Persiapan Sekolah.

Bismillahirrahmanirrahim...As salam...


Sesi persekolahan dah ditundakan, jadi lambat sikit emy habiskan persiapan sekolah. Bukan persiapan sekolah emy tapi persiapan sekolah adik-adik. Persiapan sekolah bahagian Emy lak, nak pergi settle kat Limbang saja la, dah alang-alang balik awal 5hb ke sana..malas lak nak tukar tiket.  


Alhamdulillah, tahun ni emy dapat berkongsi rezeki dengan dua orang adik yang masih bersekolah. Tapi, masa nak beli barang-barang persekolahan, banyak jugak Emy dok throwback kenangan lalu.


Dulu kak ngah (panggilan keluarga) nak berganti baju sekolah setahun sekali pun payah, kasut tunggu koyak tak boleh pakai baru beli baru, bukan yang setahun sekali punye pakej yer. Buku latihan pun kira dulu berapa yang nak guna baru beli, itu pun kalau ada duit. Adik beradik yang bersekolah empat orang waktu tu.  Tak semua boleh dapat barang baru. 


Emy dilahirkan dalam keluarga yang susah, abah seorang yang bekerja.  Dulu abah ma kerja cari duit untuk makan pakai kami enam beradik.  Alhamdulillah, sekarang dah boleh tengok ma abah tersenyum.  Dok berehat santai kat rumah.  Abah gembira dengan meneruskan hobi memancingnya. Alhamdulillah, syukur ya Allah ;)


Tinggal dua orang adik lelaki yang masih bersekolah.  Itupun selalu mengadu itu tak cukup ini tak cukup, tu yang emy dok bukak kisah-kisah dulu.  Untung aje dua beradik last ni dapat rasa kesenangan, tak macam Emy dulu tengok je kawan-kawan guna barang-barang baru, pakai kasut baju baru.  


Emy anak kedua sulung, jadi fikir dalam hati..'untunglaa..diorang ada kakak dan abang untuk belikan mereka barang persekolahan'  Jadi, sekarang emy taknak adik-adik rasa apa yang emy rasa dulu. Nak diorang cukup segalanya. sambil-sambil dok throwback pun, adik tunjuk itu ini..Emy angguk jugak. 


adik kedua bongsu, Tingkatan 5

Allah itu Maha Memberi Rezeki dan sebaik-baik perancang. Sebab tu Emy keguguran di awal perkahwinan dulu sebab Allah nak Emy berkhidmat pada ma abah dan adik-adik dulu. Cukupkan makan pakai serta rumah dulu.  Dari rumah papan yang serba kekurangan daif, kini Alhamdulillah cukup selesa untuk kami sekeluarga berteduh.


Setiap dugaan dalam hidup ada hikmahnya, sentiasa fikir positif dalam jalan hidup kita ni. Dan paling utama, sentiasalah bersangka baik pada Allah Maha Pencipta sekalian makhluk di dunia ini.



#adios!

No comments: