Sesi Persekolah 2015 Ditangguhkan

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...



Sesi persekolahan 2015 ditangguhkan pada 11 Januari (Ahad) dan 12 Januari (Isnin).  Alhamdulillah.


Sebaik mendapat berita ni, emy memang sangat gembira.  Dua tiga hari dah dok pikir pasal flight emy yang asalnya dijadualkan 1 Januari.  Macam mana nak ke airport.  Kelmarin Ma menyuarakan kerisauannya sebab Emy akan drive sorang ke Pengkalan Chepa sebab nak tinggal kereta kat sana. Tup tupp..harini dapat berita penangguhan ni..pastu Guru Besar update di group whatsapp mesyuarat staf sekolah kami ditunda kepada 6 Januari, terus Emy call MAS (waran) untuk tukar tarikh ke 5januari dengan tidak dikenakan sebarang caj. 


Tengahari pulak, Guru Besar update lagi..mesyuarat staf tunda ke 10 Januari..mungkin atas timbangrasa beliau pada rakan-rakan guru yang menjadi mangsa banjir.  Jadi, Emy pikir pikir pikir nak cuba call lagi esok untuk tukar ke 7 Januari, harap2 dapat tanpa caj lagi.hehe.


Taknak pergi lewat sangat sebab banyak perkara nak disediakan sebelum sekolah bukak. Dok kat rumah...chilllaxx ajerr =_=

2 comments:

Diana Rashid said...

Mujur la di tunda..kan?/kalau tak susah jugak la..

emieysandra said...

haah..bgus jgk ditundakan ni ;)