My Sunshine ☀

As salam w.b.t
Tadi kan tengok cerita "Akulah Balqis" episod hari ni pasal mama Milda kehilangan bayi nya. Ermmmm..saya dapat rasai nya dan fahami.. Cuma saya tak la menangis meraung macam tu. Dan sebenarnya tak jatuh lagi airmata ni selepas keguguran tu.  Mungkin sebab saya dah bersedia.  Sebelum keguguran memang ya saya banyak menangis. Encik suami minta cuti dan balik.
Definitely, dia orang yang buat aku kuat.  Sebelum keguguran saya ada menangis dan mengadu pada encik suami, die terus cakap jom kite pergi bercuti.  Kalau ikutkn lama dah plan nak jalan-jalan ke Melaka dan Johor tapi pikirkan encik suami mesti penat nak drive jauh-jauh.  Tak pela, next plan la kan. So we decided to go to Cameron with my family.  Walaupun keluarga, ma dan adik-adik tak de la cakap pasal hal kesihatan saya,tapi saya dah bagitau ma about condition my baby. Diorg just act macam biasa dan let me free apa yang saya nak buat dan yang tak nak buat.  Pada aku,dorang faham dan trying untuk buat saya happy.. So..I'm happy la kan.
Saat kita sedih juga, kena banyak ingtkan sang Pencipta.  Segala sifat Allah itu membuat kan kita tahu Allah itu akan sentiasa bersama kita. Allah itu Maha Memakbulkan Doa HambaNya.. Kita minta dan berdoa walaupun ambik masa, Dia akan tunaikan.  Allah itu Maha Memberi Rezeki..kita minta rezeki anak, dia bagi untuk kita rasa sekejap..mungkin ini bukan masanya.. Dia tarik balik dan in sha Allah akan digantikan dengan yang lebih baik. Allah itu juga Maha Menghidupkan dan Mematikan..semua ini hak Dia. Termasuklah nyawa kita.
Masih mengumpul kekuatan dan ketabahan.
Alhamdulillah.. Orang di sekeliling banyak bagi sokongan. Betol. Sokongan amat penting walaupun dia tak menangis..tak meraung tapi kehilangan anak adalah sesuatu yang amat berharga.  Sekurang-kurangnya jangan bercakap sesuatu yang akan mengguris hatinya dan hal yang berkaitan. Dia mungkin kuat untuk mendengar tapi keadaan hati rapuh nya tiada siapa yang tahu.
#luqmanulhakim anak buah yang selalu memikat hati

#rizmyralove buah hati yang selalu mencintai hati ini 

#mypreciousfamily yang berharga di hati  💕 

Pregnancy Ended.

As salam w.b.t
Encik suami dah pergi kerja. Tadi die whatsapp tanya tarikh amy keguguran. Mungkin untuk rekod dia. Ermmmm..nak lebih confirm Amy pn chek la calendar.   Yup. 23 Disember 2015.  Sayu hati. 23 November baru je kitorg sambut anniversary yang ketiga with someone special in my tummy. 23 Disember kami dah kehilangan dia. Pregnancy ended on 23 Disember 2015, 11weeks
Ya Allah.. Rindu nk rasa pening..mual..muntah..sebab sy tahu someone is growing in my tummy dan itu buatkan sy rasa happy sangat.  Selama 11minggu, naluri sy kuat katakan it's a girl. Sebab sy suka makan benda manis-manis..suke benda yang cute cute..nak tengok cerita action pun takut, dulu oke jer..entahla tak rujuk fakta mana-mana pun just perasaan.
Harini hari keenam berpantang.  Tak la pantang sangat pun,jaga makan..malam je bertungku.. Sapu minyak panas..berurut pun belom lagi,sebab tukang urut yang biasa tu pergi berjalan rumah anaknya.  Ada rasa sakit-sakit dalam perut pada waktu tertentu saja la bukan berterusan..sebab tu nak sangat berurut.
#2anaksyurgamenunggumamadanpapa #rizmyralove

Keguguran.

Assalamualaikum w.b.t
Salam Maulidur Rasul..
Harini nak cite sket episod duka. Tak sempat nak update kegembiraan bila disahkan mengandung untuk kali kedua. Takpela..ingat balik ayat doktor yang pernah aku jumpa..katanya bersyukurlah sebab aku tahu aku masih boleh mengandung. Alhamdulillah. Lama jugak berTTC dgn status perkahwinan jarak jauh. Bila encik suami pergi misi ke Lubnan selama setahun dan balik bulan September, bulan November aku disahkan hamil. November, bulan ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga, seronok sangat sebab dapat sambut dengan berita gembira.  Namun,ianya hanya seketika.
Keguguran Pertama.
Aku dan suami dinikahkan pada 23 November 2012. Januari - dah perasan period lambat tapi buat xtau je,lepas tu period. Lima hari period ada perasan keluar seketol warna putih macam isi ikan. 2 hari lepas tu,demam. Tak sedap hati sangat, ajak suami bawa ke klinik dan doktor sahkan aku mengandung. Aku jadi gembira, lupa dah sekejap yang sebenarnya aku period a.k.a bleeding.  Pastu doktor scan cari kantung tak jumpa. G rujuk ke hospital (masa tu aku di perlis) kena tahan wad. Doktor sempat suspek aku mengandung luar rahim. Bila doktor tanya2 baru aku teringat yang aku pernah keluar seketol yang macam isi ikan tu (jauh dari keluarga langsung tak tahu pape,rupenya itu embrio yang nak menjadi) jadi,aku disahkan complete miscarriage. Duduk di wad selama 4hari,semua okey.. Pendarahan pun dah kurang. Dapat keluar.
Keguguran Kedua.
Ini yang baru aku lalui kelmarin.
6/11/15 - check upt.alhamdulillah dua line.
Sejak tu makan,pergerakan semua aku jaga. Sebab pernah ada sejarah. Kawan-kawan di sekolah yang tahu pun banyak bagi nasihat dan risaukn aku sebab aku ada sejarah keguguran dan dorang tahu betapa aku harapkan untuk mengandung kembali.
Beberapa hari lepas tu..ada brown spotting. Pegi klinik dan first scan doc tunjuk my little tiny dot dalam rahimku.Alhamdulillah. Bersyukur. Gembira sangat.  Doctor bagi ubat yang namanya gestrenol berfungsi untuk stabilkan hormon pregnancy.
20/11/15 - naik flight untuk balik kampung.  Tiga kali flight. Limbang - Miri - Kuala Lumpur -Kota Bharu.  Alhamdulillah. Sepanjang perjalanan okey. 
23/11/15 - bleeding.  Darah merah betol dekat separuh tapak tangan.  Terus encik suami bawa g emergency. Masa tu lagi..Doctor check dan bagitau ada luka sket tapi tak jejaskn rahim.  darah pun memang stop. Keluar kat tapak tangan je. Pastu doktor tanya ada bersama suami, terus la aku menafikan. Memang dh setuju dengan suami sebab nak tunggu kandungan kuat dulu. OK,Lepas tu boleh balik.
Seminggu lepas tu. Memang ngam hari yang sama. Isnin jugak.  Ada keluar brownish banyak. Tak macam biasa. Walaupun bukan darah merah aku tetap risau. Terus pergi emergency.  Doc check. Bukaan rahim masih ttup menandakan tiada keguguran berlaku.  Sebab dah kali kedua datang emergency, kena la tahan wad selama 2 malam.  Padahal brownish tu tak keluar dah selama aku di wad tu. Doktor diagnosed sebagai silence miscarriage sebab tak nampak denyutan jantung baby lagi.kandungan dah 8minggu
Hari Sabtu ikut suami balik rumah mentua. Machang - Kota Bharu lebih kurang sejam la. Esok pagi keluar brownish lagi.
Ahad - pergi klinik swasta. Jawapan yang sama. Silence miscarriage.  Tak nampak baby, xde denyutan.
Encik suami balik ke Perlis selesaikan pasal pertukaran ke tempat kerja baru,Kuala Lumpur. 
Dalam masa tu, aku ke hospital Kuala Krai sebab ada appointment. Jawapan yang sama di terima.  Masih kuar spotting. Sehari dalam 2 titik di pantyliner. Ke klinik swasta pun sama.
Suami balik. Tenangkan aku. Waktu tu aku tak boleh terima jika kejadian berulang lagi. Aku dh rasa prgnant. Alahan pening dan muntah . Berat bw perut. Mengah bile berjalan. Aku nak happy ending. 9bulan aku riba baby. Aku dapat rasa yang aku kandungkan baby girl. Suami tenang kan aku.ajak pergi bercuti.  Decide ke Cameron Highland.  tapi aku mntk suami bawa ke satu klinik lagi untuk mntk last opinion.
Kami pergi ke klinik TMC, Kota Bharu. Doc tengok buku merah dan tengok sume report rawatan aku sebelum ni. Kemudian scan di perut dan doc bagitau masih tak nampak heartbeat. Aku request untuk scan dari bawah dan masih tak nampak heartbeat. Baby pun kecik je lagi tak sesuai dengan usia kandungan 10mgu waktu tu. Aku tenang waktu tu. Suami ada. Bincang dan bercakap dengan doctor. Doktor tenangkn aku,bagi kata-kata positif. 
Aku ada tanya,apa sebab aku keguguran dua kali. Doktor bagitau 50% kehamilan ada potensi untuk gugur.  Selepas keguguran pertama, potensi keguguran tetap ada. Tapi bagi kes ni..Doctor bgtau bukan sebab rahim lemah. Untuk kandungan kali pertama mgkin ya rahim lemah sebab aku tak sedar pun yang aku mengandung dan tak jaga makan minum pun,berjalan sana sini ikut suami. Kandungan kali kedua pula aku sangat menjaga pemakanan dan pergerakan. Spotting hampir 3minggu tapi baby masih tak jatuh. Kandungan dah tak berkembang masa usia 7minggu.  Kemudian, aku bagitau doktor yang aku dan suami nak bercuti ke Cameron Highland sebab nak tenangkan hati dan fikiran. Doktor cakap ok saja.cuma kena brsedia dengan sebarang kemungkinan.
Ahad - bertolak ke Cameron Highland bersama ma dan adik-adik. Saja nak bawa dorg berjalan. Selalunya waktu cuti selalu aku bawa dorang jalan-jalan tapi sebab dari awal cuti aku tak sihat dengan alahan.  Jadi inila masanya untuk gembira kan dorang. Alhamdulillah aku jadi tenang bila tengok dorg gembira. Jadi seronok sampai lupa masalah yang ada. Sewa apartment di Crown Imperial selama 2 malam.
Selasa - petang pukul 6 sampai rumah.  Lepas mgrib aku mulai sakit senggugut. Berterusan.  Pukul 10 malam pun masih sakit. Aku dah rasa mesti janin nak keluar. Darah dah banyak. Aku pn da pakai pad. Selama di Cameron aku rilex je pakai pantyliner, xpenah penuh. Jadi rasa tiba-tiba sangat.  Sakit macam kontraksi. Inila yang dilalui ibu2 nak beranak kann. Cuba tido.
23/12/15 (1.25pagi) kejutkan suami.  Rasa sakit perut memulas,  bangun nak berjalan pening macam nak pitam.  Masuk duduk di tandas..keluar seketol yang macam merah pastu putih-putih..kuar darah berketol jugak. Lepas je keluar tu rasa lega sangat. Pening pn dah makin kurang. Panggil ma..tunjuk kat ma. Kata ma..dah kuar sume ni. Lepas tu masuk tido. Bincang ng suami bangun pagi esok baru nak ke hospital. 
Kena tahan wad satu malam,doktor cakap dah keluar habis dan dah boleh keluar.  Emmm..tapi kenapa aku rasa macam ada sakit lagi dalam perut?  Sekejap sekejap la rasanya.  Takpela nak balik berpantang dan mengurut.
Sekarang, rasa perut dah kempis..sengal-sengal kat bawah..penat sikit la..bersyukur sangat sebab tak kena cuci rahim.  Takut,sakit pun lebih nanti. Kawan pun ada cakap, kalau cuci rahim ibarat ada luka kat dalam..lagi kena pantang betol2.
Isi masa dengan mengupdate blog di dalam wad ni. Tunggu masa nak balik.  Doakan saya cpt baik dan cepat2 mengandung lagi 

SUKAN PIBG - PRASEKOLAH

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Semalam berlangsungnya sukan PIBG sekolah, jadi anak-anak prasekolah Amy tak melepaskan peluang untuk turut brsukan jugak. Jadi, Amy sediakan tujuh acara sukaneka prasekolah.

Sebelum sukan, dorang ikut perbarisan jugak, termasuk dengan cikgu kena ikut jugakkk :P




Yeahhh..itu kami. untuk cantikkan dorang yang sedia comel Amy bagi dorang pakai kacamata untuk murid yang boy dan girl pakai gelang je..pastu sorang murid girl pakai headband munge munge sebab dia lupa bawak topi..huuhhh..last minit idea.
Santekk sangat dorg kann.. 


 lepas perbarisan...terjelepuk!

 dengan parents yang sporting !


 kami bukak gerai jualan jugak, bagi menyimpan dana untuk membeli 
barang-barang baru dalam kelas ;)


 acara sukaneka Prasekolah bermula.
seronok dorang.
Ada tujuk acara iaitu  :-

INDIVIDU
Rebut Kerusi
Tiup Belon
Bawa bola pingpong guna sudu

KUMPULAN
Isi air dalam botol
Baling pundi kacang
Lompat dalam gelung
Tarik bola guna gelung

 Lari laju-laju!

 ini cikgu Prasekolah..cikgu Amy namanya :p

 Acara yang dinantikan..acara untuk ibubapa iaitu 
1. Pakaikan shawl untuk mama
2. Pakaikan kain kpd mama/babah






Lepas anak-anak pakaikan kain...bapa/mama kena berjalan keliling kon..
Kain yang kemas (tak jatuh, tak terbukak) baru dikira pemenang!


Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Sukaneka berjalan lancar dengan bantuan ibubapa
Thanks a lot! 


Gulai Tempoyak Ikan Patin

As salam w.b.t

Alhamdulillah encik suami dah smpai ke kampung pagi tadi. Dia dari Sarawak yg datang menemani Amy selama dua minggu. Balik je die singgah umah mentua dia dulu. Seronok pula rasanya bila encik suami dok puji2 gulai Tempoyak Ikan Patin yang ma buat.  Dia layak untuk dibahagiakan setelah membuat seorang wanita iaitu isterinya bahagia kan.

Walaupun jauh di sudut hati ni..rasa sedih je..xdapat dok berkumpul makan sama2..ma pun ibarat kebahagiaan bergandaa bila menantu balik..xdapat jumpa anak,jumpa orang kesayangan anak pun dah terubat rindu. Anaknya ni pun sama.. Eh. Rasa terubat rindu bila encik suami call bagitau yg semua orang seronok dia balik.. Die balik mengejut xbagitau pun..dr sarawak - KL drive balik ke kelantan. Balik jumpa semua orang2 kesayangan saya termasuk atuk nenek ma abah sepupu kecik. Bawa balik ikan terubok.  Seronok semuanya bila dapat ikan terubok masin.

Masih berangan dapat hidup seperti pasangan suami isteri lain. Balik sama-sama..luang masa bersama keluarga bersama-sama. In Sha Allah.. Suatu hari nanti #prayforegtukar #prayforrizmyralove

Terima kasih banyak-banyak encik suami sebab sudi datang gembirakan saya..balik sana gembirakan keluarga saya pula..Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan Rezeki yang cukup! 💝

Konvokesyen Anak-anak Prasekolah 2015.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Minggu lepas jugak, Konvokesyen Prasekolah peringkat daerah diadakan dengan jayanya. Gembira tengok anak-anak prasekolah yang berumur 6 tahun naik pentas terima scroll..terkenang jugak masa cikgu konvo dulu.  In sha Allah..semoga anak-anak muridku ini berjaya ke menara gading dan terima pengiktirafan pengajian peringkat tertinggi. Aminn...





Mereka membuatku hari-hariku mencabar
Mengejar kejayaan untuk mereka
Mereka membuatku mengukir senyum tanpa sedar
Melihat telatah nakal dan comel mereka

Teruskan melangkah
Yakinlah pasti ada yang membimbing
Bila kau berjaya kelak
Jagalah langkah jangan sumbang

dedicate to  Nabil, Danial, Ain dan Iqbal.
by cikgu Amirah ;)

Majlis Pecah Tabung

Bismillahirrahmanirrahim..As salam..

Alhamdulillah..semalam berlangsung majlis pecah tabung untuk anak-anak pra.
Amalan menabung ni amy mula masa tahun pertama datang ke sekolah ni, sampai la ke tahun ketiga, masih meneruskan amalan ini.  Jadi, bila dah menabung..mesti la tengok siapa yang rajin menabung kan.  Itu hanya sebagai galakan dan dorongan kepada mereka, apabila tengok kawan-kawan lain menyimpan banyak duit, maka mereka pun ingin macam tu jugak. Yup! itulah hasil positif yang dapat diterapkan dalam diri anak-anak pra ni.


Jadi, majlis ni bertujuan untuk mengira secara serentak kesemua 10 tabung (10murid) dan mencari siapa yang paling banyak menabung dan itulah yang paling rajin.  Semoga amalan ni akan mereka teruskan sampai ke alam dewasa. Betol tak? In Sha Allah


lepas dah kira duit, minum minum dulu


ada ibu yang masih mengira

 anak-anak tolong susun duit, nak suruh mengira masih tak cam lagi semua ni



haa..ini paling banyak


Hasilnya, murid yang menabung paling banyak jatuh kepada Hawa Zahiah dengan 
hasil tabungan sebanyak RM336..#BIGCLAP

Kotak Penjimat Elektrik

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Bil elektrik mahal???
Kena berjimat untuk elakkan dicas mahal???
sekarang...tak perlu risau lagi.
Guna je Kotak Penjimat Elektrik ni
In sha Allah..dapat mengurangkan sedikit beban belanjawan rumah anda :)


boleh msg/whatsapp nombor ni 0138056562
RM130 tidak termasuk pos.
msg/whatsapp nombor di atas dan bagitau baca dari blog emieysandra..diskaun RM20! =)







Puding Karamel manis bak cinta hati

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Kalau rasa sedih, hari tak bersemangat. Sangat recommended makan ni! haha..manis!
okey..satu hari terkeluar dari mulutnya suruh amy buat Puding Karamel a.k.a Puding Gula Hangus.  Mula-mula terkejut juga sebab encik suami ni jarang nak makan kuih muih ni..tapi takpe kita layan je la kan permintaan suami, dah la jarang jumpa..huhu

Psttt..nak tau tak selama amy hidup ni amy tak pernah buat puding gula hangus ni yang boleh dikira resepi paling simple dan famos ni..kesian kan.


Tapi pengalaman pertama itu sangat indah...kalau menjadi la :P

Alhamdulillah, memang menjadi mungkin sebab niat dalam hati nak serve sehabis baik untuk encik suami. Habis jugak dua potong, beriya mintak tapi 2/10 je die makan..saja die nak makan kan..kita tunaikan aje..betol tak?hihi..




Nak share juga resepi, mana tau kot2 lupa lepas ni.

Resepi Puding Karamel @ Gula Hangus.

Bahan-bahan :
gula halus
3biji telor
2biji kuning telor
1 tin susu cair
Esen vanilla

Cara membuat :
1. Letak 5 sb gula halus dalam loyang yang nak digunakan atas dapur. guna api kecil dan kacau perlahan sampai ia menjadi keperangan. Angkat.
2. Mix kan telor dan 5 sb gula halus. Guna blender pun boleh. Amy guna blender, adunan jadi cantik ;)
3. Susu cair dan esen vanilla dipanaskan sekejap atas dapur, sekejap je..bagi suam-suam je. Lepastu tuang susu masuk dalam  telor tadi..pastu kacau rata.
4. Masukkan dalam loyang..kukus selama 30minit atau sehingga masak.
5. yeayyy..siap!


Bali MAC 2015

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

haa..sebelum cerita jadi lapuk. meh nak update siap-siap. hee~
sebelum nak pergi tu, emi sibuk sikit tapi sempat jugak penuhi kesemua keperluan untuk ke sana kecuali data roaming tu. tak sempat nak survey..tapi alhamdulillah tempat kami menginap tu ada wifi. Jadi, boleh la contact dengan keluarga kat Malaysia.

1. tiket kapal terbang. 
Dah setel awal-awal. anggaran kasar RM550 Airasia return per person.

2. check in tiket.
Seminggu sebelum tarikh kami check in online..

3. tempat penginapan.
Hotel yang kami pilih biasa-biasa saja, yang pentings selesa! 
Booking di booking.com







sumber dari google. memang heaven lerr. takla mewah tapi cukup serba serbi. servis pun ok! ambik 2 bilik. satu untuk sepupu. jadi total harga 2 bilik untuk 4 hari 3 malam..RM550. murah kann??? hotel pun strategik, tepi jalan laluan Kuta ke Jimbaran. kalau nak cari tepi pantai pun, bukannya nak tido kat pantai kan.  Hotel ni pun ada kolam renang.  Encik husband and sepupu asal balik je berjalan mesti berendam lama dalam swimming pool. I ler yang jadi minah membunga tunggu kt tepi kolam bawah pokok tu :P

4. Pak Supir
ini sangat penting untuk orang yang tak nak pening dengan jalan di Bali. plus, emi dan encik suami memang nak rehat dan santai jadi memang kami nak sit back and relax je. Boleh baca kat SINI. harga untuk satu hari 400000 duit malaysia rm110. tambah caj ambik dan hantar ke airport 160000. sangat murah okey...dengan pakej pemandu, kereta avanza untuk kami bertiga saja dan termasuk minyak dah tu. daripada nak pening-pening..its really worth! dapat pakej cerita asal usul tempat yang kami pergi lagi.  Pak supir kami namanya Abang Yan. baik orangnya..menepati masa, sabar aje drive dalam jam di Bali tu ;)

Ini entri terperam berkurun lama.huhu.  Dah pegi second time pn ke Bali hujung bulan SEPTEMBER ..belek2 draft ada cite ni..takpela..baca yg ni dulu..ada sikit lagi nanti hakak continue k...gitewww! 💝 

Kisah Terawih

As salam

Alhamdulillah malam ni aku berkesempatan menunaikan solat terawih di surau, berjemaah dengan orang kampung ni.
Bila terawih jemaah ni terusik la di hati kenangan lalu.

Kisah I
Masa kecik dulu selalu ikut nenek g terawih. Masa darjah 1 @ 2 cmtu la...sampai ke sekolah menengah.  Kalau nenek tak bawa,Tok Su n Tok Wan sebelah rumah yang bawa. Sekarang, semua dah takde.  Nenek.. Toksu n Tok Wan dah kembali ke rahmatullah.  Perkhabaran mereka dah takde mesti aku dapat time aku takde kt kampung..takdapat balik... Emmm..alfatihah untuk mereka. Jadi...setiap kali terawih d surau.. Pastu nampak anak-anak kecil dengan nenek mereka (jarang yg pegi dgn mak sebab mak dok mengasuh adik kat umah,betoi dak? ) mesti aku teringat arwah nenek, Toksu and Tok Wan yang mengajar aku untuk solat jemaah dan solat terawih...rasa kenangan tu sgt fresh seakan aku masih kanak - kanak lagi. Menambahkan lagi kenangan Indah di setiap kali Ramadhan.

Kisah II
Okey kisah ni sesaje je nk cite mengimbau kenangan Ramadhan dulu dulu ihikkss =_= Dok ikut nenek, Tok Su, Tok Wan g terawih.. Tanpa sedar wujud perasaan cinta monyet.  Aku bukan jenis budak bising sejak kecik. Memang pemalu n rendah diri. Aku selalu intai sorang mamat F ni yg lebih tua 4 atau 5 tahun cmtu la.  waktu sekolah aku selekeh gila.. Datang dari family susah..memang takde org nk pandang la kn..pstu sekolah menengah kitorg lain2 sekolah jadi waktu terawih je la leh intai selak langsir huhuhu. Tapi mamat F selalu kejap je dia ada...waktu balik mesti lesap. Pi main mercun agak nya dah  kategori dak nakai jgk. Tapi budak budak kategori ni la yg selalu hawt igauan si gadis remaja ..tau takpe :p
itu cerita monyet..terimbau sekilas lalu xde perasaan serius dah pun.. Mamat F tu pun dah kawin dan syukur alhamdulillah aku pun dah kawin dengan Mr. F a.k.a Mr.Fariz. Adik -adik yg pi terawih jgn ikut perangai hakak ni main selak langsir. Jadi muslimah sejati in sha Allah dapat imam keluarga yang selayaknya...

Okey.tu saja nk cerita. As Salam!  😉😉😉

Kenangan 1 Mac.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

sempena 1Mei ni nak update pasal cite 1 Mac yang baru sebulan berlalu.
Ekceli bulan Mac tahun ni kan..rasa happiiiii sangat. banyak good things happen dan seronok sangat. Alhamdulillah. Mungkin itu la dinamakan nikmat RINDU.  bila lima bulan tak jumpa encik suami. dapat jumpa sebulan tu..seronok sangatt.

okey..back to the topic
1 Mac yang lepas jatuh pada hari Ahad kan kann..so macam biasa encik husband wish malam tu pastu kawan-kawan wish esoknya. its going usual..and enough to me because my husband is here for me. dah ler anniversary kawen 2x tak sempat celebrate sama..birthday kali ni bio ler melimpah ruah cinta itu kannn. 


Pastu geng-geng kuarters ni plan nak buat barbeque dengan alasan my encik husband ada kat sini. okey..i ikut je la..memang tak syak pape, memang kami ni suka buat makan-makan, berkumpul. serius, i can't dream for more happiness..its really enough when my husband is here. 

Rupanyaa...geng-geng kuarters ni dah order kek dan majlis makan-makan tu memang special to celebrate my birthday and encik husband 10 feb.. terharu sangatttt.. lepas semua wish, encik husband dengan busuk hati nya gi siram i dengan mineral water...waaa..sejuk kot. makan-makan kt bawah open air..malam lak..ishh..basah kuyup malam tu tapi happy ;)


dapat kek hello kitty. cantik sangat, sayang nak makan. tapi sebab kek cheese kegemaranku, habis jugakkk 


  
  baby bambam!

    
birthday tahun ni dapat dua hadiah. yiippii..mmuahhh sayang en.husband.
dapat hadiah ni sebelum bithday lagi..sebab encik suami yang excited nak bagi. bolehh?

sekian cerita hariniii 

Not in a good mood :(

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Kadang-kadang bila kita bercakap 
Kita dah tak peduli perasaan orang lain
Yang kita tahu,hanya pasal diri kita sahaja


Kita bahagia, itulah yang kita luahkan
Tanpa sedar orang yang mendengar sedang dalam kesedihan


Macam itula juga bila kita berada di tempat yang mendengar.


Bulan April
musim eg tukar
sangat berharap dapat pindah
Dan hidup sebagai suami isteri macam
pasangan lain dengan encik suami
#PRAYFOREGTUKAR
#PRAYFORRIZMYRALOVE

I is.......

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Ffuuuuuuhh!
lama nau tak jenguk blog..muachhh sket.
teringat kat blog, tapi disebabkan kekangan masa..memendam rindu saja la >_<
pasal Bali pun tak ber update lagi..hutang eh mr.blog. nanti i langsai okeyh.
bukan apa..sesaja nak mengabadi kenangan.


Okey..now emy tengah busy dengan sekolah.
menjelang bulan April, emy dah siapkan laporan KPI Linus Prasekolah..yang agak tak berapa memuaskan =_=
Projek terdekat pula adalah gotong-royong Prasekolah.
I is so eksaited hokeyyy
harap dapat kerjasama yang baik dari ibubapa..amin amin aminn!


Perkembangan peribadi..emmmm
tengah tak sihat..kohhkohhhkohh
and baru siap isi eg-tukar
I is nervous plus tawakal hanya pada Yang Maha Pemberi Rezeki.
Laa ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minaz dholimin ;)



i is happy!!!
dapat gak update belog harini.
nah gambar cintan cintun seket!

Ready To Go! trip to Bali.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Hari ni dah 12 Mac! hari yang ditunggu for our first trip by flight together gituu.  
Sebenaranya emy dah update segala persiapan untuk trip ni ikut check box yang dah disediakan awal-awal.  Tapi kekangan masa dan mood membataskan segalanya :P
banyak hal jadi, satu persatu cabaran dalam kerjaya mula dihadapi. Sabar la blog, kena berkongsi kasih sket :p  


btw! Alhamdulillah semua dah siap! kecuali data roaming ni..tak ghetiiiii. harap jumpa sepupu kat KLIA nanti die tahu la. kalau tak pun tak pe..bercuti tanpa gangguan! iye dakkk..


Bangun pukul 4 pagi nak kemaskan sikit barang lagi..now kena mandi bersiap untuk ke airport Brunei.  Kena gerak awal nanti jalan jam. Singgah KLIA dulu jumpa maksedara then pukul6.30 petang flight ke Ngurah Rai..


Doakan kami selamat pergi dan balik. In sha Allah. As salam.



Welcome Home!!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Alhamdulillah..encik suami dah selamat sampai pagi tadi di Kota Bharu.  Sedihnya tak dapat sambut kepulangan encik suami. Encik Suami pula yang terpaksa datang ke sini sebab emy masih kerja tak boleh nak cuti lama.  Moga-moga dapat pindah tahun ni..nak hidup macam suami isteri yang sepatutnya, jaga suami masak tunggu suami pulang kerja. In sha Allah ;)

gambar kiriman.  Cepatla Jumaat, nak tengok depan-depan mr.hubby yang makin kuruih ni.  bukan sebab tak cukup makan kebab kat sana. tapi memang dia berdiet.


Stress.

As salam w.b.t

Hati menggesa-gesa supaya menghupdate. Lepas tengok Anugerah Meletop mata ni masih belom mengantuk.

Minggu lepas adalah minggu yang stressful pada emy. Iyerp..stres dengan masalah kerja, lepas tu batuk..kemudian selsema dan kemudian demam :( banyak kerja tergendala..bertambah-tambah stress. Kesannya orang sekeliling laa..

Emy ni kalau yang tensen tensen serabut time nak dekat period tu emy tak panggil stress tapi dipanggil hormon tak stabil. Yang kali ni memang stress..bukan musim mooncome. Buat itu tak kena..ini tak kena..dok rasa penat..marah-marah. 

Minggu ni baru boleh cooldown sikit.  Ianya masalah di tempat kerja.  Tak suke la tekanan ni.  Chillax ajaa...

So,emy nak share beberapa tips untuk uruskan stress /tekanan ni berdasarkan apa yang emy buat la..

1. Cari punca dan atasi atau luahkan.
Cari punca apa yang menyebabkan kita stress. Kalau ianya perlu diselesaikan..selesaikan secepat mungkin.  Kalau melibatkan perasaan,cari orang yang dipercayai dan luahkan.

2. Senaman
Bila stress ada urat yang tegang kan. Jadi cari masa bersenam. Emy buat yoga selepas baik dari demam. Simple yoga je. Yoga melibatkan pergerakan dan pernafasan dan ianya sangat menenangkan!

3. Makan makanan berkhasiat.
Banyakkan makan sayur-sayuran atau buah-buahan..menyahtoksinkan asid dari badan supaya badan lebih sihat dan mempengaruhi otak untuk bertenang.

4. Bersiar - siar.
Yaa..luangkan masa bersiar-siar dengan kawan. Jangan pergi ke shopping mall pulak,makin stress duit melayang nakk oii.cari kawasan hijau yang menenangkan. Pergi trek joging pun bolehh..sambil buat tips yang kedua!

Itu saja bebelan sebelum tidor.
Selamat malam.
Dunia terlalu indah untuk disiakan ;)

Yoga.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Sejak tahun lepas emy sangat sensitif mengenai penjagaan kesihatan sebab tengah trying to conceive (ttc) kan..ada sebabnya kenapa Allah bagi kita ujian.  Cari hikmah di sebalik ujian yang diberi ;)  Belajar sikit-sikit lepas tu cuba amalkan.  Banyak yang emy cuba improve dari semasa ke semasa dari aspek pengambilan makanan yang sihat dan juga penjagaan fizikal emosi dan rohani. Zaman maktab dulu selalu berjoging dan berzumba dengan kawan-kawan.  Bila dah kawin dan kerja ni..semua tu makin ditinggalkan =_=


Kalau dok kuarters ni emy selalu guna hujung minggu untuk berjoging, pagi pagi disapa orang kampung..senyum, dah mewujudkan aura positif dalam diri kann..tapiii.masalahnya hujung minggu la masa nak berjalan, ke sana la ke sini laa..hikss. Dengan rasa risau tak boleh jadi niiii..bila lama tak exercise rasa sakit-sakit badan mula la kena gi massage.  Nak dijadikan cerita..masa jalan-jalan cari kasut jumpa yoga mat warna pink..dah lama cari, nak pulak warna pink tinggal 1 dh time tu..ape lagi, terus ambik..harga RM29.90. Berangan la boleh guna untuk sit up or berzumba atas ni..baru tak sejuk kaki. okey bawa balik.


Lepas tu..pergi rumah kawan tengok cerita Manisnya Cinta...ala, yang Fazura menjerit.."aku sunyiiii!" duii..siapa tak jelly tengok fazura yang fit dan cantik ituu..pastu kan ada part Fazura buat yoga depan kolam renang. aduduuiiii..mula berangan buat rumah nak ada kolam renang la...heh!  haa...di situ la bermula nya titik tolak bahagi darab emy nak belajar yoga. yoga mat dh ada, just guna je la.. nampak tak, kesan daripada cerita dan pengaruh artis nii..jadi ibu ibu sila pantau anak memasing supaya ambik kesan-kesan yang positif ajerr..macam cikgu amirah nii :P


Minggu ni emy agak stress dengan kerja. Jadi, memang sangat-sangat memerlukan exercise untuk menyingkirkan ketensionan diri ini. Kalau fikiran bercelaru nak dekat mooncome emy paham, tapi ini bukan detik-detik mooncome nyaa..  Maka,Dah dua hari emy buat yoga setiap pagi sebelum bersiap nak ke sekolah.  tengok video dari youtube ni. Ambik masa sekejap je.  Kesannya, badan rasa ringan je dan kat sekolah rasa aktif dan cergas sentiasa. Alhamdulillah.


saya tengok yang ni, simple mudah ikut.


Antara Kebaikkan Yoga Adalah :-
1.    Menenangkan Fikiran
Mencari senaman yang boleh menghilangkan tekanan di kepala anda? Yoga adalah antara senaman yang efektif untuk menghilangkan segala stress yang membelenggu pada diri.
Disiplin pada senaman yoga memerlukan anda sentiasa tenang dan menjaga pernafasan ketika melakukan jenis senaman yang diinginkan. Secara tidak langsung, ia akan melatih anda sentiasa tenang jika menghadapi apa-apa cabaran dan dugaan yang mendatang. Sikap panas baran juga dapat dikikis secara berperingkat.
2.  Mampu Menurunkan Berat Badan
Sama seperti senaman lain, kebaikan yoga juga mampu untuk menurunkan berat badan. Walaupun impak senaman yoga tidaklah setinggi jika anda pergi berjoging, melakukan senaman di gim ataupun menari, namun ia tetap dapat membantu  anda menurunkan berat badan.
Jumlah kalori yang mampu dibakar ketika melakukan senaman yoga selama sejam ialah sebanyak 240 kalori, iaitu ibarat anda berjalan dan berkebun selama sejam!
3.    Membaiki Postur Badan
Antara kebaikan yoga yang lain ialah ia boleh membaiki kembali sturktur badan anda. Mungkin sebelum ini anda duduk tegak dan jarang bergerak semasa bekerja di pejabat. Ia membuatkan ketegangan pada otot dan membuatkan anda mengalami sakit sendi.
Apabila anda melakukan senaman yoga, ia dapat membantu masalah ketegangan otot sendi anda. Senaman yoga menuntut semua pergerakan otot anda menjadi lebih fleksibel. Secara tidak langsung, semua otot anda akan bergerak dan membantu membaiki postur badan anda kembali normal.
4.    Tubuh Lebih Fleksibel
Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, kebaikan yoga antara lain adalah membantu menjadikan tubuh badan anda menjadi lebih fleksibel. Pergerakan pada senaman yoga menuntut seluruh tubuh badan anda bergerak dan pergerakan yang sukar akan menjadikan anda lebih fleksibel.
Apabila tubuh fleksibel, badan anda akan lebih seimbang dan otot  jadi lebih kuat. Di samping itu, ia juga menyenangkan anda untuk melakukan sebarang kerja atau senaman tanpa sebarang masalah.
# Senaman yoga juga secara tidak langsung dapat menguatkan tulang anda!
5.    Meningkatkan Daya Kosentrasi
Jangan terkejut kerana antara kebaikan yoga ialah dapat meningkatkan daya kosentrasi anda. Yoga bukan sahaja senaman yang melibatkan fizikal, malah juga menuntut kekuatan mental anda.
Senaman yoga memerlukan anda untuk sentiasa tenang dan kosongkan fikiran untuk melakukannya. Jelas ia dapat membantu dan melatih anda meningkatkan tahap kosentrasi untuk sentiasa fokus dengan sesuatu yang anda lakukan.
Namun, awas! Jika baru ingin memulakan senaman yoga, pastikan anda mengambil jurulatih yang bertauliah untuk memantau senaman tersebut.
Pastikan anda juga tahu tahap kemampuan anda untuk melakukannya kerana yoga banyak melibatkan pergerakan yang melenturkan badan. Jika tersalah cara dan melampaui tahap kemampuan akan mengakibatkan anda tercedera. Di sinilah jurulatih memainkan peranan penting untuk menasihati anda.
#Stay healthy and young!

