Projek Keceriaan Prasekolah Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..As salam..

Happy Deepavali! 
Selamat bercuti kepada yang bercuti.  syiok la dapat cuti, seminggu lak tu.  Emy jugak yang tak cuti. Sarawak tak ambik cuti untuk Deepavali. Sobsssss..

Maka dengan gigihnya cikgu Emy nak menonjolkan kerajinan dalam diri. gituu. 
Bulan ni, prasekolah Daerah Limbang menganjurkan kelas Prasekolah Ceria.  Terasa macam kelas tak berapa ceria, tinggg! mentol pun menyala kt kepala sebelah kiri :P

Untuk Projek keceriaan kelas, emy beli beberapa barang di pekan Limbang ni.



                              Pagar kecil = RM 29.99 x 2
    Wood Flower case pentagon = RM  4.50 x 2
                  Bunga 3 jambak = RM 10.00
            Bunga dalam peket =  RM3.00
                  Bunga panjang = RM7.90
         Stoking putih 3pasang = RM 5.50

kebanyakkannya beli di SUPERSAVE.


 ini bunga yang panjang tu.warna kuning,cantekk tak?


 bunga 3jambak rm10. Emy ambik 3warna ni..soft green, pink and white!

 Flower case pentagon.

pagar kecik, kena pasang..kayu panjang tu jadi macam skru 
sambung-sambungkan pagar tu.


Hasilnya tadi, emy dah siap gubah dan letak dekat bilik air murid ;)

 dah siap!


 Dua set. satu untuk tandas murid lelaki dan tandas murid perempuan


Bunga panjang tadi bahagia dua, letak dalam tandas murid perempuan dan lelaki.
Bunga yang siap digubah di satu sudut.


Murid-murid mesti gembira tengok cikgu hias tandas they olsss
cikgu pun happy
Yipppii
;)

Urutan Tradisional.

Bismillahirrahmanirrahim..As salam..


Psttttt!

sebelum ni mana ambik port pasal urut mengurut ni. Tapi sejak dua menjak kerja ni, selalu je lenguh-lenguh badan..mula lemau, time tu sume keja tak jalan da..asyik nak krohhh kroh aje.

Haa..nasib baik la tempat emy duduk ni ada seorang makcik yang terer bab mengurut plus buang angin.  Makcik tu Melayu Islam dan bertudung.  Dia belajar mengurut bawah HPA. Memang tak perlu diragui la kemahirannya. 

Semalam kan cuti, jadi emy ke bandar jap dengan housemate semata-mata nak mengurut. hee :D  Dah lama emy tak pergi mengurut dengan makcik ni..last bulan mac rasanya. Dua tiga minggu lepas emy dok rasa sakit kepala..lemau semacam.  Emy tahu kenapa.sebab emy banyak beremosi sejak encik suami ke Lubnan. Sampai sana encik suami sibuk, jarang dapat col emy..apalagi naluri wanita bergelar isteri ni up terus jadi macam budak 5 lima tahun yang nak patung barbie tapi tak dibelikan makayahnya.  Asal encik suami col mesti nangis..encik suami call 10minit..7minit tu mesti abis masa dok dengar emy nangis jer. Apelagi encik suami mampu cakap 'dah la tu yang, taklama lagi abang balik' pastu sempat lagi dalam hati emy bermonolog, 'tipu! bulan 3 abg balik..tu lambat lagi,iskkkk' sebab angin manja terlebih kot. pastu asyik nak demam je. Ketahanan badan jadi menurun. Haihhh..you must strong girl! keep strong coz Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Doakan emy kuat yer ;)



eh..jauh pulak menyimpang.hehe. Jadi lepas mengurut lebih kurang 1jam semalam. Dah rasa okey sikit. Yang best masa mengurut makcik ni suka kongsi tips.  Antara yang emy dapat semalam 

1) Jangan mandi lebih dari pukul10malam nanti angin suka tinggal dalam badan.
2) Kalau badan rasa banyak angin dan tak sihat boleh kisar halia kemudian ambik 1sudu halia + 1sudu madu campur dengan air pastu minum :) 

Semalam jugak sempat usha-usha pasal servis yang makcik ni buat. Rupenya die buat semua pakej urutan termasuklah urutan selepas beranak, mengandam bakal pengantin supaya tambah seri, bekam dan juga sauna.  Next time emy pergi nak buat sauna la.


Bila sibuk dengan kerja, pikir macam mana nak tingkatkan pencapaian murid..sekali sekala best jugak dapat memanjakan diri dan refresh kan. Sekarang dah mula sibuk dengan persiapan pelbagai program untuk hujung tahun ni..hurmmm..gambate neh cikgu Amirah! ;)

Surat dari langit biru.

Bismillahirrahmanirrahim..As salam...

Tahniah!
Maaf sangat sebab kakakmu ni tak dapat pergi.  Kita terpisah dek arus gelora Laut China Selatan.sobssss. Surat dari langit biru celcom kak ngah layangkan~~~~


Actually adik emy dah tamat latihan askar hari ini.  Alhamdulillah. Syukur.  Ma abah tok ayah mok tok ayah semua pergi, kak ngah je yang tak dapat pergi.  Sedih. Baru je cakap telefon, adik yang bernama Enick ni tanya nape tak datang. hurmm menangis dalam hati tapi cuba mengawal suara supaya terkelihatan macho lagi bergaya kekakakkan ni wuuu....




