CLEARANCE STOCK | SHAWL HALFMOON MURAH

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Sesiapa yang berminat dengan clearance stock & shawl halfmoon murah dan cantik dari Bella Dama Shop ni,boleh tengok telek sepuasnya dan kalau dah berkenan boleh contact dengan msg/whatsapp kepada emy terus di no ni yer >> 0139102140


CARDIGAN RM32
TERMASUK POS

 GREEN


PURPLE - SOLD
 


TOP PINK RM35 - free size
TERMASUK POS

warna krim & dark blue SOLD


HALFMOON RM38
TERMASUK POS


Dark blue  SOLD
Yellow        SOLD



p/s : BDS dh jarang diupdate secara online..tapi masih on ^_^ 
lepas ni Emy akan sibuk bercuti, jadi pape boleh contact melalui whatsapp yer, kalau lambat balas..maaf yer.penuh dengan aktiviti untuk membahagiakan hati.hehe :D

Khasiat Barli

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...

Happy Wesak Day! and happy holiday untuk semua.  Perancangan emy harini nak hiaskan kelas prasekolah sikit..tapi nak spend time dengan blog jugak..sebab rindu mr.belog ketat-ketat >,<  

Lately emy suka minum jus barli.  Bukan di kedai makan, tapi buat sendiri sebab di Limbang ni sangat suuuuuuuusah nk jumpe air Barli. Emy selalu buat yang daripada dalam tin ni cap ayam brand. 

Yang emy tahu..barli ni dapat melawaskan air kencing..sangat elok la kalau sesiapa ada kencing kotor.  Tapi nak tahu lebih banyak lagi, emy pun search la pasal kebaikkan minum air barli.  Rupenya air barli ni mempunyai banyak khasiat yang baguss.  Antaranya..

Dapat membantu merendahkan kolestrol
     Barli mengandungi serat yang tinggi dalam dalam beta glucan, yang
     membantu untuk menurunkan kolesterol dengan mengikat kepada
     asid hempedu dan mengeluarkan daripada badan melalui najis.
    Asid hempedu adalah sebatian digunakan untuk mencerna lemak yang
    dihasilkan oleh hati daripada kolesterol. Apabila dikeluarkan bersama-sama
    dengan serat barli itu, hati mesti mengeluarkan asid hempedu baru dan
    menggunakan lebih banyak kolesterol, dengan itu mengurangkan
    jumlah kolesterol dalam darah. Serat larut juga boleh mengurangkan
    jumlah kolesterol dihasilkan oleh hati.

    Makan hidangan bijirin penuh, seperti barli, sekurang-kurangnya 6 kali
    setiap minggu adalah dicadangkan terutama bagi wanita menopaus
    dengan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi atau tanda-tanda
    penyakit kardiovaskular. 

Membantu mengelakkan darah membeku
     Buah barli mempunyai kandungan niacin  yang membantu untuk mencegah
    radikal-radikal bebas daripada mengoksidakan LDL (low density lipoprotein).
    LDL akan menjadi berbahaya apabila terjadi pengoksidaan pada
    dinding-dinding pada salur darah. Selain itu, barli membantu untuk
    mengurangkan pembentukan darah beku (blood clot).

Membantu mencegah batu karang
    Barli yang kaya dengan serat tidak larut membantu untuk
    mempercepatkan masa transit usus (iaitu berapa lama makanan
    bergerak dalam usus). Selain itu, ia membantu mengurangkan rembesan
    asid hempedu (jika berlebihan akan menyebabkan pembentukan batu hempedu)
    dan meningkatkan sensiviti insulin dan merendahkan trigliserida (lemak darah).

Mengurangkan Reumatoid Artritis (RA)
    Dalam barli terdapat mineral iaitu tembaga bagi mengurangkan
    gejala-gejala Reumatoid Artritis. Tembaga ini penting dalam enzim
    oksidatif utama yang dipanggil superoxide dismutase.  Selain itu, tembaga
    juga terlibat dalam aktiviti lysyl oxidase iaitu salah satu enzim yang terlibat
    dalam pembentukan kolagen.

Emy dapat info ni kat SINI 

 
Nah..macam mana? banyakkan khasiat barli ni.  Sesiapa yang gemar minum air barli ni..teruskan la, kalau sesiapa yang kurang gemar tapi ada masalah macam di atas..ape salahnya, perlahan-lahan cuba kan ;)
 

Ujian


Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah UJIAN.



Dalam hadith qudsi Allah berfirman :-
" Pergilah pada hambaku lalu limpahkanlah berbagai ujia padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."



Syukurlaa..saat diuji, ada yang membantu memberi sokongan.mucho graciass~



Baru lepas menjaga 7orang anak....murid.  hanya 7orang daripada 11orang yang hadir.  Ppm pulak takde, jadi cikgu is cookinggg!  Emy masak sup ayam saje..senang, ringkas..cepat ;)

Brunei - Sipitang with LOVE

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Minggu lepas encik suami ada datang ke tempat emy.  Alhamdulillah, gembira sangat hati dapat berjumpa buah hati tersayang.  Tempat yang emy tinggal ni kampung je, takde tempat nak bawak suami berjalan.  Nasib baik la ada osmet yang baik hati sudi bawak kami berjalan ke Brunei dan Sipitang sebab itu saja tempat yang berhampiran.  Okey,,kat bawah ni beberapa tempat yang emy selalu pergi dengan kawan-kawan, cume kali ni berbeza sikit sebab pergi dengan suami, so feeling honeymoon laa kann..Lepas ni target nak ke Kota Kinabalu pulak yer Encik Suami. HEe :D

Kampung Air, Bandar Seri Begawan


                                              Dewan Komuniti di Temburong

  
 di espalanad Sipitang


di masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Tetibe hati teringat dekat blog harini.  Sebenarnya selalu ingat, tapi risau kalau bukak pun tak dapat buat pape *winkwinkwink* tapi kali ni dapat buat satu entri..*tepuktanganuntukdirisendiri*


p/s : doakan emy dapat duduk dekat dengan suami :(