Pilihan mama mama saya!

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Singgah ke blog kejap dalam sibuk membuat RPH ni.hehe..sebab rindu nak dengar lagu Seluruh Cinta nii ;)

Haa..siapa dah tengok MR.PERFECT 10 ni? tak payah angkat tangan :p bikin jelesh ai je..plan nak ke Miri hujung minggu ni entah jadi atau tak sebab dengarnya ada program hari Sabtu. aishhh..dah kite Saya Yang Menurut Perintah kannn..ikhlass pelissss ;)


Okey, ni nak story pasal vco.  Virgin Coconut Oil dari catalyst.  Emy ambik sejak dari zaman belajar lagi.  sangat best, jerawat pun takut nak tumbuh tauuu.  Sistem pembuangan pun lancar aje tiap-tiap pagi. Yang best lagi, kulit kepala dah tak gatal..kelemumur is yillexx..pakai shawl pun selesa aje.  Jadi, benda yang baik jangan dok makan sorang-sorang. Emy pun pomot la VCO ni kat mak mentua emy yang ada darah tinggi.  emy ajar "ma..ni kena makan tiap2 pagi masa perut kosong dan masa nak tidor tu makan lagi, dua atau 1biji sehari..lebih pun takpee" Alhamdulillah, dengan amal secara istiqamah gituu mak mentua makan, dia dah rasa sedap badannya pastu kulit pun rasa lembab aje. pastu check darah..cantik aje bacaannya.  Alhamdulillah, dengan izin Allah.


Emy pun promot pulak kat ma emy sendiri.  Alhamdulillah, ma takde sakit apa-apa tapi ma emy ni aktif..perjumpaan sana sini..tiap2 malam ke surau dan kelas mengaji.  Jadi, emy beli then bagi kat ma..pastu suruh makan dua @ sebiji sehari.  



Hari Isnin dapat whatsapp dari ma, tanyakan mana nak beli VCO ni. sebab payah jumpa di kedai. sengih-sengih aje la emy ni sebab ma mula-mula haritu liat nak makan :P hee.
keesokkan hari pulak, mak mentua telefon..minta belikan VCO juga.  dua dua ma cakap tak selesa la kalau tak makan VCO.  Tak boleh ambik benda lain.  Padahal mak mentua emy penah amalkan makan pamoga dulu, tapi dia lebih sukakan VCO ni. lagiiiii jimat dan berkesan!



Alhamdulillah, untuk kesihatan both my lovely moms, emy dah order VCO lima botol sorang dari adik ni, yang memang selalu emy ambik dengan dia 
:- WANIS 013-5922331 (whatsapp)
boleh la pakat order dengan dia juga!

Suamiku Mr.Perfect 10

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Sekarang tengah hot dengan filem Suamiku Mr.Perfect10.  Lakonan Lisa Surihani dan Aaron.  Rasa nak tengok sangat, tapi apakan daya...panggung wayang nya nggak ada di sini :( paling dekat ke Miri atau Brunei.  Jadi, nak senang pakat je dengan osmet nak langgan di Astro First.  Dok diam2 dalam rumah..nonton aja..ye dop?


Barisan pelakon  filem ini :- 
Lisa Surihani - Aleeya Azmeen

Aaron Aziz- Zarief Danial

Syazwan Zulkipli- Syed Muzaffar
Zaryn Min
Jehan Miskin- Akram
Raja Ilya- Azura
Jasmin Hamid
Normah Damanhuri


Selain barisan pelakon sebagai daya tarikan filem ini.  Lagu temanya juga tak kurang hebat.  Nyanyian hebat dari penyanyi tersohor negara kita Siti Nur Haliza dan Cakra Khan. Lagu yang sangat mendayu menusuk ke kalbu....iskkkk..rindu husbenggg =_=



Menatap kepergian dirimu
Meratap menangis sedih tak tertahan
Terbaik saat bersama
Lewati masa terindah
Saat kau memeluk ku
dalam pelukan cinta

Kaulah seluruh cinta bagiku 
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Di sisiku selamanya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tak sanggup ku memikirnya lagi
Habis separuh nyawa ku tangisi mu
Tiada lagi bait terindah
Terdengar merdu terucap
Merayu menyanjungku tenangkan jiwa

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Akan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama

Tiada cinta yang setulus cinta mu (cinta mu)
Tiada yang sanggup gantikan diri ku

Tiada rasa seindah kasih mu
Tiada yang mampu temani diri ku

oh..oh

Kaulah seluruh cinta bagiku ,
Yang selalu menentramkan perasaanku
Diri mu akan selalu ada
Disisiku selamamnya

oh…

{ Kau bagaikan nafas ditubuhku
Yang sanggup menghidupkan segala gerak ku
Ku kan selalu memuja mu
Hingga nanti kitakan bersama } 2X

Ku kan selalu memuja mu hingga nanti kitakan bersama


Dangggg!
Jom tanya diri sendiri, 

Apakah ciri-ciri seorang suami Perfect 10 pada diri anda???

JAWAPAN : Yang sempurnakanku!
Alhamdulillah, encik suami sangat sempurnakan emy dengan sikapnya yang ramah, rajin memasak, suka memberi nasihat, romantik!

Sementara emy jenis yang pesen pendiam sikit, malas masak.tapi...tapiii ada tapi tau..rajin mengemas. hee :D dan tak reti nak romantik sangat. 

Emy pun harap emy ni dapat jadi yang terbaik dan turut sempurnakan hidupnya jugak.

you are my Perfect 10!~

#counting the days. tiktok tiktok..
27days to go