugak Georgio Armani Aqua ni. 


Baunya agak keras sikit tapi stil ala-ala perempuan lagi.  Since Emy kerja dengan budak-budak banyak bergerak, jadi sesuai la dengan bau Georgio Armani Aqua ni, salah satu ayat promot dari salegirl ni.  Akhirnya Emy beli, sebab memang tengah mencari minyak wangi dah sebab tak sempat jalan-jalan ke KB Mall, dok Limbang mana ada mall pulak.  Terus swipe card, dapat bonus nanti leh bayar.  






Welcome Acqua di Gioia, sebagai reward untuk diri Emy sempena 2015. Supaya lebih bersemangat, kuat dan positif!  Jarang Emy beli barang mahal mahal, tapi sejak kerja ni kena la selalu bagi hadiah kat diri sendiri kan.  Itu salah satu cara kita hargai diri sendiri. Kerana dirimu begitu berharga ;)


Nak sambung kemas rumah!
#adiosss!

No comments: