Contact Lens.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Salam di hari Jumaat.  cikgu-cikgu lelaki dah bergerak ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, budak-budak pra pun dah balik..jadi cikgunye boleh la membuka blog sekejap.

Nak story siket pasal contact lens.  Masa belajar, selalu jugak pakai untuk pergi event or hang out dengan kawan-kawan. Lepas kawin, pernah beli sekali pastu pakai kadang-kadang.  Tapi sejak beberapa bulan lepas, i perasan suka i ni suka sangat kecikkan mata. Kawan-kawan pn dok tegur ingat i mengantuk k ape.  Hurmmmm...lepas tu ada sembang dengan kawan dan dia bagitau sebenarnya mata tu mengecik sebab tengah cuba mencari titik fokuss..aiyoyoyooo...iyela, baru i teringat, i ada rabun since ma dengan abah pun rabun teruk (rabun ni keturunan jugak k??).  Dulu nyaris nak buat spek tapi tak jadi sebab i malas pakai kan.  i slow mengadap blog pn sebab selalu sakit mata bila mengadap laptop lama-lama..tambahan, tempat i mengajar ni selalu panas terik..silau ya amat, masa drive lagi la kena lawan cahaya tu bila balik petang..rabun silau pun makin naik...sighhhhhhh~

Hari ni masuk hari kelima i pakai contact yang ada degree dan secara rutin ke sekolah. weee~ kau ghasee? okey je laa..Tapi i suka lens yang bagi efek bigger eyes since dulu suka sangat TER-kecikkan mata..sampai i terasa dengan pipi sendiri.membesar dengan jaya sampai membuli mata.eh..eh..sampai ke situ kan..


Ni gambar hari Selasa
nampak sangat cikgu suka selfiee kan. 
Baru je marah budak,naik darah sebab sorang budak ni selalu sangat jadi paling lambat siapkan homework, sekali mengadap fon.."smileeeeeeee" mesti heran budak-budak.hiksss


Masa beli ada dua pilihan, ambik brand BIONIC @ FRESHKON
tapi freshkon takde bigger eyes..so i ambik BIONIC dark grey.
(Gambar : warna sebenar lens adalah di sebelah kiri, bila kena cahaya menghasilkan warna di sebelah kanan)
selesa jugak la pakai, tapi nak kena try n error la mana brand yang paling best dipakai. Ianya bergantung pada individu jugak kann ;)

dah bercerita pada contact lens ni, elok i sharekan 1 entri ni pasal TIPS PEMAKAIAN CONTACT LENS dari Miss Nia.



p/s : selamat berhujung minggu ^_^

Kampung Budaya Sarawak

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...



Minggu lepas, lepas hantar encik suami..duduk di kampung sekejap saya fly ke Kuching, Sarawak.  Alhamdulillah, nasib baik encik suami sangat memahami tentang hobi saya yang memang suka berjalan a.k.a melancong ni asalkan pandai jaga diri dan maruah suami.  Walaupun percutian yang singkat, hanya satu hari saja je berada di Kuching, ia memang puashati ;)



tiba di Taman Rekreasi Ranchan ;)


cantik tempat ni, boleh mandi-manda, tapi niat kami hanyalah nak berphotoshooot...gitewww~


Candid yang berjaya disambar oleh miss Photographer, Dahlia.


Seterusnya, kami gerak ke Cultural Village Sarawak, atau dengan nama femesnya Kampung Budaya. 
Terletak 45minit dari bandar Kuching yang dibuka pada 
setiap hari jam 9.00pagi - 5.00petang
Masuk dikenakan bayaran RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak
Rezeki cikgu mengajar di Sarawak, kami perlu bayar RM25 sahaja..excited kan!! tunjukkan aje bukti kita berkhidmat di Sarawak, kad guru atau passport DPT ;)


Salah satu tarikan di Kampung Budaya adalah persembahan kebudayaan daripada penari profesional. Waktu persembahan adalah pada 11.30pagi dan 6.00petang. 


