Bila ingat mak

As salam...

Bila dah mula berjauhan balik dengan family ni, rajin la masuk mesej di whatsapp. Ma adik2 ayahsedara yang rapat kat rumah tu bertanya khabar. 

Pastu dalam pada tak mengaku rindu ma family, dapat homesick bila 3hari dok sorang di kuartes tak lalu makan. Hah..homesick tu eh?

Rajin la mulut emy ni bercerita dengan kawan baik emy ni. Ma macam ni la masa cuti..gitu gitu *gelaktutupmulut* sekarang macam tu macam tu.kan kan..tetibe kawan baik emy pun senyum seulas kecik gitu sambil berkata 'hargaila mak sementara mak masih ada'

Sentap.

Emy terlupa yang kawan baik emy ni baru kehilangan bonda tersayang pada 15 Disember lepas. Daripada Dia kita datang, Pada Dia kite kembali.  Lupa sangat dalam keterujaan nak ingat kat mak, rupanya ada orang yang akan selalu rindu kat maknya.  Rindu hanya pada kenangan lalu bersama maknya. Rindu untuk memeluk..bermanja seperti masa lalu.  Masa itu dah terhenti,dia dah tak boleh memeluk serta bermanja dengan maknya.

Terus emy senyap.
Bagi ruang pada diri.
Bagi ruang pada kawan baik emy tu.

Allah bagi sesuatu di sekeliling kita untuk sentiasa menyedarkan kita di saat terleka. Syukur,petanda yang emy dapat amat mudah.  Hargailah sekarang sebelum terlambat.  Mungkin kita atau mak kita yang pergi dulu.

Nilai kasih sayang ibu tak terbalas.
Cukupla jangan buat dia menangis.
Kekalkan senyuman di wajahnya.
Tenteramkan hatinya dengan berita gembira.

2 comments:

Rose Azadir said...

Salam kenal, cute blog nie, suka tgk....anyway saya blogwalking kt sini, jemput singgah ke blog saya, http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...tq :)

emieysandra said...

wassalam..hehe, terima kasih ;)