Sampai dah dua!

Bismillahirrahmanirrahim..As salam..


Beberapa hari sebelum banjir melanda, Emy sempat la cuci mata kat lelong.com. Niat di hati nak bali car vacuum.  Kawasan rumah Emy tanah berpasir, jadi banyak pasir la dalam kereta.  Hehe..sekali masuk shopping cart 4 item.  Semuanya barang rumah.  Suka sangat shopping barang rumah..itulah kesinambungan bila selalu buat ayat camni kat encik suami "sayang tak sabar nak ada rumah sendiri" cakap dengan penuh kasih-sayang tau. kalau dalam whatsapp tu, letak icon smile bermata love love gitu. hehe, supaya encik suami tak stress dengan hajat puan isteri yang selalu dok ingatkan dia ni.


Okey, barang yang Emy kaut masuk cart adalah car vacuum, adjustable bag rack, smoothie blender dan portable travel iron steamer.  Semua barang rumah kan. Semua tu jugak akan dibawa ke rumah Sarawak. haha..walaupun tengah dok apply pindah, Emy taknak korbankan setiap detik saat keselesaan hidup..gitewww.  Kuartes di Limbang sana mesti nak cukup lengkap, plus encik suami selalu pergi sana.


Car vacuum kononnya nak guna kat sini, memang tak la, sebab sampai sekarang tak sampai-sampai lagi.  Via skynet jadi bila Emy semak kt skynet diinformkan sebab masalah banjir.  Jadi tak payah hangin, rilex je..kalau tak sampai boleh order lagi gune alamat Limbang lak. Yang tu simpan untuk kereta kt Kelantan je. Pikir siap-siap Plan B.



Portable iron tu pun tak sampai lagi jugak.  Alasan beli sebab Emy pernah tengok beberapa kali demo dekat mall, senang nak iron baju kemeja berbutang, jadi nak iron tudung bermanik pun senang la kan. Emy banyak beading halfmoon.  Baju suami boleh tudung isteri pun boleh. Dah check, dah sampai di Machang. tunggu di hantar esok, papepun esok call tanya.



Dua item dah sampai.  Smoothie blender dan bag rack tu. hehe..tak sabar nak guna, bawa balik ke kuartes di Limbang.  Tak nak guna alamat sana sebab cas pos mahal, takleh combine shipping sebab Emy beli dari owner lain-lain. Sebab kali ni naik flight pakai waran, gune aje la berat  luggage yang diberi tu kan.   Lelong.com ni rupenya perantara untuk peniaga-peniaga jual barang diorang.  Once kite dah payment, urusan semuanya antara kita dengan owner tu la. Nak payment pun pastikan gune netpay sebab bawah perhatian Lelong.com lagi. kalau tanpa netpay, memang risiko kita sendiri la.








Smoothie blender untuk rajenkan diri buat jus buah-buahan. Berangan nak dapat warna pink, tapi dapat putih pun okeyy jugak la. Encik Suami suke minum jus jugak. Daripada minum air manis lain, baik buat jus..manis buah-buahan. Bag rack sebab nk organise leklok beg yang ada.  Walaupun sekolah depan kuartes, beg tetap banyak dalam lemari sana tuhh.


Harap-harap dua item tu akan sampai sebelum 5hb.
#adios!!

2 comments:

cik hani said...

Emiey..
Buat review tau pasang benda alah ni..
Nak tengok

emieysandra said...

@cik hani.hehe ok dear. tunggu emy balik limbang dulu sebab nk pasang kt sana ;)