Lepas menyaksikan persembahan, boleh la bergerak untuk melawat rumah-rumah yang ada di Kampung Budaya ni.  Boleh melawat ke rumah kaum Iban, Melanau, Penan dan saksikan sendiri cara hidup mereka.  Ini baru keluar dari Baruk House iaitu tempat simpan kepala..dulu-dulu la..jgn risau, xde display punn :P


buaian di dalam rumah Kaum Iban


sayang..
apa khabar denganmu..
di sini ku merindukan kamu..
#lovelovelove


 bergambar dengan salah seorang pelancong dari Negeri Sembilan. 


 ehhhemmm! 
jadi tak emy dok posing ni..hikhik

Baju ni boleh disewa dengan harga RM10 tanpa had masa dan boleh bergambar di sekitar rumah ni ^_^

 turun tangga ni kena hati-hati.

depan rumah Orang Ulu


 Ini rumah kaum Melanau, tinggi..ada 3tingkat.


 di rumah Kaum Melayu.


di rumah kaum Cina ada pengisar tradisional ni..moh le cube


Sekian saja kisah percutian saya, siapa yang suka nak tengok kebudayaan yang ada di Sarawak ni boleh la datang. Tak rugi pun kita tengok cara hidup kaum-kaum lain. barulah Cuti-cuti Malaysia kann.

Tata..
As salam.

Di sini....impian tercapaii

Bismillahirrahmanirrahim...As salam..

Excited pulak nk update story hari ni . Hehe..taknak cerita lebih-lebih..cuma meluahkan rasa gembira sangat-sangat sebab impian yang hanya sekilas rupanya tertunai hari ini!!
Agaknya ape ek???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Saya suka tengok orang pakai,pernah ade murid pakai masa persembahan pakaian beragam...sejak tu..saya teringin sangat
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Akhirnya impian menjadi nyataaa



tadaaaaaa.....

 perempuan Melayu dengan pakaian orang ulu Sarawak





gaya nak menari okayyyyy ;)




kat mana ni?? tunggu next update la, cerita full..hehe
mau rehat dulu...Zzzzzzzzzzzzzzzzz




Selamat malam.
As salam.

MALBATT 850-2 FAMILIA DE AMOR

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Sebelum memulakan bicara, saya ingin meluahkan rasa syukur pada Maha Pencipta.
Setiap apa yang terjadi, pasti akan mengingatkan saya pada keagungan ciptaanNya dalam melakarkan jalan hidup hambaNya.  Setiap saat yang sukar mahupun gembira, Dia ada dalam setiap ingatan saya untuk membawa saya kembali ke jalannya.  Alhamdulillah ^^ 

Harini, genap enam hari encik Suami berada jauh di Lebanon sana melaksanakan misi UNIFIL selama setahun.sobss...Isteri mana yang tidak sedih berpisah jauh dengan suami dalam masa yang sama membuak rasa ingin menyokong suami dalam perkara yang disukainya. Encik Suami mempunyai semangat juang yang tinggi, meski bukan untuk berperang..dia dapat merasai berpijak di bumi yang pernah genting dan melihat apa yang pernah kawan-kawannya sebelum ini lihat. 

11 September 2014
Saya bersama keluarga mentua bertolak dari tempat penginapan di Corus Paradise Resort,Port Dickson menuju ke Lapangan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang. 

 bersama keluarga mentua
ambik resort ada pool untuk bersukaria, but sorry..i can't enjoy that :(

 i love this! suapkan kek untuk encik suami. Malam tu jugak, sempat saya suapkan nasi ke mulut encik suami dengan tangan saya sendiri. Hope you can feel how much i love you and always want to stay besides you forever,till jannah..in sya Allah.



Jam 11.00pagi - Suami dibenarkan berjumpa ahli keluarga sehingga jam1.00tengahari. Kemudian, dikuarantin untuk taklimat sebelum berlepas jam 5.00petang.
Masa ni, beberapa kali airmata saya tumpah. Sedih.  Rasa masa tu jugak, nak merayu supaya encik suami jangan pergi :( 



Pelukan anak dan ibu.



Jam 5.00petang - Kumpulan Malbatt 850-2 berlepas ke Lebanon. Pukul4.30 petang hari esoknya, encik suami menghubungi sebaik sampai di sana.


                                     

Macam tak percaya saya dan encik suami kini berpisah beribu batu jauhnya :( 
Hurmmmm...start counting dayssss........