Kak ngah doakan supaya Enick menjadi askar yang gigih berusaha mempertahankan agama bangsa dan negara. 
Cuba ikut jejak abang ipar, kalau boleh biar lebih lagi..hehehe :D 
Lagi satu, jangan lupa untuk membalas jasa ma abah bila dah kerja nanti. Kak ngah dapat bayangkan ma abah mesti rasa sangat bangga dengan enick.  
Seronok dan puas hati sangat bila kita dapat buat ma abah gembira.  Mereka yang pernah melahirkan dan menjaga kita dengan susah payah.  
Bila mereka tersenyum dan gembira, jadikan ia semangat untuk kita menjadi yang lebih baik pada masa akan datang..
~xoxo~


Wajah adik2 lelaki yang nakal tapi selalu sayang kak ngah.
Tok ayah kusyuk nak melihat cucunya ;)


Nota indah : Jangan menilai seseorang dari luarannya,nilai pada hati budinya. 
Daann! setiap orang berhak untuk peluang kedua ;)

Semangat baru.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam..

Mentang-mentang pi letak current status nk rajen blogging balik, asyik dok teringat blog je.  Pastu jadi rajin pulak nak menelaah blog sendiri. pastu jadi blushing sengsorang.ouchh. Dasatnye penulisan dulu-dulu.budak2.kerek.ampunkan saya yerrr *kenyitmataseket* tapi yang best dulu banyak kawan.  Meriah dulu dengan blogwaking dan drop komen kt blog-blog lain. Seronok!  In sha Allah pasni nak rajinkan diri blogwalking laa. tinggi bebenor wawasan, rph dah siap lom cikgu amirah oii! Bila nak start rajin blogging ni kena la mula rancang masa dengan baik kan ;)


Seingat emy, jadi slow blogging ni bila sibuk dengan tesis tahun 2012 pastu siap tesis terus fokus persiapan perkahwinan. Lepas kahwin macam-macam jadi masa tengah nak adapkan diri menjadi surirumah cemerlang gemilang tu.  Perkara paling menyedihkan dalam hidup, bila miscariage..kemudian dipostingkan jauh dengan suami.  Makan masa untuk terima semua perkara dan stabilkan diri balik. Pernah cuba untuk delete blog, tapi tak boleh. Menulis walau takbesthanyauntukbacasendiri pun,ianya memang jiwa emy..so,layankan je kan ;)





p/s : tajuk tak beragak.
awak apa khabar??

Belajar memasak selepas kahwin.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam..

Seronok sebenarnya bila kita belajar benda baru kan.  Lepas kahwin, emy dah ikut suami kerja di Perlis. Memang seronok sangat dengan new life ni and so excited sebab saya boleh control rumah..jaga makan pakai suami. Rindu nak jadi surirumah.tskkkkk~

Back to the topic, emy ni memang dah ada basic memasak sebab kakak sulung dan selalu jaga adik dulu.  Tapiiiiiiiii...kalau suami kat rumah memang selalu gaduh kat dapur sebab berebut senduk. Grrr..barula emy tahu encik suami pantang masuk dapur mesti kena pegang sendukkkkk..bahasa mudahnya..........encik suami suka masak!!

Alhamdulillah, sempat juga beberapa bulan emy sediakan makanan untuk encik suami. Antara yang emy suka sediakan adalah sotong celup tepung, ikan singgang, sup ayam dan daging masak kicap.  

Tapi, pernah one day encik suami beli ikan keli dan suruh emy masak keli masak lemak cili api..whoaaa..part masak lemak cili api emy memang suka sebab suka makanan bersantan,yang part keli tu yang tak best.uhuk..tak makan ikan keli dan geli pada keli hehehe. Nasib baik encik suami dah beli yang dah siang, jadi emy lawan perasaan sampai siap jugak masak. Dari situ jugak tahu encik suami suka makan ikan keli..jadi nak tak nak memang kena belajar jugak la kan..


sekarang pun emy masih dok belajar memasak macam kat atas tu,hehe..bezanya tak pakai buku, pakai phone *gelaktutupmulut*



Kawan-kawan sekerja pun selalu support la kalau nak belajar resepi baru, tukar-tukar resepi. Bila dah tukar status bergelar isteri ni macam-macam benda baru belajar dan seronok sebenarnya.  

Entri terhasil sambil dok tengok gelagat Melina yang tengah belajar memasak untuk suaminya Luqman, Maaf Jika Aku Tak Sempurna..jadi terkenang pulak di awal perkahwinan dulu.


p/s : kalau datang mood rajenn..tak sampai 2jam up entri baru kalau tak..berminggu ganti bulan tak update blog.heeee :D

Sayur Lemak Pucuk Paku

Bismillahirrahmanirrahim...As salam..

Sayur lemak pucuk paku.
Terus teringat dekat ma.wuuu...camni la anak yang dok jauh beribu batu dengan mamanya =,=

Kegemaran saya la ni..ma pun suka masak lemak kalau beli/petik pucuk paku.  Ironinya, kampung yang emy dok ni banyak pucuk pakuuuuuuu...gi mana-mana sambil lalu dengan mudahnya leh petik tapi dek kemalasan sambil nak support ekonomi orang kampung, emy beli la..singgit je pun,boleh 3x masak

Encik suami pun suka ma masak sayur lemak pucuk lemak and yang best ma mesti cerita ini laa kegemaran kak ngah (panggilan dalam famili), 

1. tumbuk bawang merah ikan bilis dan kunyit 
2. pastu masak dengan santan. 
3. Masukkan pucuk paku..

kacau kejap, siap!


Semalam emy masak lain sikit, gantikan ikan bilis dengan udang kering...
pastu buat budu + lada..menambah-nambah nasi walaupun makan sorangg.



cilok dari google..camnila..nyumsss!